Mustaqeem – part 6

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

26

Edri senyum melihat Mustaqeem yang sudah boleh duduk dan bercakap itu. “Ya Allah, bersyukur sangat kau sedar dalam keadaan normal. Ingatkan mama aku call tadi kenapa, tak dapat nak beza suara suspends dengan gembira”

Semua di situ senyum mendengar kata-kata Edri.

Mustaqeem senyum. “Alhamdulillah, doa kalian.”

Datin Halimah memintas. “eh, tak nak call wife kamu, Mus..”

Mustaqeem senyum kelat. Tidak menjawab apa-apa. Teringat peristiwa dia bergaduh dengan Aisyah itu. Hanya Allah yang tahu bertapa sakitnya hati dia.

Pn.Salmah mencampuk. “kita buat surprise dekat dia.”

“bagus juga idea tu, dia pun bersengkang mata jaga suami dia ni, sampai sakit-sakit.” Tambah Dato Amran pula.

Mustaqeem terkesima saat, ayat ‘…dia pun bersengkang mata jaga suami dia ni, sampai sakit-sakit.’

Semua ketawa bahagia. “bagus juga tu.”

“dia balik pukul berapa ni?” soal Datin Halimah ceria.

Ustaz Umar melihat jam. “11 tengahari nanti.”

Semua mengangguk dan meneruskan perbualan.

* * * *

Aisyah pelik saat sampai di hospital. Ibu, ayah, umi dan abi tiada. Tadi pagi, mereka yang beriya-iya suruh dia ke kelas dan mereka menjaga Mustaqeem. Ini kenapa hanya tinggal Mustaqeem sahaja seorang? Telefon di keluarkan mungkin ada pesanan atau panggilan yang dia tidak perasan.

Malangnya kosong. Aisyah meletakkan kembali begnya di meja tepi katil. Dia memandang Mustaqeem yang terbaring itu. Tangan kanan Mustaqeem di ambil dan di salam seperti biasa. Terkejut Aisyah saat tangannya memegang tangan Mustaqeem, tangan itu mengenggam erat tangan Aisyah.

Lidah dia terkelu saat di memandang Mustaqeem dan suaminya itu merenungnya. Aisyah jadi tidak keruan saat mata Mustaqeem tepat memandang matanya. Bila dia sedar? Aisyah menarik tangannya dari Mustaqeem. Dia jadi takut.

Mustaqeem pula hanya diam dan mukanya masih seperti tadi. Marah tidak. Ceria pun tidak. Dia hanya menunggu isterinya itu memulakan bicara.

Aisyah baru hendak menekan suis untuk memanggil doktor dan jururawat  tapi Mustaqeem pantas menarik tangannya daripada menekan suis situ. Saat ini, Aisyah sangatlah takut.

Betul ke dia ni Mustaqeem?

“err.. bila sedar?” mendatar Aisyah bertanya tanpa memandang tepat wajah suaminya.

Mustaqeem diam.

Aisyah jadi tidak keruan. Akhirnya dia memandang wajah Mustaqeem. Masih seperti tadi, suaminya itu masih tiada riak. Sesungguhnya, dia bukanlah manusia yang penyabar seperti suaminya. Aisyah bangun. “baguslah dah sedar.” Beg di tepi katil itu di capai dalam kepalanya kini, ingin keluar daripada bilik ini. “..saya nak balik, nanti umi dengan ibu ada tolong jaga.”

Belum sempat Aisyah melangkah keluar. Mustaqeem bersuara. “Sayang..”

Aisyah terhenti dari melangkah. Sesungguhnya, dia memang sangat rindu dengan panggilan itu. Air matanya mengalir tanpa di pinta. Perasaannya mencampur baur. Dia tidak menoleh. Kaki meneruskan untuk keluar.

Pn.Salmah dan Datin Halimah terserempak dengan Aisyah di pintu.

“eh, Aisyah..”

Aisyah tidak menoleh. Air matanya masih mengalir. Dia pergi tanpa apa-apa kata.

Pn.Salmah yang memahami anaknya itu, menahan tangan Datin Halimah daripada mengejar Aisyah. “biarkan.”

Mereka masuk ke dalam wad. “apa yang Mus cakap dengan Aisyah?” soal Datin Halimah masih pelik.

Mustaqeem senyum kelat.

