Hazel II – ep.1

Selesai membaca akhbar New Strait Times Aliff  ke dapur niat untuk melihat isteri, umi dan adiknya menyediakan sarapan. Ayahnya pagi-pagi begini sibuk dengan kawan-kawan kampung dengan kebun mereka. Bukan dia tidak mahu membantu tetapi ayahnya yang menghalang. Katanya duduk rumah penat kenduri pun tak habis lagi.

“wah, sedapnya bau…” tegur Aliff yang baru masuk ke dapur.

“well, siapa yang masak nasi goreng ni.” Jawab adiknya Nia.

Aliff menarik kerusi. “gaya Nia cakap macam Nia je yang masak. Perasan.”

Nia mencebik. “Abang jealous!”

“Ni Aliff, betul ke kamu nak pindah?” akhirnya Pn.Alisa memintas sebelum perang berlaku antara dua beradik ini.

Aliff memandang Nur yang sedari tadi sibuk menyusun pinggan di atas meja. “ye umi. Lagipun dekat dengan tempat kerja.”

Nur hanya senyum.

“kami nak juga berdikari.” Sambung Aliff lagi.

“terserah kalian berdua yang penting dalam rumah tangga ni perlu ada sikap saling membantu dan memahami.”

“terima kasih umi.” Akhirnya Nur bersuara.

“umi, kalau tak nak berkerjasama?” Nia bersuara.

Aliff geram dengan adiknya seorang ni. “tak yah kahwin.”

“tak boleh… kan kahwin tu salah satu daripada ibadah.” Nia memandang Aliff  nakal.

“Nia…. Pergi buat air tu sekarang… orang nak sarapan dah ni..” tegur umi tersayang.

Aliff membuat gaya tangan ‘looser’. Nia hanya memandang geram. Nur ketawa lucu.

_______________________________________________

“everytime we move forward, but we still look at the back.” Aliff menuturkan dengan tenang sambil memandu kereta.

“kenapa tiba-tiba abang cakap macam tu?”

“analogy bawa kereta dalam hidup kita. Hidup perlu di teruskan dan sejarah lepas perlu di ingat.”

Nur mengangguk. “betul. Agar kita tak tersungkur buat kali kedua.”

“that’s right.”

“abang, surat tawaran Nur untuk sambung master dah keluar.”

Aliff  menarik nafas. “Alhamdulillah. Dekat mana?”

“university tempatan. Dekat je dengan rumah kita.”

“Alhamdulillah. Abang ingat dapat dekat Beijing ke?”

“uish, jauhnya. Tak lah..”

Aliff  ketawa sambil membelokkan kereta ke kawasan perumahan yang bakal mereka duduki. Rumah teres dua tingkat. Mungkin tidak sebesar rumah keluarga isterinya atau rumah keluarganya di kampung tapi cukuplah sekadar dapat berteduh dan bahagia di dalamnya.

“okay, kita dah sampai.”gear di tukar ke P, handbreak di tarik. Dia tersenyum dan enjin di matikan.

Nur keluar dari kereta.

“Rumah ini tidaklah sebesar istana tapi abang akan jadikannya seperti syurga bawah redha Ilahi.” Aliff memeluk bahu isterinya sambil mereka berdua berdiri di hadapan rumah.

Nur senyum terharu. “Alhamdulillah, dah dapat tempat berteduh pun syukur yang teramat.”

“eh, jap.” Aliff menuju ke kereta Camry nya. Sesuatu di ambil.

Nur menghampiri. “apa itu?”

Manilakat.?

“ini tugasan kita dekat rumah. Setelah abang kaji dan selidik jadual harian kita berdua dan abang dapat ni.”

Nur memerhatikan. Basuh baju. Memasak. Kemas rumah. Sapu laman. Basuh kereta. “saya kena masak hari Rabu dengan Jumaat je?hari yang lain abang masak?”

“your schedule fix lah sayang. So, abang tak nak awak penat pula. Mana nak belajar lagi.”

Nur memeluk suaminya. “you’re so sweet !”

Peace!

“I knew it.”

Mereka ketawa bahagia di hadapan istana indah mereka.

____________________________________________________

Selesai menunaikan solat Zohor berjemaah. Mereka berdua sibuk mengemas rumah. Bermula dari ‘master room’ sehinggalah perpustakaan mini mereka.

“banyak juga eh buku ni” Aliff meletakkan kotak itu di tepi. Peluh di kesat dengan tangan kirinya. Tangan kanannya di cekak ke pinggang. Penat.

Nur masih setia menyusun buku-buku dalam rak buku. “abang nak saya buat air ke?”

“tak pelah nanti dulu. Abang ingat meja belajar kita letak dekat perpustakaan ni je lah.”

Nur menghentikan kerja meletak buku dalam rak. Dia bangun. “boleh juga.”

“tolong abang.”

Mereka berdua menyusun meja belajar itu secara bertentangan. “kenapa abang tak letak sebaris je?”

Aliff senyum. “kalau bertentangan kan lebih best. Dapat muka sayang waktu buat kerja. Tak lah stress sangat.”

Nur hanya ketawa. “apa-apa jelah bang..Nur nak ke dapur jap.”

Sekembalinya Nur membawa sedulang air dan biskut tiger. Aliff mengambil dulang itu lembut di tangan isterinya dan di letak atas meja. “biskut tiger?”

“biskut tiger ni agar kita bersemangat. Fighting!” Semangat Nur menuturkan sambil tangan di genggam menunjuk aksi, berusaha !

Aliff ketawa. “cute je lah sayang. Ni betul tak nak ambil pembantu rumah?”

“oh, no-no.. Tak pe. Kita kan dah ada jadual tugasan. So, tak payah kot. Lagipun, tak selesa ada orang luar.”

“ok, good.”

Nur berjalan menuju ke sebuah kotak. “Abang dalam ni ada apa.”

Aliff mendongak kepalanya dari mengeluarkan barang-barang dalam kotak. “oh, memandangkan rumah kita jauh dengan surau dan masjid. Abang beli jam digital tu, bila masuk waktu akan bunyi azan automatik.”

Isterinya mengangguk. “letak dekat ruang tamu?”

“yup.”

_________________________________

Berkat kesungguhan mereka untuk mengemas rumah agar cepat , menjadi kenyataan. Mana tidaknya. Masing-masing focus mengemas. Lagi pula, jika mereka bertangguh, nanti pasti akan jadi huru-hara. Cuti mereka hanya tinggal sehari sahaja. Selepas ini keduanya mesti sibuk.

Aliff tersenyum puas melihat rumahnya sudah kemas. Nur pula sibuk menggosok pakaian mereka untuk ke tempat kerja esok. Aliff datang menghampiri. “wah, romantiknya. Esok pakai baju warna sama. Yeay”

Nur masih setia membuat tugasannya. “mestilah, kitakan couple paling sweet.”

Aliff duduk di kerusi hadapan Nur. “so sweet. Thanks to Allah pertemukan kita. Hm, esok start register untuk master?”

“haah.”

“nak abang hantar ke?”

“eh tak perlulah. Abang dah cuti lama. Tak akan nak ambil cuti lagi.”

Aliff diam sejenak dan berfikir. “betul tak kisah ni?”

Nur ketawa lucu. “betullah.”

Aliff mengangguk. “abang gi ruang tamu.” Dia bangun dari kerusi. “habis iron baju kita tengok movie ok?”

“a’yai, kapten” Nur mengangkat tangan ke dahi gaya berkawad.

Aliff senyum bahagia.

Advertisements

One thought on “Hazel II – ep.1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s