Mustaqeem – Part 1

1

Wahai manusia ! sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa. (Al-Baqarah : 21)

“Ed !”

Tersedak. Tak tahu hendak beri salam ke? Main sergah sahaja. Ed berpusing memandang suara yang menjerit namanya sebentar tadi. “nak apa?”.

Senyum kambing. “Ed, hari ini dah janji nak pergi konsert yang dekat Stadium Bukit Jalil tu kan?”

“mana ada I janji.” Ed kembali melakukan aktivitinya yang tergendala sebentar. Makan.

Aisy yang tadi sudah duduk tanpa pelawa oleh Ed kembali berdiri. “apa ni you! Semalam you kata nak pergi, I ingat malam pukul 11.33 you cakap nak pergi.”

Edri riak selamba. “dah tidur kut waktu tu, mana nak sedar apa cakap.”

“menyampahlah tengok you ni.” Geram melihat Ed selamba makan Maggie tanpa riak bersalah. “ala.. you jom lah..” lengan Ed di gerak-gerakkan.

“bisinglah pergi konsert tu,dengan ramai orang lagi.”

Sejak bila? “eh, dulu okay je. Sekarang pulak nak bisinglah itu lah ini lah.”

“Aisy, you balik lah. I sibuk ni”

Beg tangan di meja pejabat Edri di sambar. Marah. Sejak dua menjak ini, Ed selalu nak elak dari jumpa dia. Kalau dia ada perempuan lain siaplah!

Aisy pusing memandang Ed. “kalau I dapat tahu you ada perempuan lain siaplah!”

Ed ketawa. “No worries. Tak akan, okay.”

Aisy menjeling dan berpusing kembali untuk keluar.

“You!” jerit Ed. Aisy berhenti dan memandang Ed geram. “..kalau I dapat tahu you ada lelaki lain, siaplah.”

Heh.“ bye !” Aisy terus berlalu dengan kaki di hentak tanda protes, sengaja nak mengenakan dia balik. Bukankah yang si Edri Bin Hashim ini sudah tahu yang Siti Aisyah Binti Umar ini sangat mencintai dia sepenuh hati !

“bye.”  Huh, perempuan-perempuan. Edri senyum sendiri. Seronok tengok kekasih hatinya itu merajuk.

 * * * *

Mustaqeem senyum. Senang hatinya apabila dia sudah mendapat kerja di Mc.Donald. Sementara tengah cuti semester ini, baik kerja dari buang masa. Kaki berjalan menuju ke arah letak motor. Tak lekang di bibir mengucapkan syukur pada Yang Esa kerana memberinya rezeki.

“Aduh!”

Mustaqeem menggosok lengannya yang berlaga dengan seorang perempuan . Selamat dia pakai lengan panjang.

“eh, buta ke? Mata letak dekat mana?!”

Ek. “Cik, yang langgar saya.”

“Ah, kalau kau boleh tengok tadi, mesti kau elak? Kenapa tak elak dah nampak aku? Saja nak ambil kesempatan.”

Amboi, cakap ikut resam dia sahaja. “Cik, ini jalan saya, terus. Cik yang dari pintu mana entah keluar tak pandang kiri kanan.”

Aisy memandang tajam lelaki yang bertshirt hitam bertulisan ‘I’m proud to be Muslim’ serta berkopiah putih di hadapannya ini. “dah! Bisinglah !” Aisy terus berjalan meninggalkan Mustaqeem. Itulah dia, marah pada Ed terbawa-bawa sampai marah pada insan yang dia langgar tadi. Bukan hendak mintak maaf ke apa? malah dia pula marah lelaki tadi.

Mustaqeem angkat bahu. Pelik tengok wanita yang berambut perang, berbaju tiada lengan, dengan seluar ketat ikut bentuk kaki, kasut tinggi yang entah berapa inci. Ucapan syukur yang dari tadi di bibir telah bertukar kepada istighfar yang panjang.

Bila kiblat itu arahnya barat. Bukan Tuhan yang di sembah tetapi tuan yang mahu menguntungkan diri dan menjatuhkan umat akhir zaman. Tidak pernah terfikirkah yang dunia ini sementara? Tidak pernah terfikirkah yang mati itu rahsia dan bila-bila sahaja? Tidak terfikirkah ‘sempat ke aku bertaubat’?