“baru nak buat dia surprise dah jadi macam ni..” sayu Datin Halimah berkata sambil tangan mengemas barang-barang anaknya.

_________________________________________________

27

Selepas seminggu Mustaqeem di benarkan keluar dari hospital. Ustaz Umar menyarankan agar dia berehat di kampungnya selama seminggu. Kebetulan Aisyah pun cuti seminggu sempena raya cina.

Sejak dari peristiwa Mustaqeem sedar itu. Aisyah dan Mustaqeem hanya bercakap jika perlu. Selebihnya hanya diam mengisi ruang antara mereka.

Aisyah menulis sesuatu di atas kertas itu tanpa mempedulikan suaminya yang tengah membaca di atas katil.

Mustaqeem tidak fokus membaca. Matanya asyik terpandang isterinya itu. “Sayang..”

Aisyah berhenti menulis tetapi tidak memandang Mustaqeem.

“saya ingat selepas kejadian ini, hubungan kita akan pulih macam suami isteri yang lain.”

Isterinya masih seperti tadi diam.

Mustaqeem menarik nafas, buku di tangan di tutup dan di letak atas meja. “..agaknya kalau saya mati baru awak nak berubahkan.?” Mustaqeem bangun dan keluar dari bilik.

Aisyah tidak tahu hendak riak apa. Perasaannya sakit. Dia sebak. Dia tak tahu apa yang dia rasa. Dia tak faham apa yang dia rasa. Bercampur  baur. Kepala di pegang. Sekali lagi air matanya mengalir. Sakitnya rasa ni.. Edri !

* * * *

“Jauh termenung.”

Edri mengalih pandangan ke sisinya. “ eh, mama..”

“Nah, kopi untuk kamu.”

“susah-susah je.”

Mamanya telah duduk di sebelahnya sambil memandang dada langit yang di penuhi dengan bintang-bintang. “fikir apa? Nak kahwin dah? Boleh mama jumpa calon.”

Edri senyum kelat. “fikir kuasa Allah, ma..”

“Alhamdulillah, tentang apa?”

“Mustaqeem, dengan kuasa Allah, pukulan yang kuat tu tiada kesan kompilasi lain terhadap badan dia.”

Mamanya hanya senyum. “Allah Maha Berkuasa, kalau Dia kata jadi, maka jadilah. Doakanlah Mus sihat seperti biasa, dia masih dalam pemeriksaan sebab kepalanya di hentak kuat kan.”

Edri mengangguk. “Ma, nak cakap sikit ni.” Teragak-agak dia hendak memulakan bicara.

“cakap apa?”

“Edri ingat, nak pergi Jordan lah.”

Wajah Pn.Halimah terkejut. “nak buat apa?”

“berhijrah dan Edri nak tuntut ilmu di sana.”

“dekat Malaysia ni dah tak cukup tempat menuntut ilmu ke sampai ke sana?”

“Edri, nak suasana baru ma..”

“Syarikat kamu macam mana?”

“Azrul kan pemegang saham kedua, sementara tu, dia yang akan uruskan.”

Pn.Kamariah menggeleng. “berapa lama tu?” dia tak tahu hendak kata apa.

“paling lama setahun, lepas tu Edri janji, Edri akan terus kahwin. Boleh ya mama?”

“mama risau.”

“don’t worry mama, dengan restu mama insyaAllah Edri akan sentiasa bawah rahmatNya.”

Pn.Kamariah memeluk satu-satu anak lelakinya itu.

_______________________________________________

28

“What? Jordan? Jauhnya you…” sebak hati Aisy dengar kekasih hatinya itu ingin berhijrah.

Edri di talian sana hanya ketawa manja. “relex okay, pejam celik kejap je. I promise after I balik, I terus jumpa your wali, then kita kahwin.”

Aisy jadi tak tentu arah. “err..er..you..”

“don’t worry okay. Lagipun kalau jauh macam ni, tak ada lah kita selalu jumpa nanti tambah dosa pula. I janji, akan tak akan cari perempuan lain, and same to you. Jangan cari lelaki lain pula. Kecewa pula I..”

Terkedu. “ I gonna miss you my dear.” Hanya itu yang mampu terluah saat ini.

“same. I pun akan rindu you,”

“Ed..”

“yup?”

“you need to know something.”

“what it is?”

“I..I..”

“you what? Hey, sejak bila gagap ni,honey?”

