Mustaqeem – Part 7

31

Aisyah hanya diam. Dia hanya memerhatikan Mustaqeem yang sedang menyediakan makanan untuknya. Bukan dia cedera parah pun tadi. Dia hanya pitam kerana terlampau terkejut dengan bunyi perlanggaran kereta sewaktu dia hendak pergi menemui Edri. “awak, saya boleh buat..”

Mustaqeem diam. Pinggan itu di tantang. Dia duduk di sisi katil,sudu yang berisi nasi itu di sua pada Aisyah. “aaaa…” katanya sambil menunjuk gaya buka mulut pada Aisyah.

Aisyah teraga-agak. Baru dia hendak buka mulut tiba-tiba Mustaqeem menarik kembali sudu itu dan senyum. “sorry, lupa. Baca doa makan dulu.”

Merah muka Aisyah. Malu. Mustaqeem meletakkan pinggan di tepi dan membaca doa. Aisyah hanya menadah tangan.

“okay, continue..”

“tak apalah, biar saya makan sendiri.” Sudu di tangan Mustaqeem cuba di capai.

Mustaqeem menghalang. “saya suapkan, cepatlah sayang..”

Sekali lagi Aisyah membuka mulutnya. Dan , sekali lagi Mustaqeem menarik sudu itu dan kali ini di sua ke mulutnya sendiri.

Refleksi Aisyah dengan memukul manja lengan Mustaqeem. “dah lah. Tak ada selera nak makan.”

Mustaqeem sudah ketawa besar. “ala ala sayang…” mulutnya mengunyah nasi. “..kali ni serious.. cepat..”

“tak mau..” dia mengalih pandangannya ke luar tingkap wad hospital itu.

Mustaqeem memegang dagu isterinya lembut untuk memandangnya. “okay, kali ini saya serious… cepat sayang… nanti saya habiskan semua nasi ni..”

Aisyah mengalah dan membuka mulutnya kembali. Mustaqeem senyum sewaktu isterinya itu mengunyah makanan itu. “risau saya waktu dapat panggilan tadi. Alhamdulillah awak tak apa-apa.”

Aisyah hanya diam.

“sempat tak jumpa kawan awak?”

Terkedu. “hmm, tak..”

Mustaqeem hanya senyum walaupun dalam hatinya sedikit terguris. “itu maksudnya awak akan jumpa dia lagi.” Perlahan nada itu.

“apa?” soal Aisyah. “saya tak dengar.”

Nafas di tarik. “so, awak dah inform dia ke awak tak datang?”

“saya cakap dengan dia kalau saya tak ada hal saya datang. Ingat nak buat surprise, at the end memang tak dapat datang.”

“surprise?”

“err..” Aisyah rasa mahu mengetuk kepalanya kerana terlepas cakap. “..er..kawan kan.. mestilah kadang-kadang ada surprise untuk diaorang.”

Mustaqeem malas untuk bertanya lanjut. Dia masih menyuapkan isterinya nasi.

“dah la.. dah kenyang.”

“aik, baru dua suap.”

“tak ada selera.”

“makanlah sikit lagi nanti nak makan ubat.”

Aisyah menggeleng. Tiba-tiba, seleranya putus saat perihal Edri di sebut. Terkilan rasanya dia tidak dapat bertemu dengan Edri lagi. Hatinya tiba-tiba sayu. Dia akui dia akan cuba mencintai suaminya sendiri. Dalam masa yang sama, bolehkah dia melupakan orang yang paling di cintai? Rumit sungguh perasaan ini.

Aisyah menggeleng. Tangan Mustaqeem di pegang. “Mus…”

“hm?” mata mereka bertentangan.

“saya nak minta maaf atas kesalahan saya selama hari ini.”

Mustaqeem senyum. Seakan dia berada dalam mimpi. Ya Allah, terima kasih mendengar rintihan ku !  “saya sentiasa maafkan awak, setiap awak buat tu, mesti ada sebabkan?”

Aisyah diam.

“Aisyah,..”

Dia memandang suaminya itu.

“saya lapar.”renget Mustaqeem.

“so?”

“nak makan.”

“dekat tangan awak ada nasi kan.”

“nak awak suap.”

“awak kan ada tangan.”

Mustaqeem menoleh ke tepi gaya merajuk. “waktu saya sakit dulu awak tak pernah suapkan pun, ini awak sakit sikit je saya suapkan”

“mengungkit, tak ikhlas.”

Mustaqeem senyum. “mana awak tahu tak ikhlas? Ikhlas itu subjektif, tak Nampak dek mata..”

