Mustaqeem – Part 5

Bukankah setiap manusia itu akan mati? maka persediaannya?

21

“Inalillah..” lemah lututnya mendengar. Mengalir air mata tuanya.

Edri yang baru pulang selepas berjumpa sekejap dengan Aisy itu menghampiri mamanya. “Ya Allah, mama kenapa ni?” cepat dia menahan mamanya dari jatuh.

“Mus…”

Edri memapah mamanya untuk duduk di sofa. Kak Longnya yang dengar suara Edri tadi keluar dari dapur mendapatkan mereka. Berdebar hati Edri. “kenapa dengan Mus?”

Pn.Kamariah menangis. “tadi adik susuan Mustaqeem, Adila. telefon. Dia kata Mustaqeem ada di hospital sekarang. Dia call Pak Ngah dengan Mak Ngah tak dapat.” Teresak-esak .

“Ya Allah.. Adila jiran Mustaqeem tu?” Kak Longnya pun sudah mengalir air mata.

“haa…dia kata Mus koma…kene pukul dengan perompak.Ada di hospital sekarang .”

“jom, kita pergi hospital sekarang.” Cepat Edri mencadangkan.

Kak Longnya mengambil tudung ekspress yang memang tersedia tergantung di ruang tamu itu. Cepat dia menyarungkan tudungnya dan tudung mamanya. Edri telah keluar untuk menghidupkan enjin kereta.

Semoga Mustaqeem selamat, amiin Ya Rabb !’

* * * *

“Adila, tunggu abang Mus dekat sini. Akak nak ke balai balik buat report” lancar Aisyah bertuturan dengan nada serak baru reda menangis. Tadi takut juga dia dengan keadaan Mustaqeem dengan banyak darah di kepala. Cepat-cepat dia menelefon Adila suruh datang ke rumahnya.

Adila serba-salah. “eh, biar Dila yang buat report. Akak tunggu abang Mus, nanti kalau abang Mus dah sedar mesti dia nak tengok akak dulu.”

Aisyah sebenarnya masih ragu-ragu dengan tindak tanduknya. Hatinya rasa bersalah sangat. Tidak sanggup dia melihat Mustaqeem saat Mustaqeem sedar nanti. Kalaulah dia mendengar kata pasti tak akan jadi begini. “tak apa Dila.. akak yang buat report. Lagipun, akak saksi pertama.”

Adila tidak tahu hendak cakap apa. Akhirnya dia akur juga. Bagi pendapatnya, mungkin Aisyah tidak sanggup melihat keadaan Musatqeem yang tidak sedarkan diri ini. Mungkin Aisyah pergi ke balai untuk menutup rasa resah dan risau di hati. “hati-hati kak.”

Aisyah mengangguk. Dia bukan pergi seorang diri. Dia telah menghubungi Wani untuk turut ikut dia ke balai polis. Apabila di tanya Wani kenapa? Dia hanya menjawab yang rumah auntynya di pecah masuk? Bila di tanya lagi ada sesiapa tercedera? Aisyah menjawab, anak auntynya koma dan Aisyah rasa dia bertanggungjawab untuk membuat aduan di balai. Selepas itu, Wani tidak bertanya lagi dan bersetuju menemaninya.

* * * *

Sampai sahaja di hospital Edri terus mendapatkan wad yang menempatkan Mustaqeem. Dia lega apabila melihat Adila setia menunggu di luar bilik. “Dila..” panggil Pn.Kamariah.

Adila yang sedang membaca Yassin itu memberhentikan bacaan. Kepala diangkat untuk memandang insan yang memanggilnya. Terus dia memeluk Pn.Kamriah yang baru datang itu. “ mak cik…” air matanya mengalir lagi.

“shhtt.. doktor kata apa?” Pn.Kamariah cuba memujuk.

Adila mengesat air matanya. “kepala abang Mus kena pukul kuat. Ada dua kemungkinan, antara Abang Mus  akan hilang ingatan atau…” air matanya deras mengalir. “..atau.. abang akan meninggal dunia.”

Semua yang mendengar kata-kata Adila itu terduduk. “..doktor kata lagi… kalau normal pun sangat tipis. Doalah banyak-banyak..”

Edri menahan sebaknya. “siapa dekat dalam?”

“tak ada orang, nak masuk boleh, tapi seorang sahaja untuk melawat.” Adila cuba kembali tenang.

Pn.Kamariah memandang sekeliling. “isteri Mustaqeem okay?”