________________________________________________________________

2

Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahwa untuk mereka (disediakan) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai …. (Al-Baqarah: 25)

Mata merenung lukisan di atas mejanya. Separuh siap. Otaknya tidak dapat berfikir dengan baik. Idea kering kontang. Ed memusing-musingkan pensel di tangannya. Selalunya idea laju sahaja datang.  Huh, tetiba baru sedar yang jadi arkitek ni bukan senang sangat. Eh, bukan semua perkara dalam dunia ini tak mudah ke?

Telefon bimbit di hujung meja di capai. Tangan ligat menekan nombor seseorang. Telefon di tekap di telinga kanan. Lama. Merajuk ke tak angkat telefon. Selalu laju sahaja suara gadis itu menjawab panggilannya.

“hello..”

Ed mengeluh. Pergi juga dia. Suara bising di hujung talian. “you pergi konsert?”

“ha,..” suara Aisy timbul tenggelam. “Ed, I tak dengar you cakap apa.”

“it’s okay, later I call you back.” Talian terus di matikan tanpa menunggu reaksi Aisy.

Ed mengeluh. Macam mana dia hendak berkahwin dengan wanita itu kalau dia sendiri tidak dapat mengawal wanita itu. Lagi pula, wanita itu masih muda. Tambahan, dia pun bukan arif sangat bab agama ni. Solat pun kalau sempat. Kalau solat pun hendak cepat sahaja. Itu dia nak jadi pemimpin keluarga? Mama sudah bising bila dia hendak berkahwin.

Hidup dia sangat sosial. Memanglah, orang kata dalam hidup sosial itu penting, tetapi dia punya sosial sudah tahap tidak dapat di bendung. Keluar masuk pub. Dengan wanita langsung tiada batas. Untunglah dia masih tidak terjebak dalam hubungan haram itu. Berzina. Tapi dengan hidup rapuh pegangan agama itu baik sangatkah? Sudah rasa selamat dari api nerakakah?

Sedangkan Saidina Umar yang sudah di janjikan syurga oleh Allah pun, masih takut kalau dia tidak tergolong dalam penghuni syurga. Sedangkan Saidina Umar itu kuat ibadah. Taat perintah Allah. Manusia akhir zaman kini? Taatkah? Kuat ibadahkah?

Ed tersedar dari lamunan tatkala telefonnya berbunyi. Tertera di skrin telefonnya. Dear Aisy.

“hello.”

“Ed! Sorry, I tak dengar you cakap apa tadi, kenapa?”

“you pergi dengan siapa konsert?”

Latar belakang Aisy masih di tengah orang ramai, tetapi tidak sebising tadi. “I pergi dengan Emmi, Syuk dengan Zack.”

Semua lelaki. Ed yang tadi selesa bersandar di kerusi,terus duduk tegak. “you.. semua lelaki?”

“kawan you jugak. Relex lah.”

Ed tidak tahu hendak cakap apa? Dulu dia jugak yang terjebakkan wanita itu dalam hidup metropolitan yang di anggap gah ini. “you balik bila ni?”

“hm, nak balik dah but I nak pergi rumah Zack jap.”

Ed jadi tak sedap hati. Kadang dia macam tak ambil berat dengan Aisy ini, kadang terlebih ambil berat pula. “nak buat apa? Tak payah lah.”

“kejap je,final project I tertinggal dekat rumah dia..”

“esok I ambilkan, you terus balik.” Mendatar.

“no. esok I dah kena submit.”

“Aisy..”

“okay Ed. Nanti I call lagi. Bye !”

* * * *

“apa korang nak buat ni?” Aisy jadi takut. Lorong tu gelap. Lelaki-lelaki yang di anggap teman tadi ketawa terbahak-bahak. “korang…jangan jadi gila ! aku ni kawan baik korang punya teman wanita..”

“teman wanita je, sedangkan isteri pun boleh sapu, ini kan teman wanita yang tak ada kaitan langsung!” yang lain ketawa mendengar kata-kata Zack.

“korang memang binatang!” Aisy tekad . Dia berlari laju untuk melepaskan diri.

Semua lelaki itu mengejarnya. Apalah sangat daya seorang wanita hendak di bandingkan dengan lelaki yang tegap di kelilingnya. Aisy terjatuh.

Suara ketawa makin kuat. “Tolong!!!” jerit Aisy.

“tak ada siapa yang dengar..”

