Mustaqeem – Part 8

36

Edri senyum melihat Azrul di sebelahnya. Terharu dengan sahabatnya seorang ini. Terserlah kerisauan di wajahnya tatkala mendapat tahu Edri di rompak.

“tak perlu nak senyum-senyum Edri.”

“kau sweetlah Azrul.”

Pecah ketawa.

“banyaklah kau sweet. Kalau terjadi apa-apa tadi macam mana. Dekat sini manusianya pelik-pelik, kau kena sentiasa berhati-hati. Membunuh pun diaorang sanggup.”

Edri sandar. Tangannya yang berbalut itu di telek. “baik bos.”

“apa yang hilang? Kejap lagi nak buat report.”

Nafas di tarik. Sakit tekaknya menelan air liur yang rasanya pahit. Apa yang hilang? Kamera. Ya, kamera yang sentiasa merekodkan aktiviti dia dan Aisy. Kamera yang menyimpan beribu kenangan itu dah hilang.

“tak payah lah repot. Sikit je yang hilang.”

Pasti itu sedikit? Edri senyum paksa. Sedikit ke erti kamera itu. Bagaimana kalau hilangnya kamera itu tanda dia akan hilang Aisyah dia? Ya Allah, dia tak dapat nak membayangkan. Dia sudah mampu ke hendak memahat ayat ‘tidak mengapa hilang orang yang kita sayang, sebab kita tak hilang Allah s.w.t yang sayang kita.’ Sudah kuat ke dia nak tangkap ayat itu sebagai prinsip hidup?

“By the way, apa yang hilang?”

Senyap seketika.

“kamera.”

“sure ni tak nak report?”

“kalau report pun, bukan dapat balik. Tak apa lah. Tak ada rezeki.”

Ya, tak ada rezeki. Ke tak ada jodoh.? Sekali lagi Edri terdiam sendiri.

———————————————————————

“kenapa sayang diam dari tadi.”

Aisyah tersedar dari lamunan yang di reka sendiri. “eh, tak ada apa-apa.”

“lepas pinggan jatuh, sayang terus diam sampai sekarang. sayang fikir apa?”

Senyum walaupun sakit. “tak fikir apa-apa pun la, tak yah risau ea abang..”

Mustaqeem senyum kembali. “kalau ada apa-apa nak share , abang ada ni nak dengar.”

Aisyah mengangguk. “abang nak minum apa-apa?” bangun dari sofa.

Suaminya mencapai tangan Aisyah untuk duduk kembali. “sayang nampak tak okay. Sementara abang ada ni cerita la.”

“cute la abang ni..” aisyah mencubit manja pipi Mustaqeem. “..saya tak ada apa-apa. Jangan risau okay?”

Akhirnya Mustaqeem akur. “okay.”

“nak minum apa-apa tak?”

Menggeleng. “kita keluar jom.”

Tercengang. Dah malam kan? “nak pergi mana?”

“jom.” Mustaqeem senyum dan menarik tangan Aisyah. “siap je.”

Aisyah sedikit terkejut. “ookkaaay.” Dan mengikut rentak Mustaqeem.

___________________________________________________

37

Subhanallah ! Cantik pemandangan di sini. Sangat cantik. Dia hanya mengikut rentak Mustaqeem tadi. Katanya nak keluar. Bila di tanya keluar  ke mana, suaminya itu hanya senyap dan senyum sahaja. Agak lama juga perjalanan mereka hendak ke sini. Penat dia menyoal tapi suaminya hanya menjawab dengan senyum dan akhir sekali dia tertidur.

“abang….”

Mustaqeem senyum lagi. “yup?”

“cantik sangat.”

Ya, pemandangan atas Genting Highlands ni sangat cantik. Lagi-lagi waktu malam. Mustaqeem mengambil baju sejuknya dalam kereta. Aisyah hanya tersenyum memerhatikan keadaan sekeliling dengan memeluk tubuh. Sejuk !

“sayang..”

Aisyah menoleh.

Mustaqeem menyarungkan baju sejuknya pada badan Aisyah dan memeluk bahu isterinya itu sambil memandang pemandangan yang cantik luas terbentang di hadapan mereka.

“dah pukul satu pagi dah abang.”

“it’s okay, esok kita berdua tak ada kelaskan.”

“macam mana abang boleh terfikir nak pergi sini.?”