Aisy menelan air liur. “I..I love you.”

Edri sudah ketawa. “tu je pun. I love you infinity !”

“bila you pergi Jordan?”

“next two weeks, maybe. Kalau tak ada dugaan.”

“oh.. take care nanti.”

“alah.. nanti lah  you cakap ayat-ayat sweet-caring tu. Nanti before I pergi kita jumpa dulu, boleh feeling sikit face to face.”

Aisy hanya ketawa hambar. “okay.”

“okay, bye dear. Assalammualaikum.”

Selesai memberi salam. Aisyah menyimpan telefonnya kembali. Dia memandang pintu biliknya di kampung. Terkejut dia melihat Mustaqeem sudah pun berdiri di situ sambil memeluk tubuh. Agak-agak suaminya itu dengar tak yang dia cakap I love you tu.?

“siapa pergi Jordan?”

“er..my friend.”

Mustaqeem tidak meneruskan sesi soal jawab lagi. Sentap hatinya saat mendengar Aisy mengatakan ‘I love you’ pada insan dalam talian itu sebaik dia masuk ke bilik.. Fikiran negatifnya cuba di buang jauh-jauh. Mungkin itu teman perempuan isterinya.

“Mustaqeem..”

Suaminya yang baru hendak membuka laptop itu memandang.

“awak dah makan ubat?”

Mustaqeem senyum hambar. “dah.”

“kepala awak sakit lagi?”

Dia menggeleng perlahan. “Alhamdulillah, ok je.”

“er..kalau dah okay sikit, boleh kita balik awal KL.”

Mustaqeem hanya diam. Hantinya rasa macam cepat sangat tersentuh. Ingatkan, isterinya itu betul-betul bertanya khabar. Rupanya ada udang sebalik mee. “kalau awak nak balik sekarang pun boleh.” Mendatar.

Aisyah jadi rasa bersalah. “err..kan baru dua hari dekat sini. Nanti apa pula abah dan ibu cakap.” Perlahan sahaja nada Aisyah.

“sudah tu, nak balik bila kalau cepat?”

“lusa?”

Mustaqeem menarik nafas. “ada apa dekat KL sampai nak balik awal?”

“kalau awak tak nak balik awal tak pe.” Aisyah bangun dan menuju ke pintu bilik.

“Aisyah..” panggil Mustaqeem.

Aisyah menoleh “awak nak minum apa-apa tak? Saya nak pergi dapur.” Dia malas hendak dengar tazkirah Muataqeem.

Mustaqeem diam seketika. “saya nak awak.”

Seakan dunia terhenti buat Aisyah. Jantungnya berdegup kencang. Terkedu lidahnya untuk berkata-kata. Kenapa makin hari, dia rasa makin segan dan pemalu dengan si Mustaqeem ni?

________________________________________________

29

“so, macam mana sekarang?”

Mustaqeem duduk di hadapan meja pejabat Edri, tenang. “Alhamdulillah okay.”

“bila start kelas?”

“esok nak uruskan, mungkin lagi empat hari. Mama kau kata, kau nak pergi Jordan.”

Edri senyum. “InsyaALLAH, nak tuntut ilmu dekat sana.”

“Alhamdulillah. Aku rasa macam nak follow je?”

“tak boleh lah macam tu, kesian isteri kau tinggal sini sorang-sorang.”

Tiba-tiba jantung Mustaqeem seakan di sentap. Isterinya- Jordan. “err.. Edri, habis teman wanita kau tu?” sengaja mahu memancing.

“oh, after aku yakin aku dah boleh jadi pemimpin yang baik, aku akan balik Malaysia terus jumpa wali dia.”

“Alhamdulillah, baguslah.”

Edri bangun dan menuju ke kabinet di sudut pejabatnya. “di sebabkan engkau dah kahwin, aku kasi tunjuk gambar bakal permaisuri aku, jangan jatuh hati pulak.” Edri ketawa.

Mustaqeem senyum. “lawak je.”

Edri memberi frame gambar itu pada Mustaqeem. Tenang Mustaqeem mencapai gambar itu dan tenang juga dia melihat insan yang dalam gambar itu.

Ya Allah, aku memang dah jatuh hati dengan dia saat akad nikah lagi.

“okaykan? Ini gambar dia waktu kitaorang kenal, waktu ni dia masih pakai tudung.”