“Tolong!!”  Ya Allah, tolong…

Seperti Allah memakbulkan doa dia.  Tidak sempat lelaki durjana itu menyentuhnya seorang lelaki datang. “weh! Buat apa tu?!!”

Sekelip mata lelaki-lelaki yang kononnya hebat tadi lari lintang pukang seperti melihat sesuatu yang mengerikan. Aisy yang dalam tangis itu memandang insan yang menjerit tadi. Dia terkejut melihat belakang lelaki itu seperti ramai manusia berjubah putih yang menggerunkan. Aisy akhirnya pengsan. Terlalu takut dengan panorama yang baru di lihat.

Mustaqeem menghampiri Aisy. Macam kenal. Dia menggaru kepala. Sudahlah tadi dia hanya berbekalkan ayat seribu dinar sahaja untuk melaung dekat manusia-manusia keji itu. Tidak sangka mereka lari lintang pukang. Yang wanita ini pandang dia tadi selepas itu pengsan kenapa? Mustaqeem mengeluarkan telefon di poketnya. Hendak di sentuh, dia takut. Akhirnya, dia buat keputusan untuk menghubungi pihak hospital.

______________________________________________________________

3

Dan kehidupan di dunia ini,hanyalah senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? (Al-An’am:32)

Mata di buka. Pandangan pertama yang menyapanya. Ibu.

“anak ibu dah sedar..”Pn.Salmah senyum.

Aisy angguk. Dia melihat keadaan sekelilingnya. Ibu. Ayah. Dia melihat pula pakaiannya telah bertukar ke baju hospital. Mana lelaki yang menolongnya malam tadi? Bagaimana kalau ibu bapanya tahu dia ke konsert? Mana baju malam tadi dia pakai? Kalau ibu bapanya nampak pasti kecewa benar mereka.

“macam mana Aisy boleh pengsan dekat tepi masjid tu?”

Hah? Masjid? Sejak bila dia pergi masjid. Apa sudah berlaku ni.  Aisy hanya membalas dengan senyum kelat.

“ayah tak sangka Mustaqeem jumpa kamu. Kamu dah lama ke kenal dia?”

Mustaqeem mana pula ni? “err.. ibu Aisyah haus.” Sengaja mengubah topik perbualan yang dia rasakan macam sudah masuk dunia lain. Masjid. Mustaqeem. Apa ni?

“nah..” ibunya menghulurkan gelas. “.. Mustaqeem tu dulu anak didik ayah kamu, yelah ayahkan ustaz. Tu yang macam-macam ilmu dia nak pelajari dari ayah tu..”

Oh, jadinya insan yang menolongnya malam tadi bernama Mustaqeem. Rasanya insan itu juga yang dia marah sewaktu terlanggar selepas bertemu dengan Ed. Kecilnya dunia.

“apa dia buat dekat situ?” ayatnya seperti tidak habis, apa yang Mustaqeem buat dekat lorong gelap tu?

“laa, dia baru balik kerja dari Mc.Donald shift malam..”

Oh, mungkin hendak ke tempat letak motor dan kebetulan terjumpa dia yang hampir di perkosa. Aisy memejamkan mata, tidak sangka yang dia boleh mengalami situasi itu. Kalaulah dia mendengar nasihat Ed, jangan pergi. Dia teringat sesuatu. “ibu, handphone Aisyah mana?”

“Ni.” Telefon bertukar tangan. “..tapi dah tak ada batteri tu.”

* * * *

Telefon Emmi tak dapat. Telefon Zack tak berangkat. Telefon Syuk lagi lah, operater yang jawab. Ed jadi tidak tentu arah. Dari malam tadi naik patah jarinya mendail nombor Aisy tak dapat. Risau.

Tanpa berlengah Ed keluar dari bilik. Sempat kunci kereta di capai.

“Edri, nak pergi mana pagi-pagi ni?”

“Ma.. err, Ed nak keluar jumpa kawan jap.”

“jangan balik lewat sangat nanti keluarga Dato Amran tu nak datang.”

Ed hanya mengangguk. “pergi dulu.” Terus keluar tanpa beri salam pada mamanya dan tanpa bersalam dengan mamanya. Sudah biasa begitu.

Sampai sahaja di rumah sewa Aisyah , Ed mengeluh lagi. Tempat letak kereta kosong yang ada hanya kereta teman serumahnya,Wani.

