Mustaqeem-part 3

11

“Pak Ngah dengan Mak Ngah mana?” soal Edri yang telah duduk di sofa rumah ruang tamu villa itu.

Mustaqeem turut duduk sama. “lepas majlis pernikahan aku tu diaorang terus ke Turki ada hal bisnes dekat sana. Lama jugak lah, dua bulan baru balik sini.”

Edri senyum. “wow, honeymoon lah kau dengan wife dekat villa ni.”

Mustaqeem hanya ketawa. Andailah Edri tahu perkahwinan dia, tak seindah apa yang orang fikirkan.

“mana wife?”

Mustaqeem dapat agak yang Aisyah tidak akan turun. “dia demam. Dekat atas. Tak larat turun kot.”

“oh.”

Suasana diam seketika.

“hm, kenapa nak jumpa?” akhirnya Mustaqeem membuka bicara.

Edri tarik nafas. “aku betul-betul nak berubah. Malam semalam aku mimpi ngeri betul. Serious, aku takut.”

“mimpi apa?”

“aku mimpi aku di seksa di neraka.”

Mustaqeem diam seketika. “Alhamdulillah Allah sayang kau.”

“maksud kau?”

“Allah bagi mimpi tu supaya suruh hamba-hambaNYA berfikir. Itu bukanlah satu hukuman atau kebencian dari Tuhan, itu adalah tanda kasih dan sayang Dia. Tak semua orang dapat mimpi macam itu dan berasa hendak berubah.”

Edri mengangguk tanda faham. “kau sambung study balik lagi sebulan kan?”

“haah, kenapa?”

“banyak lah ilmu aku boleh cedok dari kau.”

“insyaAllah. Eh, tunggu sini jap. Aku nak buat air.”

“tak payah susah-susah Mus.”

Mustaqeem telah bangun menuju ke dapur. “tak susah mana pun.”

Edri hanya senyum. Untung isteri Mustaqeem mendapat Mustaqeem sebagai seorang suami. Rajin, penyanyang dan penyabar. Dia bertekad dalam hatinya yang dia juga akan menjadi suami yang baik seperti Mustaqeem. Dia ingin menjadi imam buat keluarganya. Imam untuk meraih redha Ilahi.

Mustaqeem kembali dengan dua mug di tangan. “nah, kan senang sahaja.”

“terima kasih.”

Mustaqeem kembali duduk berhadapan dengan Edri. “perubahan ini bukan satu hipoktrik.” Seperti biasa, dia suka mengutarakan ayat-ayat yang tiba-tiba terlintas di fikiran.

“maksudnya?”

“ramai manusia yang tidak mahu melangkah ke arah suatu yang baik sebab takut orang kata dia munafik.”

Edri angguk. “betul. Mula-mula aku takut juga. Nanti kawan-kawan aku kata aku kolot ke, tak open minded ke.”

“jangan pedulikan orang,Edri. Kalau kita mencintai Allah, nanti Allah akan hantarkan kita insan-insan yang juga mencintai Dia. Sewaktu itu, kalau kita jatuh sekalipun, insan-insan itu akan tolong pegang tangan kita dan beri semangat untuk bangkit kembali.”

Tekun Edri mendengar tanpa ada niat untuk memintas.

“kalau kita lihat kawan-kawan yang selalu seronok dengan kita, yang jauh dari Allah ni. Cuba kalau kita jatuh, kita sakit, tak akan ada yang datang hendak menolong kita. Kalau ada pun mungkin ada udang di sebalik batu. Kalau yang betul-betul ikhlas bersahabat dengan kita ini. Susah hendak cari.”

Tiba-tiba, Edri teringat rakan-rakannya yang syaitan bertopengkan manusia itu, yang cuba memperkosa teman wanitanya. Itukah yang di namakan teman sehidup semati? Teman dunia akhirat? Sejak kes itu, dia sudah lost contact dengan tiga orang rakannya itu. takut-takut kalau dia jumpa, dia akan hilang sabar dan melakukan sesuatu yang tak patut.

“Mus, kau tahukan aku ada teman wanita?”

Mustaqeem mengangguk sambil minum air.