Mustaqeem senyum sedaya upaya. Pertama kali dalam hidupnya, hendak senyum itu sakit. Gambar itu di beri semula pada Edri. Suaranya seakan hilang. Di kuatkan lagi semangatnya. Sikap positif dalam diri cuba di pupuk lagi. Mungkin itu pelanduk dua serupa. “nama dia?”

“nama dia Siti Aisyah, tapi aku selalu panggil Aisy je..”

Sekali lagi dia sentap. Ya Allah, kenapa perasaan ini sakit?

Telefon pejabat Edri itu seakan mahu membantu untuk menamatkan sesi perbualan yang sangat pahit itu. Edri menjawab panggilan dan Mustaqeem meminta diri untuk keluar.

Mustaqeem menarik nafas sedalam-dalamnya. Kenapa Aisyah tak beritahu yang dia sudah berkahwin? Dan kenapa insan yang dia tidak beritahu itu mesti Edri saudara rapatnya? Pandangan Mustaqeem tiba-tiba berpinar. Cepat-cepat dia duduk di kerusi yang di sediakan di luar pejabat itu.

_______________________________________________

30

“saya nak keluar hari ini.”

Mustaqeem yang tengah bersiap memakai jam tangan itu memandang isterinya. Dia tahu Aisyah minta izin untuk keluar ke lapangan terbang bertemu dengan Edri. Dia pun hendak pergi ke lapangan terbang juga bertemu dengan Edri.

“saya tak izinkan.”

Aisyah sudah mahu berang tapi sedaya upaya di tahan amarahnya. “please, saya nak jumpa kawan saya, dia nak pergi oversea.”

Kalau ikutkan hatinya. Mahu sahaja dia bawa Aisyah bertemu Edri, biar Edri tahu yang Aisyah itu sudah kahwin tapi dia rasa serba salah sebab kesungguhan Edri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dan perasaan Edri pada Aisyah yang sangat mendalam itu, mematikan hasratnya.

“saya ulang, saya tak izinkan.” Tegas.

Aisyah seakan rasa mahu menangis. “please..” rintihnya.

Mustaqeem menarik nafas. “ini kali terakhir awak akan jumpa kawan awak ke?sampai beriya-iya nak jumpa?”

Aisyah seakan tersentap dengan soalan itu. Perlahan dia mengangguk. Andai ini adalah hari yang dia akan menamatkan segala rahsia yang dia simpan, dia akan lakukan. “ya, ini kali terakhir saya akan berjumpa dengannya.” Aisyah seakan tahu yang Mustaqeem tahu tetapi dia tak pasti adakah Mustaqeem tahu siapa ‘kawan’ dia itu.

“saya izinkan.”

============================

Masjid Putrajaya yang tersergam indah di depan mata di perhatikan. Rumah Allah. Cantik dan menenangkan.

“Kalau Allah tentukan hidupku ini untuk bertemu dengan mereka untuk sesuatu yang baik walaupun pahit untuk ku telan, aku redha kerana aku percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.”

Dia percayakan Aisyah. Ya, dia masih percayakan isterinya itu. Dia membenarkan Aisyah bertemu dengan Edri hari ini dan dia kini berada di hadapan rumah Allah untuk menenangkan hati dan fikiran. Tersangat dia tahu, dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang. Mesej di hantar pada Edri, dia ada urusan yang perlu di uruskan. Urusan hati.

Sedang dia berzikir dan memikirkan masalah. Telefon bimbitnya berbunyi.

“Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam,boleh bercakap dengan En.Mustaqeem?”

“ya saya?” hatinya berdebar-debar.

“isteri En.Mustaqeem kemalangan. Kini dia berada di hospital…………..”

Lemah. Itu sahaja yang dia rasa.

Ya Allah, selamatkan dia.

 

Advertisements

2 thoughts on “Mustaqeem – part 6

  1. anugerah terbaik aisyah di kurnia kan ALLAH suami sebaik mustaqeem…begitu tenang nye mus terima berita aisy kemalangan!!redha ke mus mengizin kn si istri ketemu lelaki lain!andai nye itu keredaan mus,ALLAH yg tk meredhai nye….ALLAH amat murka para istri yg engkar pd suami,n masuk syurga andai sentiasa di bawah redha suami…itu janji ALLAH SWT.amin………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s