“Wani ! Wani.” Bukan dia reti beri salam dahulu. Terus-terusan menjerit nama sahaja. Tidak sampai beberapa minit Wani telah keluar.

Wani keluar dengan berbaju tidur. Pagi lagi, dia belum mandi. Baru bangun tidur, entah Subuh, entah tidak. “emm, kenapa Edri?” serak suaranya sambil membuka pintu pagar.

“Aisy ada?”

Kepala di gosok. “dari semalam dia tak balik. Aku call pun tak dapat. Off ”

Berdesau darah lelakinya. “dia tak kata pergi mana-mana?”

“keluar dengan Zack,Syuk dan Emmi lah semalam. Pergi konsert.”

“tak apalah. Thanks.”

Edri kembali ke keretanya. Mana dia hendak cari si Aisy. Kalau terjadi apa-apa dengan wanita itu macam mana? Dia pun tak tahu kenapa dia risau yang teramat. Dia mesti ke rumah Zack. Belum sempat dia memberi lampu isyarat untuk ke kanan, telefonnya berbunyi. Mama.

“Edri dekat mana? Kleuarga Dato Amran nak sampai dah. Baliklah.”

“ha, ma.. nak balik lah ni.”

Dia berharap tiada apa-apa berlaku pada teman wanitanya.

__________________________________________________________

4

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur. (An-Nahl: 78)

“Jemput masuk Dato.”

“eh, kamu ni Kamariah, adik-beradik pun nak berdato-dato.” Tegur Datin Halimah isteri Dato Amran.

“segan. Nanti kena saman pula.”

“setakat pangkat di hadapan nama sahaja. Tiada apa-apa yang istimewa. Nanti mati ke kubur juga.”  Pn.Kamariah hanya senyum. “mana Edri?” mereka telah pun duduk di sofa.

“kejap lagi sampailah tu. Eh, Mustaqeem dari tadi senyap sahaja.?”

Datin Halimah memukul lembut peha anak lelakinya itu. “dia ni Kamariah memang senyap je.…”

“Assalammualaikum.”

Semua mata tertala pada pintu masuk. Edri senyum, padahal dalam hati tidak tenteram. “Pak Ngah, Mak Ngah.” Pandai pula dia bersalaman dengan orang tua. “Mus!” mereka berpelukkan.

“lama tak jumpa kau.” Ramah Edri.

“samalah. Hebat kau sekarang Edri sudah ada syarikat sendiri.”

“tak lah, biasa-bisa sahaja.”

“biasa apa kalau muda-muda sudah ada syarikat sendiri. Luar biasa.” Celah Datin Halimah.

Edri hanya senyum. “kau buat apa sekarang Mus?”

“kerja dekat Mc.Donald.”

“loyar buruk betul. Cakap lah betul-betul?” tak akan Dato Amran membenarkan anak tunggal lelakinya ini kerja sebarangan.

Mus ketawa kecil. “betul lah. Sambilan.”

“sambilan je, terkejut aku. Kerja dengan aku lah.”

“tak apalah.”

“kau bidang seni bina kan?”

Mengangguk.

“ha! Kerjalah dengan aku. Nanti senang boleh join adventure dengan aku sekali.”

“Pak Ngah dah kata dah. Si Mus ni segan.”

Pn.Kamariah datang dengan dulang di tangan. “ tak payahlah nak segan dengan Edri ni. Kerja sahajalah Mus nanti boleh bagi idea dekat Edri. Jemput minum semua”

“alah, Mus jom lah.”

Mustaqeem hanya senyum. “insyaALLAH..” dia hanya hendak kerja sambilan sahaja. Selepas ini sudah kembali belajar. Masuk sem depan dia praktikal. Selepas itu dia sudah graduate.

“jom lah…” belum sempat menghabiskan ayatnya telefon bimbit Edri berbunyi. Dear Aisy. “ minta diri semua..”

* * * *

Aisy merenung syiling biliknya di kampung. Tadi sewaktu keluar dari hospital dia hendak ke rumah sewanya tetapi di halang oleh ayah. Hendak tak nak, kenalah balik kampungnya di Johor.

Telefon yang sedang di caj di tepi katil di capai. Nombor Edri di dail. Lemah suaranya. “hello.”

“you dekat mana?” mendatar.

