Mustaqeem – part 4

16

“kenapa tak dapat keluar hari ni?” soal Ed lemah di talian.

Aisy jadi serba-salah. “I kena teman anak aunty I pergi Uni dia.”

“dah lama kita tak jumpa. I ada something nak beritahu ni.”

“hari tu kan dah jumpa dekat kafe kolej I .”

Ed diam seketika. “you dah lain lah Aisy. Dulu kalau tak jumpa sehari, you sanggup datang office I, sekarang nak jumpa seminggu sekali pun susah. You dah ada orang lain ke?”

Kata-kata Ed seperti menjerat Aisy. “you.. kan I kata, I tinggal dengan aunty I, dia garang sikit.”

“I jumpa aunty you, kita be honest dekat dia, okay?”

“tak payah lah Ed.. nanti apa diaorang fikir pula.”

“I memang serious nak kahwin dengan you, Aisyah.”

Aisy tersentak. Apa dia hendak buat sekarang ni.? Pertama kali, Edri mengutarakan hal ini. “macam ini lah Ed, malam ni I try keluar okay?”

“you kata aunty you tak bagi keluar malam?”

“I try. Demi you.”

“okay. I tunggu your call.”

“bye.”

Aisyah cepat-cepat mematikan talian sewaktu Mustaqeem sudah masuk kembali dalam rumah. Tadi Mustaqeem keluar menghidupkan enjin kereta. “jom sayang.” Ajak Mustaqeem.

Aisyah hanya mengangguk dan berjalan keluar rumah. Pintu rumah semua Mustaqeem yang kunci. Aisyah hanya masuk ke dalam kereta senang-lenang.

Mula hendak bersiap tadi, Aisyah tidak mahu pakai tudung, di tegah oleh Mustaqeem. Akhirnya dia akur. Baju pula dia pakai yang lengan panjang tapi ketat ikut bentuk badannya yang kurus itu, dengan seluar jeans yang ikut bentuk kaki serta kasut tinggi yang berapa inci entah. Mustaqeem tegah juga tadi, tapi dia bentak. Mustaqeem tidak tahu hendak cakap apa. Ini, bukan tutup aurat, tapi bungkus aurat. Risau Mustaqeem, tujuan dia ke Uni dia hari ini, untuk berjumpa dengan rakan-rakan usrahnya, kalau dah si isteri pakai macam ni, dia hendak cakap apa?

“pergi Uni saya dulu, lepas ini baru pergi rumah sewa awak ya?”

“hmm.”

Suasana yang senyap itu membuat kedua-duanya tidak selesa. Mustaqeem memulakan bicara. “kenapa waktu dengan Adila itu awak layan saya baik?”

“nak jaga air muka suami.” Jawab dia mendatar.

Mustaqeem tenang memandu. “pandai awak jaga maruah saya sebagai seorang suami di hadapan orangkan? Saya bangga. Yang awak pakai macam ni, nak jatuhkan maruah saya pula ke?”

Aisyah sakit hati. “apa masalahnya? Nak bertudung, ni pakai tudung. Nak suruh pakai baju tutup aurat, ni tutup aurat lah kan!?” bentak Aisyah.

“ini bukan tutup aurat tapi bungkus aurat. Nampak bentuk badan awak,sayang”

Aisyah diam. Sakit hati yang teramat.

_____________________________________________________

17

“lama tak bertemu akhi !” mereka berpelukkan. Akhi kata ganti diri kamu untuk lelaki.

Mustaqeem senyum. “sihat?”

“Alhamdulillah, sihat.”

Mustaqeem menarik lembut Aisyah di sisinya. “kenalkan ini isteri ana, Siti Aisyah.”

Semua senyum. Ada yang terkejut melihat isteri Mustaqeem. Mana tidaknya, Mustaqeem seorang ketua daei dekat Uni mereka tak akan isteri dia begitu. Mana yang perempuan ada yang cemburu melihat Aisyah, yelah, dapat berkahwin dengan Mustaqeem yang baik agamanya dan ada paras rupa.

Aisyah jadi tidak selesa melihat semua warga hawa yang memakai tudung labuh itu. dalam hatinya menyumpah-nyumpah suaminya kerana tidak memberitahunya awal. Sengaja hendak memalukan dia. Aisyah menyentuh lengan Mustaqeem. “nak ke toilet jap.”