Mustaqeem mengeratkan lagi pelukkannya dengan Aisyah untuk merasakan haba. Dia bukan tahan sejuk sangat ni. “entah, mula-mula abang tak tahu nak pergi mana, tiba-tiba abang teringat kawan abang kata dekat sini pemandangan cantik.”

“jauhkan abang drive.”

“tak apa.”

“abang…”

Mustaqeem memandang Aisyah yang hanya beberapa inci sahaja itu. Aisyah tertunduk waktu Mustaqeem pandang. Dia rasa lain. Rasa kekok tetiba. “kenapa?” soal Mustaqeem lembut.

“hmm, nak tanya boleh?”

“tanyalah.”

“tapi… abang jangan fikir lain tau. Saya nak tanya je.”

Ketawa perlahan. “Tanya je lah sayang..”

“abang pernah bercinta. Maksud saya cinta lain jenis.”

Mustaqeem diam. “tak.”

“serious tak pernah?”

Mustaqeem menggeleng. “hm..”

“abang kan handsome, kaya pulak tu, dah la baik, tak akan tak pernah bercouple kot?”

Diam dan senyum. “tak pernah.”

Aisyah jadi tidak puas hati. Tak percaya. “tipu la… tak akan tak ada perempuan yang minat dekat abang ke?”

“ada.”

“cerita laaa…”desak Aisyah dalam keadaan manja.

“bukan penting pun sayang.”

“cerita je…”

“hmm, kenapa nak tahu sangat.?”

Aisyah senyum. “mestilah nak tahu kisah hidup abang yang dulu, saya ni curiousity tinggi tau.”

Mustaqeem ketawa. “yang dulu tu tak penting, yang sekarang ni lagi penting.” Sambil membetulkan tudung isterinya yang sudah tidak betul di tiup angin pagi.

Aisyah memuncungkan mulut. “tak nak kawan abang.” Sambil memeluk tubuh memandang tempat lain.

“ala..ala…. abang tak tahu nak cerita macam mana.”

Badan di tolehkan kembali memandang Mustaqeem. “haa..” timbul senyum nakal di bibir Aisyah. “..macam mana dia approach abang?”

“entah, ramai laa.”

“ramai? Wahh, untunglah budak hot..”

Mustaqeem hanya senyum sahaja sambil memandang isterinya yang sedang ketawa. Manis. Kalau di rumah tadi, nak tengok isterinya senyum pun payah. Apa yang isterinya fikir pun dia tak tahu.

“sayang pula? Tak de ke couple?”

Shoot ! senyum yang tadinya mekar dibibir kerana mengusik suaminya hilang. Hilang dan terus hilang. Perlu ke dia beritahu? Sakitkan hati Musatqeem tak?

“tak penting pun..”

“oh, kalau abang tadi nak tahu, kalau sayang pulak tak penting. Tak adil.” Mustaqeem terus menggeletek pinggang isterinya.

Sekali lagi ketawa Aisyah pecah. “abang…dah..”

Mustaqeem ketawa. Dia rasa topik untuk isterinya itu tak sesuai. Berhenti mengusik isterinya dia memeluk erat Aisyah. “I love you.”

Aisyah yang dalam sisa ketawa itu tersenyum. “abang…lapar lah.”

“jom lah, kita makan, balik. Nak Subuh dah kejap lagi.”

..dan mereka berpimpingan tangan menuju ke kereta.

_________________________________________________

38

“Buat apa tu?”

“baca news dekat Yahoo.”

Azrul menghulurkan mug kepada Edri. “rajin kau baca news dekat Yahoo tu.”

“kebetulan buka email, baca sekali.”

“ada call orang Malaysia tak?”

“semalam call mak aku.”

“sihat diaorang?”

“Alhamdulillah sihat.”

“eh, Edri aku nak pergi Tanta,Mesir. Maybe seminggu dua macam tu.”

Edri menutup laptopnya. “lamanya, ada apa?”

“uruskan adik aku, dia nak sambung medical dekat situ.”

Kepala mengagguk. “okay.”

“ustaz Sharifuddin ada tu, kalau ada apa-apa kau rujuk lah dia. And,dia ada anak perempuan mana tahu tiba-tiba menjadi ke?”

“merepek lah kau ni.” Edri sudah ketawa.

Azrul hanya menggeleng dan ketawa. “okay, aku nak berangkat dah ni.”

“okay.”

Mereka bersalaman dan berpelukkan. “Assalammualaikum.”

“waalaikumussalam.”