Aisy berkira, mahu beritahu ke tidak? “err, Ed sorry batteri telefon habis.” Mahu dia tidak minta maaf apabila melihat 133 missed call daripada Edri.

Diam.

“Ed… sorry..”

Masih diam. Dia tahu. Diam Ed tanda marah.

“Ed..”

“I tanya you dekat mana?”

“kampung.”

Ed ketawa sinis. “tiba-tiba balik kampung kenapa? Apa you dah buat dengan kawan-kawan I?”

Aisy ketap bibir. Sekarang Ed cuba hendak menuduh dia bukan-bukan pula.

“kenapa diam? Kalau I tahu you berpoya-poya dengan kawan-kawan I. I tak payah nak bersusah payah risau tau. Buang masa !”

Sampai hati tuduh dia macam tu. Aisy diam, air matanya telah laju mengalir.

“kalau you diam macam ni, tak payah call, I ada banyak kerja nak buat..”

“Ed..”

Edri tersentak apabila terdengar suara serak Aisy. Setahu dia, wanita ini kuat. Tak menangis sesuka hati. Keras kepala. Kalau tak keras kepala tak adalah dia beriya-iya hendak ke konsert tu. “Aisyah..?” jarang Ed memanggilnya dengan nama penuh dia. “kenapa ni?”

“kawan-kawan you… diaorang.. cuba perkosa I..”

Macam kilat yang menyambar. “What ?!”

Teresak-esak Aisy. “..I’m lucky,.. ada seorang guy yang tolong I..”

Edri di talian sana sudah tidak tentu arah. Binatang punya kawan-kawan ! “dah buat report?”

Gila. Kalau buat report ibu dengan ayah akan tahu. “No, please.. don’t..”

“ini bukan benda kecik tau..”

“jangan I tak nak ibu dengan ayah tahu..”

Ed merengus.  “then, macam mana you boleh balik kampung.?”

“my parents ada dekat hospital. Maybe that guy dapat nombor dari dompet kot.”

Ed tak tahu hendak cakap apa. Dia terkedu. Kalau dia jumpalah, syaitan bertopengkan manusia itu. Tahulah apa dia nak ajar.

“you okay tak ni?”

Aisy senyum kelat dengar soalan itu. Tahu pun nak bertanya. Selalu dingin sahaja. Tak ada yang lembut. Kata-kata sayang pun tak pernah keluar dari mulut lelaki itu. Bercinta macam mana pun dia tak tahu. Ed bukan seorang yang romantik, sarkastik mungkin.  “sihat. Kalau I dengar cakap you malam tadi mesti tak jadi apa-apa.”

Ed diam seketika. “hm, tu lah. Degil. Keras kepala.”

“sorry Ed..”

Ed hanya diam. Dalam kepalanya rasa hendak bawa kereta pergi ke Johor sekarang juga. Penat memandu dari Selangor pun tak apa. Asalkan dia dapat bertemu wanita yang dia sayang . Mahu tercabut nyawanya tatkala terdengar yang Aisy hampir di perkosa. Terima kasih banyak pada insan yang membantu itu. Ed rasa macam hendak melamar Aisy jadi isterinya. Biar wanita itu sentiasa dekat dengan dia, tapi hendak ke Aisy? Nanti mesti dia kata dia muda lagi. Hendak belajar lagi. Lagipun, bagikah keluarga Aisy berkahwin awal? Tambahan, dengan dia lelaki yang rapuh pada agama.

Ah, hati. Sangat sulit !

________________________________________________________

5

…boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

“Ayah rasa nak lamarkan Aisyah untuk Mustaqeem lah.”

Tersedak Aisy yang sedang minum air itu. Lawak sungguh! “ Aisy, belajar lagi ayah..” lagipun Aisyah dah ada pilihan hati sendiri.

“lagi 2 semester sahaja. Lepas itu habis.”

Aisyah hanya diam.

“lagipun, budak Mustaqeem itu baik. Tak baik Aisyah kalau kamu tolak orang yang baik agamanya.” Celah ibu pula.

Aisyah masih lagi diam. Habis Edri nak letak mana?

“Ibu, Mustaqeem tu kerja Mc.Donald je. Mampu ke nak sara Aisyah.”

Ayah ketawa geli hati. “dia kerja sambilan lah. Dia pun tengah belajar. Cuti semester sekarang.”