Adila mengangguk. “waktu kejadian, wife abang Mus tak ada dekat rumah, lepas balik tu baru dia tengok rumah bersepah. Mula-mula macam tak tentu arah jugalah tadi dia, tapi lama-lama okay sikit. Ini dia tengah buat report polis. Adila nak pergi tadi, tapi di tegah.”

Semua diam melayan perasaan dan andaian masing-masing.

22

Aisyah memandang sayu katil yang menempatkan Mustaqeem itu. Setelah membuat report semalam, dia pulang ke hospital lewat. Saat itu, cuma ada Adila dan Hakim. Mungkin Hakim baru pulang Malaysia. Sebelum ini tidak nampak pula. Dia menyuruh Adila dan Hakim untuk pulang ke rumah biar dia yang menjaga suaminya.

Dan kini, hanya tinggal dia dan Mustaqeem. Pagi tadi lebih kurang pukul 1.30 pagi baru dapat menghubungi ibu bapa mertuanya. Ibu dengan ayah Aisyah pula dalam perjalanan. Mungkin selepas Subuh baru mereka sampai ke hospital.

Aisyah merasakan yang dirinya teruk sangat. Baru dia teringat, selepas dia keluar dari rumah, pintu rumah itu di biarkan terbuka besar tanpa menguncinya kembali. Memang, perompak itu senang masuklah kan. Dan yang menjadi mangsa Mustaqeem.

Dia memegang tangan kanan Mustaqeem “saya memang isteri tak guna kan?” air matanya mengalir. “..awak kena tahu, saya jadi macam ini sebab cinta wak..” tangan itu di cium. “..cinta yang saya rasa boleh buat saya bahagia.. cinta yang saya rasa indah bila dengannya..” Aisyah mengesat air matanya. “.. saya hendak cuba jadi isteri terbaik, tapi dalam hati sudah ada si Adam yang bertahta sebelum awak..”

“andai saya tak jumpa si Adam itu, pasti saya akan cuba sedaya upaya untuk mencintai awak… awak baik Mustaqeem. Cukup baik. Terkadang saya rasa, saya tak layak untuk awak… kalaulah ada ruang dan peluang untuk saya berterus-terang dengan si Adam di hati saya, pasti saya, akan beritahu dia yang saya sudah di miliki. Tapi saya tak sanggup nak jujur kerana saya tidak mahu dia sakit…dia pun juga baik..dan kini yang lebih menyeksa saya, apabila dia ingin berubah menjadi seorang manusia yang baik… saya tidak tegar nak buat dia terluka..” Aisyah tiba-tiba ketawa dalam tangis. “..tapi tegarkan saya lukakan hati seorang suami demi dia yang tiada kaitan dengan hidup saya….tapi…itulah yang saya faham tentang cinta,awak..”

Aisyah sudah teresak kembali. “Mustaqeem….selama ini saya fikirkan juga apa awak cakap.. tentang solat… tentang aurat…tapi saya argue semua itu, sebab saya ego. Saya nak awak marah saya, sebetul-betul marah. Saya nak tahap kesabaran awak hilang, sebab saya rasa nanti awak akan lepaskan saya..”

23

“ini yang you balas dekat I ?!”

Aisy tersentak. “Ed..sorry perkara ini I boleh jelaskan..”

“Aisy, I cintakan you! I pun dah berjanji untuk berubah, untuk kebaikkan kita, tapi ini yang you balas?”

Aisy sudah menangis. “Ed, I can explain semua ini, semua ini ada sebabnya..”

“sebabnya apa? Sebab you rasa dia lelaki baik? Dan I teruk? I sedang berubah jadi baik Aisy, tak akan itu pun you tak boleh tunggu.”

“Ed…”

“sudahlah Aisyah! I kecewa dengan sikap you! Kecewa! Kecewa!”

Aisyah tersentak dari tidurnya. “astarfiruallah’al’azim… mimpi..” Dia mengesat peluhnya. Mata memerhatikan sekeliling. Gelap. Hanya Mustaqeem masih lena dalam komanya di atas katil. Aisyah mengurut lehernya yang terasa sakit akibat tidur duduk. Jam telefon di lihat. 4 pagi. Tiba-tiba hatinya menjadi sebak. 4 pagi. Waktu Mustaqeem bangun untuk bermunajat pada Yang Esa. Air matanya mengalir sekali lagi.

Aisyah mengenggam tangan Mustaqeem. Tiba-tiba, tangannya terasa seolah tangan Mustaqeem membalas genggamannya. Aisyah mendekatkan dirinya di bahu Mustaqeem. “awak…?”