Setelah Azrul hilang di pandangan mata laptopnya di buka kembali dan dia terlihat sesuatu di list rakan Yahoo Messenger nya.

—————————————————————————–

Aisyah membuka e-mailnya kebetulan untuk memeriksa jika ada perkara penting yang harus di buat. Mula-mula buka di side bar kiri Yahoo ada Yahoo Messenger status Edri ‘idle’ . Tiba-tiba…..

Ed             : Assalammualaikum.

Jantung seakan berdetak kencang. Sudah lama mereka tidak berhubung. Sudah lama mereka tidak bertukar cerita. Sudah lama. Dan lama itu membuatkan keduanya berasa kekok.

Aisy          : Waalaikumussalam.

Ed            : sihat?

Aisy          : sihat. How’s Jordan?

Ed             : nice. How’s life?

Aisy          : awesome .

Tidak tahu mengapa tangan seakan bergetar mahu berbalas chat. Jika sebelum ini akan rasa seronok dan excited. Tapi lain kali ini, macam baru kenal.

Ed             : sounds good.

Aisy          : sure.

Tak tahu nak chat apa, tak tahu nak bercerita tentang apa. Tak akan nak bercerita tentang Mustaqeem suaminya yang manusia paling sweet dalam dunia ni. Tak akan nak cerita yang dia sangat bahagia dengan hidupnya sekarang. Tak akan nak bercerita tentang dia tenang dengan kehidupan yang baru sekarang. Tak akan…

Ed             : our camera.

Aisyah jadi blur sekejap. Kamera? Apabila semua sel sudah bercantum baru dia teringat. Ya, kamera mereka, yang merekodkan pelbagai memori.

Aisy          : y?

Perlu ke dia beritahu yang kemera itu dirompak. Perlu ke dia beritahu yang dia tercedera sewaktu manusia itu merompaknya. Perlu ke dia meminta rasa belas kasihan.?

Ed             : lost.

Aisy          : cuai.

Ed             : knew it.

Aisyah seakan mahu membalas. Itu tanda yang kita tak ada jodoh. Tolong lupakan saya. Tapi mampu ke dia berkata macam tu?

Aisy          : gotta go.

Ed             : me too. T8 care.

Aisy          : u too.

Ed             : Assalammualaikum.

Aisy          : waalaikumussalam.

____________________________________________

39

“kau okay tak ni Mustaqeem?”

Dia duduk. Kepalanya berdenyut sangat sakit. “okay-okay.”

“nak aku call kan sapa-sapa ambil kau balik.”

“it’s okay Am, aku okay ni. Sakit sikit je ni.”

Idham masih duduk disebelah Mustaqeem rakan sekelasnya. Risau dia, tengah seronok bercerita tentang matlamat hidup sambil berjalan untuk menuju ke parking lot, tiba-tiba Mustaqeem memegang dinding dan terus duduk. Selamat tepi sudut itu ada kerusi.

“macam tak okay je?”

Senyum di ukir walaupun sakit. “biasalah ni, ujian dari Allah. Mungkin aku terleka tadi, tu yang dapat sakit kepala supaya aku ingat DIA balik.” Senyum.

Terdiam sahabat sekelasnya itu. Semua benda mesti ada kaitan dengan Yang Maha Esa. Kagum. Bila hati dah jatuh cinta memang macam ni. Macam kita juga, kalau dah jatuh cinta dengan manusia yang kita sayang pasti kita akan apa-apa mesti kita nak sekali sebut atau kaitkan dengan orang yang kita sayang.

TAPI… Mustaqeem jatuh cinta dengan pemilik cinta yang abadi. Subhanallah, beruntungnya dia ada perasaan itu ! kita kalau hendak pun boleh.

Pokok pangkalnya.

Nak dan tak nak.

“aku call wife kau?”

“abi aku.”

_______________________________________________

40

Dia duduk di tepi kolam renang. Melihat pemandangan indah. Tenang.

“Abang, kenapa kalau kita tengok bukit-bukau, laut, awan , hati kita tenang?”

Mustaqeem memandang Musalmah. “agak-agak?”

Tangan Mustaqeem di cubit. “kalau tahu, tak tanya.”

Ketawa pecah di tepi kolam itu. “sebab….”

“alaa, abang ni ngada-ngada lah. Jawab je lah cepat.”

Senyum. Comel telatah gadis di sebelahnya ini. “sebelum tu, siapa yang mencipta bukit-bukau,laut,awan ?”