“aku sayang dia sangat, kalau engkau nak tahu, dia dulu seorang perempuan yang baik. Bertudung, sopan tapi aku dah tarik dia ke lembah berdosa ni..” suara Edri sebak. “..aku nak cuba betulkan semua keadaan, tapi aku rasa macam dah terlewat dan wanita itu juga sudah biasa dengan hidup yang terpesong yang aku bina untuk dia.”

“Edri, tiada yang istilah terlewat dalam dunia ini, nabi juga pernah berkata, andai esok kiamat dan di tanganmu masih ada biji benih, maka tanamlah biji benih itu. Kau banyakkan berdoa. InsyaAllah, akan ada pertolongan dari Yang Kuasa.”

________________________________________________________

12

Aisyah membuka mata perlahan-lahan. Terkejut dia melihat Mustaqeem lena tidur di sebelah dia. Bila agaknya Mustaqeem naik ke bilik selepas bertemu sepupunya.? Malas semalam dia hendak turun bertemu sepupu Mustaqeem itu, baginya tiada faedah langsung lebih baik dia tidur awal.

Jam di sebelah kanan di lihat baru 4 pagi. Selepas ini mesti jam loceng Mustaqeem berbunyi. Lebih baik dia tidur semula. Mata di pejamkan. Tepat jangkaannya, jam loceng di telefon Mustaqeem berbunyi.

Bergerak-gerak Mustaqeem. Selepas mencapai telefonnya seperti biasa dia akan membaca doa dan bersyukur pada Allah. Mustaqeem duduk. Dia jadi teringat sesuatu. Cepat Aisyah di gerakkan. “Aisyah….bangun.”

Aisyah yang baru hendak lena semula membuka mata. “kenapa?” malas dia menjawab.

“awak dah solat Isyak ke belum?”

Hek..Itu soalan Mustaqeem. Nampak sangat Mustaqeem sangat meniktiberatkan hal solat ini. “dah.” Tipu Aisyah.

Mustaqeem tidak puas hati. Malam semalam selepas Edri pulang, dia naik ke atas untuk solat Isyak sempat dia mengejutkan Aisyah, tetapi isterinya itu langsung tidak berkutik. Lena sangat. Dia tahu yang isterinya belum solat Isyak lagi sebab telekung isterinya masih sama letak selepas solat Maghrib semalam.

Mahu dia tidak menjaga solat Aisyah, dosa wanita itu sekarang dalam tanggungjawabnya. Dia tidak mahu menjadi pemimpin yang teruk. “jangan tipu saya Aisyah.”

Aisyah naik bosan. Pagi-pagi kalau tak ada tazkirah, tak sah. Dia terus bangun dari katil dan menuju tandas dalam bilik itu. “bising!” sempat dia merungut.

Mustaqeem hanya menggeleng kepala. Selepas Aisyah mengambil telekung untuk bersolat, Mustaqeem pula masuk ke bilik air untuk membersihkan diri untuk bermunajat dengan Yang Esa.

Selesai mandi dan berwudhuk Mustaqeem keluar dari bilik air. Ketika itu Aisyah sedang menghadap komputer riba. Mungkin isterinya itu sudah segar kerana mengambil air sembahyang sebentar tadi.

“Aisyah, tak nak qiam dengan saya sekali?”

Aisyah tidak memandang Mustaqeem. “tak wajibkan.” Mendatar.

“tapi yang sunat boleh tampal solat yang wajib kita tu, sebab solat wajib itu tak semestinya sempurnakan?” lembut dia berbicara.

“solat je lah!” Aisyah malas hendak melayan.

Mustaqeem membiarkan isterinya itu. Terasa juga hati lelakinya. Dia meneruskan qiamnya nanti lewat, masuk Subuh pula.

* * * *

“pergi kolej pakai tudung.” Mustaqeem duduk di birai katil memerhatikan isterinya yang sedang bersiap.

Aisyah berang. “suka hatilah , nak pakai ke tidak.”muka bosan.

“No, awak kena pakai jugak.” Mustaqeem sudah ke almari baju. Menilik tudung yang hanya sedikit di bawa oleh Aisyah ke rumahnya. “hm, yang ini cantik. Sesuai dengan baju awak.” Mustaqeem membawa tudung itu ke arah Aisyah.

Dia ni tak faham bahasa ke? “ish, nanti ada seru pakai tudung, orang pakailah. Sekarang ni biarlah free hair dulu.”