Mata Mustaqeem terpejam tapi mulut Mustaqeem perlahan menyebut kalimah suci ‘Allah…Allah..’ perlahan sangat! Seolah sedang berbisik.

“awak…” panggil Aisyah. Hatinya mula sebak. “awak…” Aisyah menekan suis di tepi katil untuk memanggil jururawat dan doktor bertugas. “Mustaqeem..saya ni.. Aisyah..” sekali lagi Aisyah cuba berbicara dengan Mustaqeem.

Tidak sampai 5 minit. Jururawat dan doktor bertugas sudah masuk “ada apa-apa perubahan?”

“tadi dia genggam tangan saya..” Aisyah sebak. “saya dengar dia menyebut kalimah Allah..”

“minta Pn.Aisyah untuk keluar sebentar.” Arah jururawat perempuan itu.

Aisyah hanya mengangguk.

* * * *

“tak tidur lagi,Edri dah pukul 4 pagi?” tegur Kak Longnya.

Edri hanya diam.

“fikirkan Mustaqeem?” sekali lagi kak Longnya menyoal.

“kak Long, Mustaqeem tu terlalu baikkan?”

Kak Long senyum. “kenapa tiba-tiba cakap macam tu?”

“Entah, Edri teringin hendak menjadi seperti dia. Tenang. Pandang wajah dia seakan menenangkan hati kita. Tengok dia terlantar dekat hospital tu, rasa macam dia sedang tidur lena. Tiada sakit.”

“Edri, Mustaqeem itu sangat menjaga hubungan dia dengan Allah. Edri sendiri dapat lihatkan.”

Edri menarik nafasnya. “teringat kata-kata dia dulu tentang cinta kepada Allah. Kalau kita mencintai, Allah. Allah akan cintai kita balik dan kita akan rasa dunia itu indah”

“kak Long kagum dengan Mustaqeem itu. Jarang kita nak lihat pemuda yang berasal daripada keluarga kaya, yang mempunyai paras rupa yang indah mencintai Allah lebih segala-galanya. Dia memang hampir sempurnakan?”

“betul tu Kak Long. Edri nak ubah diri Edri ni, agar Edri pun dapat rasa indahnya bercinta dengan Sang Pemberi Cinta.”

“kita sama-sama meraih cinta Ilahi.”

Edri senyum. “semoga Mustaqeem cepat sembuh dan satu ke ajaiban berlaku untuk pendamba cinta Ilahi itu.”

* * * *

“how?”

Dr. Ahmad senyum kelat. “sabar Pn.Aisyah. kami telah memeriksa, dan tiada perubahan. Dia masih dalam keadaan koma. Tiada pergerakkan berlaku ke atas tubuh badan dia.”

Aisyah menggeleng. “ saya dapat rasa dia genggam tangan saya, mulut dia menyebut kalimah Allah.”

“mungkin halusinasi Pn.Aisyah. lagipun, sudah berapa jam Puan di sini. Mungkin keletihan Pn.Aisyah membuatkan Puan terasa seperti En.Mustaqeem sedar.”

Aisyah hanya mendiamkan diri.

“minta diri dulu, Pn.Aisyah.”

24

“Aisyah okay?” soal umi Mustaqeem, Datin Halimah. Ibu bapa mertuanya baru sampai pagi tadi.

Aisyah yang kekurangan tidur itu hanya mengangguk dan senyum. Bengkak matanya sudah 2 hari menjaga suaminya. Kalau tidur pun tidur duduk.

“kalau Aisyah nak balik, baliklah . Umi dengan abi boleh jaga Mustaqeem.”

Seperti tidak larat untuk bercakap. Kepala sakit. Tekak loya. “tak apa umi.. Aisyah boleh jaga.”

Datin Halimah tidak tahu hendak berkata apa lagi. Anak tunggalnya yang terlantar atas katil itu di pandang. Sejurus kemudian, suaminya yang berdiri di hujung katil di pandang. Seakan meminta supaya memujuk Aisyah agar berehat.

“Aisyah, abi dengan umi boleh jaga Mustaqeem. Aisyah rehatlah. Tak baik menyeksa diri macam ni. Kalau Mustaqeem sedar pun, dia tak akan suka tengok keadaan Aisyah macam ni.” Lembut bapa mertuanya itu memujuk.

Aisyah yang keras kepala itu hanya diam dan memandang Mustaqeem. Perlu ke dia rehat kalau, dialah punca Mustaqeem jadi macam tu?

“Aisyah..” panggil Dato Amran lagi.

