Hazel II (trailer)

“Rumah ini tidaklah sebesar istana tapi abang akan jadikannya seperti syurga bawah redha Ilahi.” Aliff memeluk bahu isterinya sambil mereka berdua berdiri di hadapan rumah.

Nur senyum terharu. “Alhamdulillah, dah dapat tempat berteduh pun syukur yang teramat.”

“eh, jap.” Aliff menuju ke kereta Camry nya. Sesuatu di ambil.

Nur menghampiri. “apa itu?”

Manilakat.?

“ini tugasan kita dekat rumah. Setelah abang kaji dan selidik jadual harian kita berdua dan abang dapat ni.”

Nur memerhatikan. Basuh baju. Memasak. Kemas rumah. Sapu laman. Basuh kereta. “saya kena masak hari Rabu dengan Jumaat je?hari yang lain abang masak?”

“your schedule fix lah sayang. So, abang tak nak awak penat pula.”

Nur memeluk suaminya. “you’re so sweet !”

Peace!

“I knew it.”

Mereka ketawa bahagia di hadapan istana indah mereka.

__________________________________

Aliff resah menunggu bidadarinya. Sudah lewat malam tidak balik ke kayangan. Banyak kali cuba di dail nombor Nur tapi hampa hanya operator yang setia menjawab. Dari memasak sehinggalah Aliff selesai membasuh baju. Tidak pulang juga. Selesai juga dia mengemas perpustakaan mini mereka dan selesai juga dia menggosok baju dia dan Nur untuk hari esok.

Walaupun ikut jadual sebahagian yang telah selesai dia lakukan itu tugas Nur. Kalau dah balik lewat sempatkah isterinya itu untuk membuat semua tugas.

Akhirnya Aliff menunggu sambil menonton televisyen.

Enjin kereta kedengaran. Aliff lega tapi dia masih setia menunggu di ruang tamu.

Nur tergopoh-gapah masuk ke dalam rumah. Dia melihat Aliff sedang menonton televisyen tidak sempat dia memberi salam.

Suara Aliff kedengaran. “lambat balik.” Tanpa memandang Nur.

Nur terus berjalan dan duduk melutut di hadapan Aliff. Takut suaminya itu akan marah. “abang, maaf. Telefon Nur tak ada batteri tadi, tiba-tiba ada meeting tergempak. Kelam kabut. Maaf .” tulus dari hatinya.

Aliff terus bangun. “dah lah. Pergi mandi.” Walaupun bicara Aliff lembut tapi perbuatan Aliff yang tiba-tiba berdiri dan meninggalkannya di ruang tamu amat terkesan di hati.

Nur sebak.

Dia menghampiri Aliff  yang sedang membuat air di bar dapur. Terus dia melutut di belakang Aliff. “abang..”

Aliff yang berpusing ke belakang dengan tangan memegang mug terkejut.

“Nur mintak maaf..” akhirnya air matanya mengalir. Bukan dia sengaja nak buat suaminya marah.Dia nak suaminya tenang dengannya, bukan marah.

Aliff tersenyum. “bangun sayang jangan nangis.”

Perlahan-lahan Nur bangun.

“abang, tak marah. Abang risau je.”

“kenapa tiba-tiba abang tinggalkan Nur dekat depan.?”

Aliff  memaut bahu isterinya dengan tangan kiri dan tangan kanan memegang mug. “tadaa! Abang nak buatkan sayang air. Nampak macam penat je. Jangan lah salah faham. Nah.”

_______________________________________

Aliff memandang pemuda di hadapannya. “betul ni?”

“betul dan yakin, insyaALLAH.” Asyraf setia duduk di situ berhadapan dengan Nur dan Aliff.

Nur memulakan bicara. “kenapa tak pilih wanita yang memang dah sama fahaman dengan kamu. Nanti nak dakwahkan senang.”

“dia pernah tahu apa itu dakwah.”

“maksud kamu?”

____________________________________________

“nak kahwinkan saya dengan budak Hazel ni? ” sombong Fatimah Zahra berbicara.

Nur dan Aliff saling berpandangan.

Biar benar nak menikahi wanita yang berskirt pendek serta rambut di warnakan coklat. Ya Allah….

_____________________________________________

Hatinya berdebar-debar mendengar bacaan Yassin dari luar rumah. Cepat dia melangkah masuk. Semua orang khusyuk membaca Yassin. Seseorang yang baru turun dari tangga di dekati.

“siapa meninggal?” cuak Fatimah Zahra bertanya pada suaminya.

Suaminya senyum dan tenang. “hari ni kan birthday awak. So, tak semestinya sambut birthday tu dengan adakan celebration party. Lepas ni nak buat solat hajat pula. Pergilah siap.”

Dia rasa nak ketuk je suaminya ketika. “what the hell.” Dia terus ke biliknya dengan hatinya membara.

Si suami masih tenang. Bersabar. Marah bukan penyelesaian.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Hazel II

bakal di siarkan dalam bentuk penulisan dalam website ini. Sambungannya ada makna. Ada ilmu yang tersirat. Kaedah berfikir dan muhasabah diri amat di perlukan ketika membaca. Harap dapat apa yang ingin di sampaikan. Jika salah silap harap dapat menegur.

Mulakan bacaan dengan basmallah. Kalimat suci Allah. insyaALLAH.

Advertisements

2 thoughts on “Hazel II (trailer)

  1. I love Hazel….. jalan cerita yang menarik…. tersemat ciri-ciri menjadi dan mencari pasangan yang diredahi ALLAH S.W.T….. terbaikkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s