“menutup aurat tu kan wajib,sayang.”

“ishh.” Bentak Aisyah.

Mustaqeem tidak putus asa. “kalau seru Allah ambil nyawa awak dulu sebelum sempat awak bertaubat untuk menutup aurat macam mana?”

“bak lah sini !” Aisyah yang keras kepala itu merampas tudung dari Mustaqeem.

“tak nak iron dulu?”

Aisyah menggeleng. Tudung itu tidak nampak berkedut pun, lagipun, sampai sahaja di kolej nanti, Aisyah niat akan buka tudung itu. gila, nanti kawan-kawan dia nampak. Mahu dia di kertawakan ke?

“saya hantarkan ke kolej?”

“tak payah.” Jawab Aisyah dalam nada yang marah.

* * * *

Suasana di kafe kolej itu sangat bising. Mana tidaknya waktu makan tengahari. Aisy membetulkan rambutnya. Hasratnya tercapai, pagi tadi sampai sahaj di kolej, dia terus membuka tudung dan di simpan dalam kereta miliknya – pemberian ayah satu ketika dahulu.

“Hai Aisy..” sapa suara yang amat di kenali dan di rindui.

Aisy senyum manis. “hai Ed..rindu you sangat-sangat.”

“I pun..baguslah, you dah siap order air untuk I. I memang haus gila ni.”

Aisy senyum melihat Ed menghirup air melalui straw itu.

“boleh jadi isteri mithali ni you..” sakat Ed yang membuatkan Aisy terkedu. “..you dah sihat dari demam?”

“dah” jawab Aisyah ringkas. “Ed, you tak kerja ke hari ini.?”

Ed membuat gaya tangan bagus. “ha, you ingatkan I, lupa nak cerita, sepupu I kerja sambilan dengan I sementara waktu ni, so, dapat dia tolong sikit-sikit. Dia baik tau you.. nanti I kenalkan dia dengan you..”

“lelaki ke perempuan.?” Lain benar cara Ed memuji.

“lelakilah.”

Aisy ketawa lucu. “kalau I terjatuh hati dengan sepupu you macam mana, lepas you kenalkan?” saja provokasi untuk Ed.

Edri ketawa. “you jatuhlah hati dekat dia, dia dah kahwin pun.”

Heh. Aisy sejak dua menjak ni, trauma sikit dengar perkataan kahwin ni. “oh, yeke.”

“you..” panggil Ed lembut.

Aisy memandang ke wajah Ed. “yup?”

“I dah lama tak tengok you pakai tudung.”

Nak tersedak Aisy ketika ini. Dekat rumah tadi Mustaqeem menyuruh dia pakai tudung dan kini Ed pula.

Aisy buat-buat ketawa. “you ni kenapa? Pelik je..”

Ed senyum. “tak ada. Tetiba teringat perkenalan kita dulu,kan you pakai tudung.”

Aisy terus diam. Teringat dia kata-kata Mustaqeem pagi tadi. Menutup aurat itu wajib. Dia jadi teringat, suatu ketika dulu dia sangat menitikberatkan soal aurat, kenapa kini dia perlu tunggu seru? Sedangkan memang dia tahu tutup aurat itu WAJIB !

___________________________________________________

13

“Nak balik dah Mus?” soal Edri.

Mustaqeem berpaling. “kenapa ada kerja lagi ke?”

“tak adalah, saja. Kalau kau ada masa boleh borak jap.” Edri duduk di kerusi depan meja Mustaqeem.

“boleh je, kau nak borak tentang?”

“cinta.”

Mustaqeem ketawa. “jiwang. Kau nak cinta mana satu ini.”

“apa pendapat kau tentang cinta dalam hidup kau.”

“cinta..” Mustaqeem seolah-olah mencari idea. “..cinta bagi aku sesuatu yang sangat indah. Kalau manusia ada perasaan cinta ini pasti dia sanggup lakukan apa saja demi cintanya itu. Untuk aku cinta kepada Allah itu adalah suatu perasaan yang sangat indah dan tidak dapat di tandingi oleh cinta manusia.”

Edri suka mendengar kata-kata Mustaqeem.

“jika seseorang itu cinta pada Allah, dia sanggup lakukan apa sahaja. Jika bagi orang beribadah itu penat, tetapi bagi si pendamba cinta Ilahi itu adalah sesuatu yang di tungu-tunggu.”