Mustaqeem senyum dan mengangguk.

Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu macam mana Aisyah menyumpah Mustaqeem. Aisyah masuk dalam tandas itu. Sewaktu dalam tandas, Aisyah terdengar beberapa perbualan yang sangat menyakitkan hati dia.

“kenapa akhi Mustaqeem tak pilih wanita yang baik agamanya?”

Satu lagi suara menyampuk. “entah, ana tak berkenan betul dengan isterinya itu. memanglah cantik, tapi pakai macam itu, sengaja nak menjatuhkan maruah suami.”

“betul, patutnya Akhi Mustaqeem pilih sahaja wanita yang memang baik tarbiyahnya dalam kalangan kita semua.”

“isteri akhi itu patut bersyukur dapat Akhi Mustaqeem yang baik itu. Ini tidak, dasar manusia tak reti bersyukur.” Berasap telinga Aisyah. Dia terus keluar dari bilik air itu. geram! Ini semua salah Mustaqeem. Bawa dia ke sini! Sengaja mahu menjayuhkan air muka dia.

Pemilik suara-suara tadi semua terkejut melihat Aisyah keluar dari tandas. “itu lah, kamu berdua. Mengumpat sahaja. Memang patut pun Akhi Mustaqeem tidak memilih kamu berdua, tengok mengumpat orang umpama memakan daging saudara sendiri. Ini ke cara orang di tarbiyah? jangan kita menilai seseorang itu dengan pakaian dia. Mana tahu, suatu hari nanti dia berubah, lagi hebat dari kita semua. Ingat, Allah pandang hati kita, niat kita.” Suara ketiga itu terus berlalu keluar meninggalkan dua orang wanita tadi.

____________________________________________________

18

Selepas kejadian pagi tadi, mereka tidak jadi pergi ke rumah sewa Aisyah. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kedua-duanya hanya senyap sahaja. Mustaqeem pun tidak tahu apa yang membuatkan isterinya itu mengamuk sakan.

Mustaqeem menghampiri Aisyah yang sedang bersiap itu. “awak nak pergi mana malam-malam ni?”

“suka hatilah.”

“awak, tak boleh ke sekali sahaja awak cakap baik-baik dengan saya?”

Aisyah merengus. “cakap baik-baik dengan kau. Huh, buang masa!”

Terkejut Mustaqeem Aisyah menggunakan kata ganti diri ‘kau’ itu. “eh, awak sedar tak awak cakap dengan siapa ni?”

“sedar. Aku bercakap dengan seorang suami yang berpura-pura baik!”

Mustaqeem menarik lembut lengan Aisyah agar berhadapan dengannya. “apa Aisyah cakap ni? Bila saya berpura-pura?”

Aisyah senyum sinis. “kau kahwin dengan aku sebab nak jadi hero kan? Mentang-mentang kau selamatkan maruah aku dulu,kau nak orang pandang yang kau tu bagus?! Tolonglah, aku tak heran dengan kebaikkan kau?! Cukup-cukuplah kau nak buat mak bapak aku bangga dengan kau. Aku tak bangga langsung !”

“Aisyah!” pertama kali suara Mustaqeem tinggi. “..apa awak merepek ni?!”

“hey,Mustaqeem. Kalau kau rasa kau baik sangat kenapa kau tak kahwin dengan budak-budak perempuan yang pakai tudung labuh tadi?! Diaorang tu kan baik! Aku ni jahil agama! Tak sesuai dengan kau.!” Jari telunjuk Aisyah sudah di hadapan muka Mustaqeem.

Tenang Mustaqeem menurunkan jari telunjuk Aisyah itu. Tercabar juga kelelakiannya, selalu dia ingatkan marah bukan penyelesaian dalam masalah ini. “Aisyah, saya ini suami awak. Please respect saya.”

Aisyah menarik kasar tangannya yang di pegang oleh Mustaqeem. “aku nak keluar.” Dia melanggar bahu Mustaqeem.

“saya tak izinkan.” Kata Musatqeem dan berjalan mendapatkan Aisyah.

