Hazel II

“Assalammualaikum cinta.” Nur tersenyum melihat Aliff perlahan-lahan membuka mata. Dia bangun dari katil menuju ke meja, remote control air-cond di capai untuk memperlahankan air-cond di biliknya.

Aliff menutup mulutnya dengan tangan kanan. Menguap. “waalaikumsalam sayang. “ mata memerhati sekeliling. “Dah jam berapa ni?”

“5 pagi.”

Aliff mengangguk. Menyesal dia tidur lewat semalam. Mengantuk tersangat ni. Selepas tengok movie dengan isterinya semalam, dia sambung tengok bola pula. Sekarang ni nak buka mata pun tak larat.

“semangat semacam je ?” Aliff menegur.

“eh, mestilah. Hari ni saya kembali belajar.” Ceria.

Aliff turun dari katil dengan masih menguap.

Nur  duduk di katil bersama laptonya. “saya dah cakap dah. Dulu, pensyarah saya cakap, sesiapa yang tidur tidak mengikut waktunya, sel-sel otaknya akan mati secara permenantly, justeru itu orang itu akan kelihatan tua dan pelupa.” Senyum.

Aliff yang sudah berdiri untuk menuju ke tandas mengangguk. “baik cik puan.”

Nur hanya senyum dan menggeleng. Laptopnya di onn. Hari ini bermulalah sesi belajarnya dalam peringkat Ijazah sarjana atau master. Dia mengambil Kerja Kursus (course work) sepenuh masa. Mudah sikit ada syllabus dan pensyarah yang mengajar. Tidaklah dia terlalu pening sangat ada yang guide, kalau penyelidikan (research)memang nampak macam senang tak perlu datang kelas,kuliah tapi kena sentiasa update thesis atau projek yang di buat. Terserah pada individu tertentu dalam menilai yang baik atau yang mana buruk. Setiap sesuatu ada baik dan buruknya. Manusia berhak memberi pendapat.

Aliff keluar dari tandas. “sayang, jom solat tahajut.”

“ok” Nur turun dari katil. Laptop di biarkan. Memang dari tadi dia telah mengambil wudhuk. Telekung dalam almari di capai. Aliff  telah pun membentang sejadah.

Mereka berdiri dalam kedudukan saff.

“Allahuakbar.”

_______________________________________________________

Aliff menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan dia dan Nur. Manakala, isterinya menyediakan air panas. Selesai menyenduk nasi Aliff mengeluarkan telefon bimbitnya. Dalam diam mengambil gambar isterinya.

“Encik Aliff awak buat apa tu?” tegur Nur yang perasan akan kenakalan suaminya.

Aliff hanya senyum. Save. “gambar sayang untuk hari ini.” Wallpaper.

Nur duduk. “wah, bahagianya. Takut memory telefon awak tak cukup nak simpan semua gambar-gambar saya.”

“saya transfer ler ke laptop. Apa susah. Boleh jadikan macam diari ye tak?” perli.

Nur malu. “cepat makan .”

Aliff ketawa dan membaca doa makan.

Mana tidak malunya hal dulu di ungkit kembali. Dia meminati suaminya dalam diam siap ada diari tersendiri lagi tu. Setelah berlaku beberapa peristiwa diari itu tercicir ke tangan sahabat baik si suami dan jatuh ke tangan suaminya.

“nanti belajar rajin-rajin.” Satu suapan

“okay,insyaAllah.”

“belajar kerana Allah.” Lagi satu suapan nasi goreng.

“pasti, insyaAllah.”

“umat Islam tak akan kecundang.”sudu di letakkan.

Nur senyum. “sememangnya.”

“..sebab kita ada Allah.”

Aliff  tiba-tiba serious seakan dia sedang kembali memegang jawatan president pelajar, MPP. “jangan nakal-nakal.”

“okay.”

“I will miss you.”

Nur ketawa.

Aliff  mengangkat kening. “lawak ke?”

“tadi serious sangat. Hm, ok Encik Aliff. Saya pun akan rindu awak. Dah lambat ni.”

Aliff bangun dari kerusi. Begitu juga Nur. “bawa kereta elok-elok.”

“a’ayai kapten.” Nur bersalaman dengan Aliff. Sponton Aliff mencium dahinya. Nur senyum.

Aliff duduk kembali ke kerusi untuk menghabiskan makanannya. Nur yang tadi sedang bergerak menuju ke hadapan berhenti. Dia berpusing ke belakang. “Encik Aliff.”

Aliff menoleh.

Klik.

Satu gambar Aliff di ambil. “thanks. Bye sayang. Assalammualaikum.” Nur kembali ke hadapan.

Senyum. “waalaikumsalam.”

Advertisements

3 thoughts on “Hazel II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s