hidayah…

BAB 22

“nak dakwah macam mana lagi dekat Sally tu. Hati keras gila.” Rungut Athirah.

Armanda menggeleng. “dalam berdakwah ni, kita tak boleh berputus asa. Hati itu Allah yang pegang. Mungkin sekarang Sally tak ambil tahu tentang apa yang kita cakap. Mana tahu nanti dah bertahun nanti baru dia sedar ke… hati tu Allah pegang ingat.”

“memang lah tapi dia pun kena doa juga untuk diri dia dapat hidayah.”

“ya betul tu tapi mungkin persekeliling dia membuatkan hati dia tidak terbuka lagi. InsyaALLAH. Doa sahaja. Doa tu kan senjata mukmin.”

Athirah akhirnya senyum. “okay… so Syawal macam mana?”

“macam mana apa?”

“ee, dah tunang pun macam tak tunang.”

“apa masalahnya wahai Athirah ku sayang?”

“korang tak contact ke?”

“tak.”

“keluar?”

“tak. Wahai Athirah tunang itu just ikatan means cop, belum boleh lagi nak buat benda-benda yang awak soalkan itu.” senyum.

“untunglar..”

“apa yang untung?”

“tiada apa-apa.” Senyum.

………………………………………………………………………..

Selepas selesai pergi ke ceramah agama mengenai “Wanita Solehah” Armani berjalan ke taman yang sudah lama dia tidak jejak kan kaki. Dia duduk di bangku itu sambil memerhati permandangan yang indah.

‘Ya Allah… susahnya nak lupakan Hamsyar.’ Air matanya mengalir. Dia tahu itu cinta duniawi. ‘apa ya sedang dia buat sekarang? Entah-entah dah kahwin. Yelah, Syawal pun nak kahwin dah. Lama tak jumpa.’ Hatinya tiba-tiba sebak.

… “I tak sabarlah nak kahwin dengan you.” Nada perlahan dan lembut.

Mata Armani jadi serba-salah. Buat pertama kalinya Hamsyar mengutarakan AYAT itu. PERTAMA KALINYA.

Mungkin kita tiada jodoh.

Armani bangun dari bangku itu. tiba-tiba telefonnya berbunyi.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam, sis I balik next month you balik kan.” Terjah Armanda.

Armani ketawa. “of cause lah balik. You nak kahwin. Apalah..”

“kenapa suara you lain?”

“ek, mana ada lain. Biasa je.”

“you nangis eh?”

“huh, nangis for what?”

“okaylah sis, take care yourself.”

“ok dear..”’

 

BAB 23.

 

“Cepatnya masa berlalu…..”keluh Armani apabila selesai menyiapkan hantaran kakaknya.

Syafinaz ketawa melihat gelagat rakannya itu. “memanglah. Masa tak menunggu kita.”

“betul, masa tu macam pedang.” Jawab Athirah pula.

“sis, esok jadi pengapit I eh?” soal Armanda yang tangan penuh dengan inai.

“tak mau lah. Segan. Ni haa… Athirah ni..”

Athirah senyum. “wah, seronok! Onn je..”

Armanda senyum.

“esok bukan awak ada meeting dengan Dean ke Armani?” soal Syafinaz.

Nafas di tarik. “tu lah, I pergi pagi. InsyaALLAH sempat sampai, kalau Dean tak banyak cakap lah.”

Mereka semua ketawa.

Armanda ketawa menutup resah di hati.

‘saya ada something nak cakap’ – Syawal.

Armanda terkejut mendapat message dari lelaki itu. yelah sudah berbulan-bulan tidak nampak dan tidak tahu berita.

‘apa ya?’ – Armanda.

‘saya hendak melamar awak menjadi suri hidup saya’ –Syawal.

“Sis! Berangan apa?” sergah Armani.

“mana ada apa-apa”

Armani senyum nakal. “untunglar, akhirnya bersama putera jihad dia..” bisik Armani.

Berdesau darah Armanda. “how do you know?”

“adalah…” Armani terus lari masuk ke biliknya kerana Syafinaz sudah mengantuk teramat.

 

 

“dear, i got it !” kata Hamsyar yang sedang memakan ais krim sambil fokus di skrin laptonya.

“apa?” soal Armani pula yang sedang leka membuat tutorial.

“betullah putera  jihad tu Syawal.”

“really!!!” Armani sudah senyum lebar dan ketawa.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s