hidayah…

BAB 20.

Setahun kemudian….

“Macam mana Mesir?”

Hamsyar membetulkan beg dan telefonnya itu. “Alhamdulillah okay.”

“ustaz Hamsyar..” ketawa Syawal.

“mengada lah kau. Kerja macam mana?”

“Alhamdulillah ok, penat sikit lah. Aku rasa time study lagi best.”

Hamsyar senyum. “ aleh, time study tak sabar pula kau nak kerja.”

“well, tu lah manusia tak pernah puas hati.”

“betul. Ha, duit hantaran kau nak cukup kumpul.?”

“kau ni aku baru kerja setahun.”

“setahun pun, every month gaji kau 5000 plus.”

“swasta kan…”

Mereka ketawa.

“bila kau habis study Hamsyar.?”

“lagi dua bulan balik lah.”

“oh, sempat lah kau jadi pengapit aku?”

Hamsyar diam. “hmm.”

“okaylah weh, mahal kot call kau.”

“kedekutlah orang kaya ni.” celah Hamsyar.

Syawal ketawa. “Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

Hamsyar tersenyum memandang telefonnya itu sebelum menyimpannya dalam beg. Sudah lama rasanya tidak balik ke Malaysia. Rasanya cuti semesta pun dia tidak pulang. Seronok menimba ilmu Allah.

“Hamsyar?”

Hamsyar menoleh. “eh, Mardhiah. Kenapa?”

Perempuan bertudung labuh berserta jubah itu senyum dan menunduk. “Ayah ana ajak anta makan malam di rumah malam ini.”

“oh, insyaALLAH nanti saya datang.”

Wanita itu mengangguk dan berlalu pergi.

Mardhiah. Anak kepada seorang ustaz di Mesir. Asal mereka adalah Malaysia, tetapi keluarganya tinggal di Mesir kerana ayahnya seorang pensyarah di salah-satu university di situ.

Sejak dari university biasa di Malaysia hinggalah di Mesir pasti ada yang berkirim sala ataupun mengustuskan surat. Cuma di sini caranya lebih sopan dari di Malaysia. Tekad di hati Hmasyar yang dia akan menggunakan nikmat wajah yang baik itu ke jalan Allah.

Malam itu Hamsyar pergi ke rumah Ustaz Sufian. Banyak yang telah di bantu ustaz itu untuk dia. Rasanya tidak terbalas budi dan jasa ustaz itu.

“lagi 2 bulan anta sudah mahu selesai mengaji.”

Hamsyar senyum. “Alhamdulillah, saya tak sabar hendak pulang ke Malaysia.”

Ustaz Sufian pun turut senyum. “amalkan segala ilmu yang telah di pelajari.”

“insyaALLAH.”

“ustaz mahu bertanya anta sesuatu.”

“apa dia ustaz?”

“kamu sudah berpunya?”

Hamsyar menarik nafas seketika. “kenapa ustaz?”

“ustaz ada hajat.”

BAB 21.

Armani tersenyum. “apa lah… kita baru tahun ketiga tau. Lagi satu tahun nak habis belajar. Lambat lagi..”

“bukan apa Armani, hidup ini perlu ada perancangan.” Kata Syafinaz yang duduk di birai katil sambil memerhatikan Armani di hadapan cermin.

“saya malas nak fikir,” Armani membetulkan tudung yang di pakai.

Armani sudah bertudung. Selepas permergiaan kedua ibu bapanya. Armanda dan Syafinaz banyak mengingatkan dia tentang Allah. Sungguh, pada mulanya Armanda hampir berputus asa untuk menyedarkan adiknya. Kadang dia merasa kenapa susah sangat Allah hendak memberi hidayah pada adiknya. Armanda kembali kuat apabila teman sebilik Armandi membacakan surah Al-Qasas ayat 56.

Sungguh,engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu diberi petunjuk.

Armanda terus berusaha dan berdoa agar hati adiknya tenang. Habis sahaja cuti semesta tugas memujuk hati Armani adalah Syafinaz. Alhamdulillah, lama-kelamaan terbuka juga hati Armani untuk menerima
hidayah sehingga kini.

“aleh, malas nak fikir konon. Sekali awak yang kahwin dulu dari saya.”

Armani ketawa. “wait and see.” Selesai tudung di pakai. Armani mengambil beg sandangnya. “okay, saya mahu bergerak sekarang, jaga diri wahai Syafinaz.”

“okay!”

Advertisements

One thought on “hidayah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s