Aisy diam. Baru dia terfikir final project dia di rumah Zack. Terpaksa dia menipu pensyarahnya. Katakan yang dia berada di kampung, emak sakit tenat. Tidak dapat menghantar projek itu.

“lagi cepat, lagi bagus Aisyah..”

Ha.. “apa dia ibu?”

“eh, mengalamun pula budak ni. Ibu kata lagi cepat, lagi bagus. Tak adalah batas lagi si Mustaqeem itu hendak menuntut ilmu dari ayah..”

Aisyah mengeluh. “tak naklah ibu..”

“kamu ni Aisyah, ayah tengok makin hari makin sudah berubah. Tengok gaya rambut kamu tu, sudah di perangkan.” Tiba-tiba.

“inai lah..lagipun Aisyah kan pakai tudung” Aisyah menipu. Selamat hari itu si Mustaqeem itu meletakkan baju kurung dan tudung di sebelah meja pesakit waktu di hospital. Kalau tidak nak jawab apa dengan ibu dan ayah. Mana entah mamat tu rembat baju kurung dan tudung tu. Dan persoalannya kini, kenapa hendak bagi dia baju kurung dan tudung? Baju yang dia pakai malam tu sudah hilang entah ke mana.

“kamu jangan macam-macam..” tegas si ayah.

“Aisyah tahu jaga diri lah.”

“kalau kamu dengan Mustaqeem pun okay. Nanti dia boleh bimbing kamu. Ibu sukalah tengok dia.” Eh, ke situ pulak ibu ni..

“ibu…” rayu si Aisyah agar tak di ungkit hal ini.

Ayah berdiri. “setuju je lah Aisyah, nanti terkilan pula ibu kamu tu.” Ayah terus berlalu ke dapur.

Di kanan keluarga. Di kiri Edri. Mana satu dia hendak? “Ye, nak..?” rayu si ibu lagi. Lemah betul Aisyah. Ini bukan soal nak pilih baju apa, ini soal nak pilih hidup yang macam mana? “lagipun, tak salah membahagiakan orang lain.” Eh, lain macam sahaja gaya ibu bercakap. Bahagiakan orang lain dan dia?

“ibu.. aisyah kan muda lagi. Nanti Aisyah cari sendiri..” senyum.

“boleh ke kamu cari setanding dengan Mustaqeem?” persoalan yang memakan dirinya.

Aisyah diam. Dia pun tak tahu hebat mana si Mustaqeem itu.

“ibu dekat dunia ni sekejap je.. nak tengok anak ibu bahagia dengan lelaki yang boleh bimbing anak ibu ke syurga..”

Aisyah masih diam.

“diam tanda setuju.” Ibu senyum dan terus meninggalkan Aisy di ruang tamu.

* * * *

Mustaqeem hanya diam. Dia sendiri tidak tahu hendak pilih yang mana dan mampukah dia membimbing wanita yang sudah jauh terpesong? Teringat peristiwa malam itu. Setelah dia menguruskan Aisyah yang pengsan di hospital di mencari telefon Aisyah untuk menghubungi waris terdekat, dan malangnya telefon itu mati ketiadaan batteri. Dompet Aisyah pula, di cari.

Alangkah terkejutnya dia apabila terjumpa kad Ustaz Umar yang bertulis ‘ini nombor ayah’ dengan tulisan tangan atas nama Ustaz Umar yang bertaip komputer. Setahu dia dahulu, ustaz pernah menceritakan hal anak perempuannya. Kalau mengikut cerita itu, Aisyah yang ustaz cerita lain dengan Aisyah yang dia jumpa. Sungguhlah, iman itu tak dapat di warisi. Untuk menutup aib Aisyah dia membeli baju kurung dan tudung dan di beri pada jururawat bertugas. Lagipun, tak sanggup dia hendak membuat ustaz nya itu patah hati.

Bagaiman reaksi dia kalau ustaz Umar menyuruhnya dia menikahi Aisyah.? Dahulu pernah sekali dia di lamar dan dia hanya senyum dengan mengatakan yang dia terserah pada Aisyah. Kini, bila sudah bertemu siapa itu Aisyah dia jadi terkedu sendiri.

Padahal, dia sudah buat solat istikharah untuk ini dan hatinya yakin. Bagaimana pula jadinya selepas ini? Mampukah dia untuk menjadi seorang yang menunjukkan jalan yang benar pada Aisyah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s