Overview Mustaqeem.

Iman tidak dapat di warisi. Lahirnya dalam sebuah keluarga yang berlatar belakangkan agama Islam yang kukuh masih tidak dapat menjadikan dia seorang yang taat pada agamanya. Berkahwin dengan si ‘dia’ membuatkan hidupnya yang baru untuk bebas menjadi kebas dan tidak dapat bergerak.

Aisyah : kau kahwin dengan aku sebab nak jadi hero kan? Mentang-mentang kau selamatkan maruah aku dulu,kau nak orang pandang yang kau tu bagus?! Tolonglah, aku tak heran dengan kebaikkan kau?! Cukup-cukuplah kau nak buat mak bapak aku bangga dengan kau. Aku tak bangga langsung !

Kesilapannya dulu telah menyedarkan dia untuk kembali ke landasan yang di redhai Allah. Dalam menyempurnakan diri untuk menjadi hamba Allah yang baik, dan dia cuba untuk menjadi seorang imam yang boleh membawa makmumnya ke syurga Ilahi. Perkenalan dengan ‘dia’ telah mengubah segala-galanya.

Edri: kau kena tolong aku, tolong aku kenal agama Allah.

Lahir dari keluarga yang berada tidak membuatkan dia lupa pada Yang Esa. Seorang yang sabar dan tabah. Ilmu yang dia ada, tidak pernah di persiakan. Kalau boleh dia hendak orang-orang yang dia sayang merasakan indah bercinta dengan Allah seperti mana dia rasa.

Mustaqeem : Kalau Allah tentukan hidupku ini untuk bertemu dengan mereka untuk sesuatu yang baik walaupun pahit untuk ku telan, aku redha kerana aku percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Aisyah bertemu dengan Edri sebelum bertemu Mustaqeem. Edri adalah cinta hatinya, begitu juga Edri. Semuanya menjadi keliru, saat Aisyah di kahwinkan dengan Mustaqeem atas sebab tertentu, dan Edri bertemu dengan Mustaqeem untuk menuntut ilmu agama supaya kelak dia boleh menjadi imam yang baik buat Aisyah.

Tahukah Aisyah apa hubungan Mustaqeem dan Edri? Tahukah Edri yang Aisyah isteri Mustaqeem? Ketahuilah yang Mustaqeem tahu rahsia hati mereka. Bagaimana kesudahan kehidupan di dunia ini?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s