Kata Mustaqeem seolah-olah di menghayati setiap bait perkataan yang keluar dari mulutnya.

“sewaktu bermunajat dengan Allah, dia dapat ketenangan,apa sahaja yang hendak di adukan pada Allah, dia katakan. Dia tahu yang Allah Maha Mendengar, akan setia mendengar setiap rayuan hamba-hambaNYA, setia mendengar rintihan hamba-hambaNYA tanpa jemu. Manusia mampu berbuat begitu? Itulah cinta Ilahi, ianya sukar di ungkapkan kerana terlalu indah. ”

Edri masih seperti tadi tekun mendengar.

“setiap nafas yang di hela ini, ibarat sedang bermanja dengan Allah. Allah memberi kita oksigen untuk kita hidup meneruskan tugas kita sebagai khalifah. Rasa cinta itu juga akan membuatkan kita bahagia walaupun sedang di uji sebab kita yakin dan percaya ujian yang datang dari Yang Esa itu tanda Dia mengingati kita, agar kita mengingati Dia juga.”

Mustaqeem senyum sebagai menutup kata-katanya.

“wah,hebat dekripsi engkau tentang cinta pada Allah.”

* * * *

Aisyah bebas untuk balik pukul berapa dia suka. Tambahan,apabila kedua mertuanya tiada di villa itu. Bosan dia duduk menghadap Mustaqeem hari-hari. Nanti mesti dia kena tazkirah lagi. Jam di dashboard kereta di pandang sekilas. 7 malam.

Berhati-hati Aisyah memasukkan keretanya dalam garaj kereta villa itu. Selesai meletakkan kereta dalam keadaan yang betul Aisyah keluar. Dia memerhatikan satu-satu kereta di situ. Sonata, BMW, Mercedes. Ada satu kereta yang tidak wujud. Perdana!

Mustaqeem balik lewatkah? Pintu utama di buka. Gelap. Ini yang dia lemah ni, sekeras-keras kepalanya, bab kene tinggal sorang ni memang dia takut. Tambahan, trauma hampir di perkosa itu masih tidak pernah hilang dalam ingatannya. Dia tidak terus masuk ke dalam rumah.

Telefon di keluarkan. Nombor Mustaqeem di cari. Lama dia menunggu suaminya itu menjawab panggilan.

“Assalammualaikum” suara Mustaqeem menjawab.

“hm, dekat mana? “ soalan pertama yang di tanya oleh Aisyah.

“saya balik lewat hari ni, sembahyang jemaah dekat masjid.”

Aisyah rasa nak menjerit sahaja, “rumah tak ada orang.” Kata Aisyah mendatar.

“memang tak ada orang pun. Kenapa?”

Ish, dia ni tak faham bahasa ke? Aku takut. Aisyah diam.

Mustaqeem seperti dapat agak apa yang bermain difikiran isterinya. “nanti saya call Adila untuk teman awak.”

“cepat sikit.”

“ya, rumah Adila tu sebelah je. Kenapa awak baru balik ni?dah pukul 7 malam”

Aisyah merengus. “cepatlah panggil Adila”

“awak kena jawab soalan saya nanti. Okay. Bye. Assalammualaikum.” Balas Mustaqeem tegas.

Aisyah tahu selembut-lembut Mustaqeem. Setabah-tabah Mustaqeem. Sesabar-sabar Mustaqeem. Pasti ada limitnya. Kalau sudah sampai tahap limitnya, siaplah si Aisyah ni. Dia memang sengaja hendak membuat limit itu sampai ke kemuncak supaya nanti lagi senang hendak  dilepaskan diri dalam perkahwinan ini.

Aisyah tunggu Adila di taman villa itu. Suasana makin gelap. Azan di masjid seberang pun sudah berkumandang. Kata rumah Adila dekat sahaja. Kenapa lambat budak tu sampai.

“Assalammualaikum?”

Aisyah menoleh ke kanan, melihat empunya suara yang merdu. Tersentak dia sekejap dengan wajah yang seolah bidadari. Cantik! Comel gadis itu bertudung labuh. Senyum pada Aisyah menampakkan lesung pipitnya. “Adila?”

Adila senyum. “ya. Akak wife abang Mus?” soal Adila.