“gaya awak cakap tu.”

“gaya je. Luaran, dalaman awak tahu?”

“okay. Awak menang.”

Mustaqeem ketawa. “suapkanlah..” pinggan di hulur di tangan Aisyah.

Aisyah mengambil pinggan itu. “cepat aaa…” dia mengejek cara Mustaqeem sebentar tadi.

Baru Mustaqeem hendak makan Aisyah telah memasukkan nasi itu di mulutnya.

“hey, balas dendam. Tak baik tau orang islam membalas dendam”

Aisyah ketawa. “okay-okay, serious ni..” sudu di hulur ke Mustaqeem. Suaminya itu menyambut mesra suapan itu.

“thanks.”

“Amboi, siapa yang sakit ni, Aisyah ke Mustaqeem?.” Sampuk Dato Amran.

“abang ni abi. Buli Aisyah.”

Mustaqeem terkedu seketika ‘abang?’. Nafas cuba di stabilkan. “bila abi sampai?”

“baru je tadi, kamu berdua bergurau sampai tak sedar abi datang.”

“umi mana?” soal Aisyah pula.

“umi dekat rumah. Petang ni kan Aisyah boleh keluar?”

Kedua mereka mengangguk.

“eh, abi nak uruskan bil jap.”

“abi, biar Mus yang bayar lah.”

“kamu tu baru je sembuh, gaji kamu tu simpan untuk keperluan masa hadapan. Biar je lah abi bayar. Bukan apa pun, anak abi jugak kan.”

“terima kasih.”

Mereka berdua hanya memerhatikan Dato Amran keluar dari wad.

“sayang..”

Aisyah memandang Mustaqeem dengan riak ‘kenapa?’

“sejak bila awak jadi adik saya.?”

Pantas tangan Aisyah mencubit pinggang Mustaqeem. “eee..geramnya.”

“auch, sakitlah sayang.. tapikan, sedap juga. Abang. Baru rasa yang saya ni berkuasa penuh terhadap diri awak.” Sekali lagi Mustaqeem ketawa apabila tangan Aisyah mencubitnya.

_________________________________________________

32

Hidupnya tenang. Tak pernah dia merasa tenang sebegini. Tidak pernah dia rasa aman. Suasana dalam masjid itu sudah cukup untuk membuat dia mengalirkan air mata. Menangis tanda bersyukur. Bersyukur di beri peluang untuk memperbaiki diri. Bersyukur tuhan masih sudi mengetuk pintu hatinya sebelum ajal datang menemui.

Sebenarnya hidayah itu luas. Seluas alam semester ini. Kita boleh dapat kalau kita nak. Ya, pokok pangkalnya ‘kita nak’. Pernah dia mendengar hidayah itu ibarat air hujan yang turun, tinggal kita yang nak menadahnya atau pun tidak.

Memang kehidupan dunia ini sangat menyeronokkan. Seronok sampai lupa Tuhan. Seronok sampai lupa yang mati itu pasti. Seronok sampai lupa yang akhirat itu negeri yang kekal abadi. Dunia. Penuh dengan tipu daya. Hanya mereka yang kuat bergantung dengan Allah sahaja yang akan mampu mengharungi hidup di dunia ini dengan baik.

“Assalammualaikum.”

Tafsir Al- Quran di tangan di tutup. Kepala menoleh kebelakang. “waalaikumsalam.”

“Edri?”

Kepala cuba mencerna sesuatu. Mungkin untuk mengingati siapakah insan yang menegurnya ini. “ya saya.”

Senyum. “kau banyak sudah berubah. Tidak ingat siapa aku?”

“maaf, siapa ya.?”

“aku kawan Mustaqeem dulu, Azrul.”

Seperti semua sel otaknya berkerjasama mengingati. “oh, kau Azrul..ingat-ingat.”

“kau buat apa dekat Jordan ni?”

“menuntut ilmu.”

“wah, bidang apa?”

“bidang akhirat.”

Ketawa. “kau merepek apa ni?”

“tak adalah, aku saja nak menuntut ilmu agama dekat sini.”

“Alhamdulillah, bagus-bagus. Marilah ke rumah aku. Aku ada kenal seorang ustaz ini. Bagus. Mana tahu kau boleh belajar dengan dia.”

“okay juga.”

___________________________________________________________

33

“Abang, breakfast dah siap.”

Mustaqeem menyusun buku-buku yang perlu di bawa untuk kelas hari ini dalam beg. “okay, kejap lagi abang turun.” Khusyuk dia mengemas tanpa memandang Aisyah.