Akhirnya, Aisyah akur. “nanti Aisyah datang balik.” Lemah dia bangun dari kerusi itu. sempat tangannya mengambil tangan Mustaqeem di salam dan di kucup.

Ustaz Umar dan Pn.Salmah yang tadi keluar sebentar untuk membeli peralatan untuk Mustaqeem yang koma itu masuk dalam wad.

“hm, Ustaz hantarlah Aisyah balik. Kesian dia tak berehat lagi.” Kata Dato Amran pada besannya itu.

Aisyah hanya diam mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah.

Ustaz Umar hanya mengangguk. “Amran nak pesan apa-apa?”

Dato Amran senyum. “tak ada apa-apa rasanya. Nanti di rumah, ustaz dan isteri buatlah seperti rumah sendiri.”

* * * *

“Doktor, kata apa Pak Ngah?” sebaik Aisyah dan keluarganya pulang ke rumah. Edri pula sampai di hospital.

“macam biasa Edri. Tiada perubahan tapi isteri Mus kata setiap pukul 4 pagi, Mustaqeem akan bergerak tapi bila panggil Doktor, mereka kata tiada pergerakkan berlaku atas tubuh dia.”

Edri hanya diam.

“..hm, doktor ada tanya, setiap pukul 4 pagi, biasa Mustaqeem buat apa? Wife Mustaqeem kata biasanya Mustaqeem akan buat qiamuallai.”

Tiba-tiba, bulu roma Edri meremang. Terkedu mendengar ayat itu.

“..mungkin, itu tanda kekuasaan Allah nak tunjukkan yang walaupun dia koma, tapi dia still masih ingatkan Sang Pencipta.”

Sekali lagi Edri teringat kata-kata Mustaqeem. ‘..kalau kita cintakan Allah, Allah pun akan cintakan kita, dan perasaan itu sangat indah..’

“doalah Edri agar dia cepat sembuh.”

Edri hanya tunduk. “amiin.”

25

“you nampak lesu..”

Pagi itu Edri bertemu Aisy di kolejnya. Dekat seminggu jugalah,selepas peristiwa Aisy tiba-tiba hendak pulang, mereka tidak bertemu.

Aisyah batuk. “penat sikit.”

Ed tidak jadi untuk menyoal ‘kenapa Aisy tiba-tiba balik malam itu’ apabila melihat kekasih hatinya itu lemah. “pergi klinik nak?”

Aisy menggeleng. Kalau dia pergi klinik. Alamat masuk tiga kali dia ponteng kelas. Ibu bapa dan mertuanya menasihatkan dia agar ke kelas seperti biasa, biar mereka yang menjaga Mustaqeem tetapi kadang-kadang Aisyah ni degil. “tak apa Ed.. sikit je ni..” Aisy senyum kelat.

Ed mengeluh. “sempatlah, kalau you nak pergi klinik ni..” jam di tangan di lihat.

“it’s okay. You pakai t-shirt je ni, tak kerja?” soal Aisy dengan suara serak.

Ed senyum. “ I bos kan.” Hari ini Edri cuti untuk melawat Mustaqeem. Sebelum singgah ke hospital sempat dia bertemu Aisy.

Mereka ketawa. “mentang-mentang bos suka hati je nak kerja ke tak.” Dalam tawa Aisy yang manis itu ada rasa pahit yang terpaksa di telan. Mustaqeem…

Ed kembali riak muka biasa. “sure ni tak nak pergi klinik?”

Aisy mengangguk yakin.  “sure..”

Ed menghabiskan minumannya. “okaylah you. Kalau apa-apa call I.”

Aisy senyum. “okay.”

“I pergi dulu. Kelas you start bila?”

“lagi 10 minit.”

“oh,okay. Kalau macam tu I pergi dulu. Assalammualaikum.”

Aisy yang baru hendak bangun mengemas buku-bukunya terkedu mendengar Edri memberi salam. Benarlah, lelaki itu sudah banyak berubah. Jika dulu, sebelum berpisah pasti Edri akan mencium pipinya. Tapi kini, jangan kata pipi, pegang tangan pun tidak pernah lagi.

 

 

 

Edri berjalan menuju ke keretanya di tempat letak kereta sebelah kafe. Dia terhenti di tepi jalan saat telefonnya berbunyi. Mama.

“Assalammualaikum, kenapa ma..” Edri tidak mendengar dengan jelas kerana motor di situ laju-laju. “apa ma?… ha, Mustaqeem..” hatinya berdebar-debar. “..kenapa dengan Mus?”

 

Advertisements

3 thoughts on “Mustaqeem – Part 5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s