Aisyah hanya senyum dan mengangguk. “jom masuk.”

“jom, lagipun dah azan Maghrib ni.”

_______________________________________________

14

Adila duduk di ruang tamu villa itu. Selepas selesai solat Maghrib di bilik tamu, dia kembali ke ruang tamu villa. Aisyah sedang memasak makanan untuknya. Mustaqeem masih belum pulang.

“Adila, jom makan.” Pelawa Aisyah.

Adila senyum dan berjalan ke arah dapur. “wah, pandai akak masak. Bau sedap. Kalau macam ini, Tak larilah abang Mus.”

Aisyah hanya ketawa kecil. Abang Mus tak lari, dia mungkin lari. Lagipun, sepanjang dia berkahwin, mana pernah dia masak untuk Mustaqeem.

“akak, untung dapat abang Mus yang rajin tu.”

“rajin ke?” kata Aisyah saja provokasi.

“rajin kak. Kalau hari minggu mesti dia kemas taman depan villa akak ni. Kadang-kadang dia masak dan bagi jiran-jiran. Akak jagalah hati dia, sebab Adila rasa dia adalah lelaki sejati yang baik budi pekerti.”

Aisyah hanya diam.

Bunyi enjin kenderaan di luar menunjukkan Mustaqeem sudah pulang. Tidak sampai beberapa minit. Mustaqeem sudah masuk ke dalam rumah. “Assalammualaikum”

Adila dan Aisyah serentak menjawab salam. Entah, angin apa yang menyapa Aisyah dia berjalan mendapatkan Mustaqeem. “Jom makan sama.” Tangan Mustaqeem di capai dan di cium.

Mustaqeem terkedu. Dia menyambut huluran tangan itu dan reflek dia mencium ubun-ubun Aisyah.

“wah, romantiklah abang dengan akak ni” sampuk Adila agar adegan-adegan lain tak terserlah.

Mustaqeem hanya senyum. “thanks Dila teman wife abang.”

“my pleasure.”

Mustaqeem telah duduk di hadapan Adila. Manakala, Aisyah pula mengambil makanan untuk Mustaqeeem. Dalam masa yang sama, Aisyah cuba mencerna ayat Adila sebentar tadi ‘..Akak jagalah hati dia, sebab Adila rasa dia adalah lelaki sejati yang baik budi pekerti..’

“cukup?” soal Aisyah pada Mustaqeem sambil menunjuk pinggan berisi nasi itu.

Mustaqeem menyambut lembut pinggan itu. “Alhamdulillah, cukup tu.”

Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Mustaqeem keliru dengan perangai Aisyah, adakah di sebabkan Adila dia jadi baik begini atau dengan diri sendiri? Perasaan kelirunya itu di buang jauh-jauh. “hm, Dila . Hakim ada dekat rumah?”

Aisyah hanya diam. Siapa Hakim itu?

“oh, abang. Minggu ni dia pergi outstation dekat Iran. Well, abang Mus macam tak tahu Jurutera Petronas memang sibuk sikit.”

Mustaqeem senyum. “tak apalah demi masa depan kamu sekeluarga.”

Tahap ingin tahu Aisyah semakin meninggi. “er, siapa Hakim?”

“eh, Dila lupa nak cerita ek? Hakim tu suami Dila.” Bangga Adila menjawab.

Nak tersedak Aisyah. “muda lagi Dila dah kahwin?”

Adila senyum. “kenapa akak kahwin muda? Sebab itu Dila pun kahwin muda.” Mustaqeem telah tunduk menyambung makannya. “lagipun, abang Hakim tu baik agamanya, rasanya rugi kalau Adila tak terima and abang Hakim tak pernah menghalang Dila nak menuntut ilmu, so Adila terima lah.”

Aisyah hanya senyum paksa. “atas dasar keluarga ke?”

Adila mengangguk lagi. “Ha, umi abang Mus yang cadangkan dengan Hakim, sebab abang Hakim senior Abang Mus. Mula-mula agak kekok sikit, tapi lama-lama fall in love juga dengan suami sendiri.” Adila sudah ketawa lucu mengenangkan kisah percintaan dia dengan suaminya.

“tak semua yang kahwin sewaktu belajar bahagia. Tak semua yang kahwin awal bahagia.” Kata-kata itu membuatkan Mustaqeem tersedak. Air yang di hadapannya di teguk.