Aisyah berhenti apabila tangannya di tarik Mustaqeem. “lepaslah ! kau tahu tak sejak kahwin dengan kau, hidup aku tak bebas tau. Nak keluar dengan kawan-kawan aku pun susah! Aku ni  muda lagi tau !”

Mustaqeem menggelengkan kepalanya. “ saya tak halang kalau awak nak keluar dengan kawan-kawan awak, tapi hari dah lewat malam dan awak patut tutup aurat kalau nak keluar”

“ish! Memang kawan-kawan aku keluar waktu malam lah! Bosan lah hidup dengan kau ni!” Aisyah berjalan lagi untuk turun ke tangga. Kasar dia melepaskan tangan Mustaqeem tadi.

“Aisyah!” jerit Mustaqeem.

Aisyah masih terus berjalan. Laju dia berjalan. Meninggalkan Mustaqeem.

__________________________________________________

19

“kenapa muka you stress je?”

Aisyah senyum tawar. “tak adalah Ed, biasa je.”

Edri senyum. “macam mana you cakap dengan aunty you tu nak keluar?”

“I kata ada urgent”

“memang urgent pun, jangan you lari dari aunty you dah lah, tak baik buat hati dia risau.”

Aisy terkaku seketika. “taklah..hm, you nak cakap apa urgent sangat?”

“I nak ubah cara hidup kita?”

Aisy muka blur.

“maksudnya, I nak ubah jadi manusia yang beragama Islam. So, I harap you pun. Yelah, nanti tak akan kita nak tengok anak-anak kita perangai teruk macam kita kan..”

“Ed, you serious nak kahwin?”

Ed ketawa. “mestilah you. Habis buat apa kita bercinta lama-lama? Ke.. you dah ada pilihan sendiri ni?”

“eh..er.. tak adalah.” Hati Aisy tiba-tiba tidak sedap. Kenapa rasa berdebar-debar?

Edri meneruskan kata-katanya. “I nak jadi suami yang soleh, dan you jadi isteri yang solehah. Kalau I kata tak boleh buat, you patuh, tak buat. Mesti bahagiakan? Kita sama-sama mencari redha Ilahi.” Ed senyum.

Aisy semakin tidak sedap hati. “Ed, I rasa I kena balik.”

“laa, tak sampai setengah jam kita jumpa. Tak habis bincang lagi ni?”

“I lupa ada something. Nanti I text you okay.” Hati Aisy jadi tidak keruan. “bye..”

Edri terpinga-pinga. Kenapa dengan Aisyah tu?

____________________________________________________

20

Aisyah memandu pulang dengan hati yang tidak tenteram. Teringat pergaduhan dia dengan Mustaqeem sebelum dia keluar tadi. Biarlah apa yang Ed nak cakap dekat dia sebentar tadi, yang dia tahu, kalau Ed cakap banyak-banyak pun dia tidak akan fokus.

Hatinya. Fikirannya semua kini tertumpu di rumah. Apa yang di khuatiri sangat pun dia tak tahu.

Sebaik sahaja dia meletakkan kereta. Terus dia berjalan laju masuk ke dalam rumah. Pintu di buka, terkedu Aisyah saat dia membuka pintu utama, rumah itu sudah bersepah. Berterabur. Hatinya jadi tidak sedap. Dia berjalan lagi untuk menuju ke biliknya di atas. Terkejut dia apabila melihat ada titisan darah. Ya Allah!

Cepat dia berlari mencari punca titisan darah itu. Dia berhenti di hadapan ruang tamu di atas villa itu. Jantungnya berdegup kencang. Bersepah. Nyawanya seakan melayang ternampak sekujur tubuh itu?

“Mustaqeem!” jerit Aisyah. Dia menghampiri suaminya itu. Tak bergerak langsung. Kepala Mustaqeem berdarah banyak. “Mustaqeem, bangun! jangan biarkan saya sorang-sorang saya takut!” dia memeluk Mustaqeem yang tidak bergerak langsung itu. Mengigil tangannya tatkala darah itu melekat di jarinya.

Aisyah membuka beg tangannya, nombor seseorang di dail. “tolong! Tolong datang rumah sekarang juga!” selepas itu telefon di letakkan ke tepi tanpa menunggu respond si pemanggil. “Mustaqeem, bangun…”

Akhirnya air mata wanitanya mengalir juga.

“Mustaqeem…”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s