Aisyah duduk di birai katil memerhatikan suaminya itu. Sibuk bebenar. “lama lagi ke kemas?”

Baru dia perasan isterinya dari tadi duduk di situ. “hmm, nak siap dah. Kelas sayang pukul berapa hari ini.?”

“semua kelas cancel.”

Mustaqeem buat muka. “untunglah.”

Aisyah ketawa. “cepatlah abangku sayang. Nanti sejuk mee tu”

“okay-okay sayangku sayang. Jom.”

Mereka beriringan turun ke bawah. “abang kelas habis pukul ?”

“10 pagi.”

“ada appointment dengan doktorkan hari ni?”

“tak apalah, abang pergi sendiri after habis kelas nanti.”

Aisyah menarik muka. “alaa,.. nak ikut..”

Mustaqeem menarik hidung Aisyah. “tak baik membazir. Nanti kena jemput sayang lagi, tak ke membazir minyak.”

“kedekut.”

Suaminya hanya ketawa. “dah-dah. Nanti lewat abang ke kelas.”

——————————————————————–

“how’s?”

Doktor Kamal di hadapannya hanya diam. Seolah sukar untuk meluahkan kata-kata. “kamu ada rasa something ke?”

“so far tak ada, just kadang-kadang tu rasa nak pitam la.. pening.”

“selain dari itu?”

“tak ada.”

“kalau ikut keputusan x-ray ini,hmm, ada satu ketumbuhan dalam kepala kamu. Itu yang membuatkan kamu sakit kepala”

Tenang Mustaqeem mendengar. “macam mana boleh terjadi ya?”

“saya harap kamu bersabar banyak. Pihak kami akan buat pemeriksaan kedua kalinya. Saya tidak dapat pasti apakah ia dan bagaimana boleh terjadi..”

“doktor rasa?”

“hmm.” Berat untuk dia katakan. Tambahan pula, Mustaqeem adalah anak kepada Dato Amran dan dia adalah doktor peribadi keluarga mereka. “..ini mungkin kanser, tapi kita akan buat pemeriksaan untuk kali keduanya. Berdoalah agar semua baik-baik.”

“insyaAllah, bila ya pemeriksaan kedua tu?”

“minggu depan.”

_________________________________________________________

34

“Mustaqeem sihat?”

“Alhamdulillah sihat. Kau tahu dia sudah kahwin kan?”

Azrul menuangkan air untuk Edri. “tahu, dia ada jemput hari itu tapi tak dapat datang. Dia kahwin dengan Aisyah anak Ustaz Umar kan.?”

Seolah nama itu tidak pernah di dengari oleh Edri. “haah, isteri dia nama Aisyah tapi aku tak pernah jumpa.” Baginya banyak Aisyah dalam dunia ini.

“apalah kau, sepupu sendiri pun tak dapat jumpa.”

Edri senyum. “nak macam manakan Allah tak takdirkan lagi untuk bertemu.”

“kau bila pula?”

“insyaAllah lepas balik dari Jordan ni.” Tenang dia menuturkan seolah perkara yang dia rancang akan berlaku.

“lamakan kau dekat sini.”

“setahun mungkin.”

“jauh sangat menuntut ilmu.”

“penghijrahan itu kan sesuatu yang baik. Aku bersyukur Allah pertemukan aku dengan Mustaqeem, banyak ilmu aku dapat dari dia..”

“Mustaqeem, dari dulu sampai sekarang memang baik. Nama pun Mustaqeem, jalan yang lurus. Sesiapa jumpa dia insyaAllah akan berubah…”

“betul.”

Dan.. mereka saling tersenyum mengingati Mustaqeem sahabat dunia akhirat mereka.

Dalam masa yang sama Edri memanjatkan doa agar Aisyah ratu hatinya mendapat hidayah dari Allah seperti mana dia dapat.

———————————————————————–

Aisyah merenung skrin telefon bimbitnya yang memaparkan gambar Edri dan dia sewaktu mereka bercuti di Singapore tahun lepas. Butang ‘next’ di tekan lagi dan memaparkan gambar dia dan Edri di tempat lain pula. Gambar itu ceria. Susah nak lupakan orang yang kita cintai. Kalau perasaan itu di ukir dengan pensil boleh sahaja dia padam dengan menggunakan pemadam. Tapi perasaan dia di ukir dengan rasa kasih dan cinta. Perasaan itu amat sukar di buang jauh-jauh.