“akak ni buat abang Mus suspends je.” Seloroh Adila. “..ya, Dila akui tak semua yang kahwin waktu belajar bahagia dan tak semua yang kahwin awal itu bahagia. Bagi pendapat Dila ini semua pokok pangkalnya agama. Kalau ada agama dalam diri seseorang itu insyaAllah semua akan berjalan lancar. Allah akan tolong hamba-hambaNYA. Kahwin waktu belajar memang  tinggi risikonya, mana nak excel exam, mana nak uruskan rumah tangga. So, dekat sini bagi Dila tolenrasi antara keduanya sangat penting. Suami tolong Dila, Dila tolong suami.”

Mustaqeem dan Aisyah hanya mendengar.

“..kalau bab kewangan Dila tak risau sangat sebab Abang Hakim dah kerja. Dila rasa akak pun tak akan ada masalah kewangan sebab parents akak dengan Abang Mus agak berada. So, untuk mereka yang berkahwin waktu belajar ni yang datang dari keluarga yang agak susah itu kena faham antara satu sama lain lah. Kena kawallah nafsu untuk bergaya macam rakan-rakan sebaya yang lain. insyaAllah kalau, agama yang kuat dalam diri kita, rezeki yang sedikit pun akan buat kita rasa cukup. Yakin dengan Allah itu adalah tonggak kebahagiaan.”

Mustaqeen berdehem seketika sebelum berkata-kata. “macam mana pula bagi mereka yang hendak kahwin awal means waktu belajar tetapi di tentang keluarga.?” Sengaja mengajukan soalan pada Adila sebab idea-idea Adila bagus. Bakal peguam kan..

Adila menghabiskan air di dalam cawan itu. “hm, yang ini pun satu masalah juga. Tak semua orang sama pendapat. Tak semua orang datang dari keluarga yang sama cara didikannya. Macam yang selalu Abang Mus katakan yang perkahwinan ini adalah ibadah, so haruskah ibadah ini kita cemari dengan kebencian? Kemarahan? Tak wajar kalau kita buat begitu kan?”

“Mesti ada sebab kenapa si keluarga tak memberi anak mereka berkahwin waktu belajar. Mungkin sebab takut anak mereka akan kecundang, mungkin sebab tak nak anak mereka rasa terbeban dengan kehidupan sebagai seorang pelajar dan sebagai suami atau isteri. Kita perlu ingat tak semua keluarga faham akan konsep berkahwin awal itu. Selain itu, kita kena tengok juga diri kita sendiri. Betul benar-benar sudah bersedia? Dari segi mental dan fizikal? Alam perkahwinan ini bukan sesuatu yang main-main. Nak hidup dengan pasangan kita tu lama kalau boleh hendak sampai ke syurga.”

Aisyah kagum dengan kata-kata Adila. Sangat matang !

“bagi Dila, sesiapa yang dah tak tertahan nak kahwin itu janganlah buat sesuatu yang bodoh, contohnya kahwin lari sebab kahwin itu ibadah. Kalau kita kahwin lari nanti semua orang akan marah, keluarga pun akan rasa kecewa kerana membelakangkan mereka, tak elokkan ibadah jadi buruk macam itu. Bincang dengan keluarga baik-baik. Penting doa itu, doa senjata mukmin dan kita juga kenelah tunjukkan dengan parents kita, yang kita betul-betul sudah bersedia hendak kahwin. Supaya mereka yakin.”

Mustaqeem senyum. “hebat bakal peguam ini berbicara.”

Adila sengih. “tu lah, bagi Dila cakap lagi. Memang tak akan berhentilah.”

Aisyah hanya ketawa lucu. Mustaqeem bahagia melihat ketawa itu.

________________________________________________

15

“Edri, kamu tak keluar hari ini?”

Edri memandang Kak Longnya itu. “tak, duduk rumah je. Malas nak keluar.”

Kak Long senyum sinis. “dah bosan dah nak melepak ke pub tu?”

Edri hanya diam. Matanya menghadap televisyen yang memaparkan telemovie melayu.

“Kak Long nak tanya lah kan, hope Edri jawablah. Saja kak Long nak tahu. Apa yang seronoknya berhibur dekat luar tu?”