“mestilah Kekasih hati abang yang abang cinta sepunuh hati tu.” Semua orang tahu yang Mustaqeem memang meletakkan 100% dalam hatinya Allah s.w.t

“eh, Kekasih hati abang sorang ke ? tak nak share?”

“mesti lah nak tapi macam tak layak je. Orang bukan baik macam abang pun.”

“mana ada abang baik. Abang pun tengah cuba-cuba jadi baik, apa yang penting mind-set kita ni. Kalau cinta sepenuh hati, kita akan buat sampai kita mati. Itu prinsip.”

“okay-okay, nanti Musalamah cuba. Nak jadi wanita solehah.”

Mustaqeem senyum.

“cepat lah jawab. Kenapa tenang?”

“sebab semua ciptaan Allah itu berzikir kepada Allah, sebab tu bila kita tengok permandangan tenang. Dan kalau kita nak tenang pun boleh juga, kita pun berzikir lah pada Allah.”

“ohh, abang…”

“yup?”

“nanti abang jadi lelaki soleh, saya jadi wanita solehah kita jumpa dekat syurga eh?”

“okay. Kita berusaha dari sekarang !”

Sambil menunjuk gaya semangat. “chaiyok-chaiyok !”

“tak habis-habis korea.”

“jealous.”

Dulu. Sudah lama. Wanita itu sangat istimewa sebab itu Islam datang suruh menaikkan darjat wanita. Dia sayang kaum wanita. Dia sayang umi. Dia sayang isterinya, Aisyah dan dia sayang diaaa…..

“abang, Musalmah kena balik Perlis lah. Ayah dah bising duduk sini lama-lama.”

Mustaqeem mengangguk. Tak akan dia nak marah pula ayah Musalmah tu, bukan hak dia. Tangan di belakang memegang sebuah buku. “tak apalah.”

“..tapi, orang nak berborak-borak dengan abang lagi..”

“nanti-nanti boleh borak.”

“..tapi, tak tahulah nanti tu bila.”

“ada rezekinya.”

Musalamah diam. “abang doakan tau saya masuk syurga.”

Mustaqeem senyum. “sure.”

“saaayang abang !” Musalmah memeluk Mustaqeem.

Dan lelaki itu hanya ketawa. “macam nak pergi oversea je.”

“kalau oversea tak pe lagi bang, kalau over the region?”

Mustaqeem muka pelik. “tak faham..”

“alam kematian laa.” Dan Musalmah ketawa.

Sentap. “jaga diri nanti.”

“kirim salam dengan lafaz Assalammualaikum dengan abi, tak sempat nak jumpa.”

Mustaqeem mengangguk. “insyaAllah,ok.”

Sedang leka dia memerhati langit terbentang luas. Sedang leka dia mengingati memori dahulu. Tiba-tiba datang seseorang memeluknya dari belakang.

“abang ! ” suara manja yang sangat dia kenali.

Tangan wanita itu di tarik lembut supaya berhadapan dengan dia. “Assalammualaikum sayang..”

“opss..lupa. waalaikumusalam.”

Mustaqeem senyum.

“abang rindu saya tak?”

“jap abang fikir, rindu ke tak…” main-main Mustaqeem. Rindu sangat dia dekat isterinya ini. Hari itu sakit kepala, bukan dia tidak menyuruh Idham hubungi isterinya tetapi sewaktu itu Aisyah ada bengkel tiga hari dua malam jadinya dia malas hendak mengganggu isterinya itu.

“alaaa…orang rindu dia tau. Sampai hati nak fikir dulu.” Gaya merajuk.

Mustaqeem ketawa. “okaylah. Rindu jugak laa..”

“macam tu je jawab?”

“habis?”

“whatever~~”

“bila balik ni sayang?bukan nak mesej ke apa..”

“saja nak buat surprise. Sweet tak saya?”

Mustaqeem senyum. “nak tiru abang lah tu sweet-sweet ni.”

Aisyah senyum. “biarlah..”

..dan mereka ketawa bahagia.

Advertisements

One thought on “Mustaqeem – Part 8

  1. kenapa Mustaqeem x mahu berterus terang dengan Aisyah tentang sakit yang dia alami… kasihan Aisyah bila hati dah sayang suami sendiri tapi suami pula x mahu berterus-terang tentang sakit dia…. tentu Aisyah rasa sedih…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s