Dia tahu. Apa yang dia buat ini salah. Sudah bersuami tapi hati masih dengan lelaki lain. Aisyah mengeluh dia pening dengan kehidupan dia sendiri. Edri pergi untuk berhijrah menjadi seorang yang lebih baik. Kalaulah dari dulu dia bersikap jujur pasti perkara ini tidak terlalu rumit.

Tangannya menekan butang ‘delete’ untuk gambar-gambar dia dan Edri. Orang lain senang lah bercakap lupakan sahaja Edri itu tapi dia.? Bayangkan kita ada seorang kekasih hati yang kita memang sayang sepenuh hati kita, tiba-tiba kita kena lupakan atas sebab yang bukan dari kesalahan pasangan kita. Sakit !

Bunyi pintu bilik membuatkan Aisyah tertekan ‘delete’ semua gambar. Cepat telefon di letakkan di sisi.

“Assalammualaikum sayang..” ceria suara Mustaqeem masuk ke bilik.

Aisyah bangun dari birai katil. “waalaikumsalam.” Seperti rutin harian mereka. Aisyah akan bersalaman dengan Mustaqeem dan suaminya pula akan mencium dahi Aisyah.

“buat apa sahaja hari ni?”

“buat assignment tadi. So, doktor kata apa tadi? Abang dah sembuh sepenuhnya ke?”

Mustaqeem senyum. “doakanlah abang sembuh sepenuhnya.”

“Amiin Ya Rabb. Abang…..” panggil Aisyah dengan nada yang manja.

Mustaqeem yang baru hendak baring atas katil itu duduk kembali. “kenapa?”

Aisyah tak tahu hendak cakap apa? Yang dia tahu hati dia tak tenang, dia cuba untuk menenangkan sendiri. Dia rasa hendak menangis. Dan…. Air matanya mengalir.

“eh, sayang kenapa ni? Kenapa menangis?”

Aisyah menggeleng. “tak ada apa-apa.”

“tak akan tak ada apa-apa. Sini.” Mustaqeem memeluk Aisyah seakan menjadi penenang buat isterinya.

Sungguh dia sangat tenang dalam pelukkan suaminya. “saya rasa saya banyak buat dosa. Pada  abang , pada Allah, ayah, ibu.” Tersedu-sedu dia bicara dalam tangis.

“shhtt.. setiap manusia pernah membuat kesalahan.”

“dosa saya banyak, kadang terasa Allah tak nak maaf kan.”

Mustaqeem mengubah posisi duduk berhadapan dengan Aisyah. Bahu Aisyah dipegang kemas. “sayang dengar ni ya, dalam Al-Quran tu berulang-ulang menyebut Allah Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. Sayang, Allah kekasih kita tu tak macam manusia. Manusia sifatnya tak sempurna macam Allah.”

Aisyah teresak-esak.

“sayang, abang ada ayat best untuk sayang ni. Lepas ini senyum ya, jangan menangis.”

Aisyah memandang Mustaqeem.

“sayang, tahu tak? Setiap kebaikkan yang kita buat akan menghapuskan dosa kita. So, kita kena buat baik selalu sebab kadang-kadang kita tak sedar kita buat jahat.”

Mustaqeem mengesat air mata Aisyah. “tak salah menangis kerana takut akan azab Allah sayang. Bahkan, air mata itu nanti akan jadi pemadam api neraka tapi kalau nangis je, tak ada apa-apa tindakan tak boleh juga.” Tangan Aisyah di genggam.

Aisyah terus memeluk Mustaqeem. “I really wants to change.”

Mustaqeem yang terkejut dengan tindakan Aisyah itu perlahan-lahan membalas pelukkan isterinya dan senyum. “kita berubah bersama-sama.”

____________________________________________________________

35

Termengah-mengah Azrul mendapatkan Edri. “kau okay..?” tangan Edri yang berdarah itu di telek. “cepat aku bawa kau ke hospital.”

Edri hanya mengangguk. Sakit yang dia rasa membuatkan dia tidak mampu untuk berkata-kata.

————————————————————–

Prangggg!!

Pinggan di tangan Aisyah jatuh. “auchh..”

Mustaqeem yang di ruang tamu pantas berlari ke dapur. “sayang, kenapa ni?”

“pinggan ni baru cuci, licin kot. Tu yang jatuh.”

“sayang, duduk sana. Abang kemas.”

Detak jantung Aisyah semakin laju. Dalam fikirannya Edri. Ya Allah, selamatkan dia !

Advertisements

One thought on “Mustaqeem – Part 7

  1. best sangat.. teruskan berkarya..
    bile nak sambung next entry??x sabar menunggu ni.. kalo boleh kasi la yg panjang2x sikit.. x puas nak bace..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s