“kak Long, Edri dah tak buat aktiviti tak sihat tu lagi.”

“okay, dulu lah, apa yang best sangat?”

Edri menarik nafas. “entah, bagi Edri seronok, jumpa kawan-kawan. Bercerita tentang hiburan. Menari. Bangga buat semua tu, dapat rasa yang kita setaraf dengan dengan negara barat tu. Rasa macam tak semua orang boleh buat. Lagipun, dapat kurangkan stress. Enjoy. Hidup hanya sekali.”

“hidup hanya sekali, mati pun hanya sekali.”

Edri hanya diam mendengar kata-kata Kak Longnya itu.

“macam Edri cakap tadi, bangga buat semua tu, rasa macam kita setaraf dengan diaorang maksud Edri? Kak Long kurang faham.”

Malas betul dia nak menjawab. Sudah di bilang yang dia sudah tidak melakukan aktiviti tidak sihat itu. “as we know, yang Negara barat itu kan maju. So, tengok gaya kehidupan diaorang. Bebas.”

Kak Long ketawa sinis. “memang dioaorang maju. Gaya hidup bebas. Kita kena ingat, gaya hidup kita, kita nak cuba setaraf dengan mereka, tapi kita tak maju. Diri kita sendiri tak maju. Layak ke kita nak rasa bangga dengan setaraf tu? Lagipun, sekarang pemimpin barat pun tengah risaukan kebebasan remaja mereka. Macam-macam mereka buat agar remaja mereka tak bebas. Di sebabkan kita tak nampak kerisauan pemimpin mereka, sebab itu kita rasa cool hidup macam mereka, actually, tak langsung tak cool.”

Edri masih diam.

“Edrilah satu-satunya lelaki dalam keluarga kita, papa dah meninggal dunia. Kalau Edri hanyut, macam mana dengan keluarga kita? Memang Edri anak bongsu, tetapi Edri kena ingat Edri lelaki. Penganti papa.”

“Kak Long, Edri sedang cuba berubah sekarang ni.”

“Kak Long tahu. Kak Long nampak. Bukan Kak Long nak membebel dekat kamu, kak Long nak beri semangat. Berubah ke arah kebaikkan memang susah, tapi kena ingat berubah ke arah kejahatan itu mudah. Kadang sekelip mata sahaja kita dah jadi jahat.”

Edri hanya mengangguk tanda faham.

“kak long naik atas dulu.”

* * * *

“Esok teman saya pergi Uni saya boleh?” Mustaqeem duduk di kerusi tengah bilik itu.

Aisyah masih tekun dengan komputer ribanya di atas katil. “pergilah. Esok sibuk.”

“esok cuti, sibuk apa nya? Jom lah.” Memang betullah telahan Mustaqeem, Aisyah hanya mood baik ketika ada Adila.

“tak faham bahasa ke?”

“saya faham bahasa, saya tanya sibuk kenapa?”

“nak balik rumah sewa lama, sebab nak ambil barang-barang dekat situ.”

Mustaqeem mengangguk. “ha, saya teman pergi rumah sewa awak, then kita pergi Uni saya.”

Aisyah memandang Mustaqeem bosan. “tak naklah.”

“please Siti Aisyah…” rayu Mustaqeem.

Aisyah baru bercadang esok hendak keluar dengan Ed. “yelah!” komputer riba itu di tutup kasar dan di letak di meja tepi katil. Novel One Day At A Time di capai. Selimut tebal di tarik sampai ke pinggang. Dia bersandar di kepala katil membaca novel.

Mustaqeem hanya senyum. Dia bangun ke almari yang meletakkan Al-Quran mininya dan di ambil. “daripada awak baca novel sebelum tidur, baik awak baca surah Al-Mulk. Dapat pahala.”

Aisyah buat pekak telingan. Geram! Ah, bagaimana dia hendak beritahu Edri yang esok tak jadi, tak silap dia Edri hendak memberitahu sesuatu yang penting? Apa yang penting? Kacau betul !

Advertisements

One thought on “Mustaqeem-part 3

  1. aisyah.. aisyah… awak yg rugi nanti..
    suami sebaik mustaqeem, satu dlm sejuta kat dunia nie… hehe..
    awak xnk dia, pass kt saya ea…
    jgn nanti menyesal xsudah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s