Mustaqeem – Part 9

41

“abi kata hari itu abang sakit kepala?”

Mustaqeem yang sedang menyiapkan tutorialnya berhenti seketika. “bila?”

“waktu saya pergi bengkel.”

“oh..biasalah, cuaca kut.”

Aisyah mengangguk dan meneruskan kerjanya menggosok kemeja Mustaqeem. “abang sure ke tak rasa sakit apa-apa, hari tu doktor kata tu dah ok?”

“next week, abang ada appointment dengan doktor lagi.”

Senyum. “nak ikut !”

“bukan next week sayang ada mid-term test ke?”

“alaa, pergi teman abang kejap je pun.”

“tak pe, abang boleh pergi sendiri, carry mark tu penting sayang.”

Dia hanya mencebik. “kedekut.”

Mustaqeem hanya ketawa.

******************************************

“kesulitan menghidupkan jiwa.”

Ustaz Sharifuddin menghampiri Edri. “baca apa itu, nak?”

“ustaz… artikel ini. Kesulitan menghidupkan jiwa. Mendalam maksudnya.”

Senyum. “kalau kita tak susah kita tak fikir.”

“maksudnya, ustaz.”

“kalau kita hidup sentiasa dalam keadaan yang aman yang sentiasa senang kita tak akan terfikir tentang yang lain. Tentang saudara kita di negara lain. Kita tak rasa tali persaudaraan itu.”

Edri hanya mengangguk. Betul dulu hidupnya penuh berpoya-poya tidak pernah terfikir pun akan saudara seIslam di negara lain.

“sama juga Edri, kalau kita ada masalah hati kita jadi tak tenang, kita akan kembali padaNya untuk menyelesaikan masalah kita, itu namanya menghidupkan jiwa.”

“betul..”perlahan dia menjawab.

Ustaz Sharifuddin hanya senyum. Suka dia melihat Edri. Orang muda yang cuba untuk berubah menjadi baik. “kamu umur sudah berapa Edri?”

“26. Kenapa ustaz?”

“tak pernah terfikir untuk mendirikan masjid?”

“tipu kalau saya kata tak fikirkan lagi, saya hendak jadi imam yang baik dulu ustaz.”

“jangan lama-lama sangat.”

Senyum. “InsyaAllah dua bulan lagi ustaz. Saya pun dah rindu dengan keluarga saya.”

“eh, maksud kamu?”

“saya dah suka seorang gadis ni ustaz, saya berjanji yang saya akan melamar dia selepas saya balik dari sini.”

“oh.. melepaslah ustaz nak bermenantukan kamu.”

Ketawa. “ustaz bercanda ya..”

“ustaz ada seorang puteri ingatkan nak di satukan dengan kamu.”

Senyum paksa terukir. “saya bukan lelaki yang baik ustaz.”

“kamu merendah diri sungguh.”

Edri hanya senyum.

____________________________________________________

42

“Edri balik bila Aunty?” soal Mustaqeem yang singgah sekejap di rumah Puan Kamariah sebelum ke hospital untul temu janjinya dengan doktor.

Puan Kamariah meletakkan air di meja. “lagi dua bulan. Wife kamu tak ikut?”

“oh, dia ada test dekat kolej .”

“sihat semuanya?”

“Alhamdulillah sihat. Hari tu Edri ada kata kalau dia balik nanti dia terus hendak melamar suri hatinya?” soal Mustaqeem untuk kepastian.

Puan Kamariah sudah senyum. “haah, tapi kalau tak pergi gak melamar memang aunty carikan dia calon.”

Mustaqeem senyum. “..tapi dia sayangkan dengan kawan perempuannya itu.”

“tak tahulah Mustaqeem, aunty tak pernah pun jumpa kawan-kawan perempuan dia tu. Kamu tahukan kehidupan dia dahulu..”

Dia hanya mengangguk. Macam mana dia nak selesaikan. Orang yang Edri hendak melamar itu adalah isterinya. Serba salah. Ya Allah permudahkan segala urusan.

“aunty Mus rasa nak pergi dah ni.” Jam di tangan di telek. “.. kejap lagi temu janji lambat pula.”

“yelah, nanti kirim salam dengan kleuarga kamu ya..”

“insyaAllah.”

*******************************************************

“kamu dah kena buat terapi  ni?”

Pertama kali dalam hidupnya dia berasa resah gelisah. “bahayakan side effect terapi tu?”

Doktor Kamal mengangguk. “Ya, seperti yang kita tahu mesin itu menggunakan electron”

“kalau tak buat Doktor Kamal ?”

Nafas di tarik. “Mustaqeem, kita percaya yang ajal maut itu ketentuan Ilahi. Kita yakin yang mati itu pasti, sedia maklum yang penyakit barah tiada penawarnya tetapi yang ada adalah cara untuk melambatkan sel-sel itu merebak, sebagai seorang muslim kita di anjurkan untuk usaha. Ini adalah jalannya.”’

“bila mulanya?”

“kalau kamu dah ready, lagi dua minggu.”

Mustaqeem mengangguk. “terima kasih doktor.”

*******************************************************

Seperti biasa apabila ada masalah tempat yang akan di tuju rumah Allah. Di situ ketenangan tercipta. Setelah selesai solat sunat masuk masjid dan solat fardhu Asar Mustaqeem duduk di beranda masjid Putrajaya memerhati keindahan alam. Petang itu tidak ramai pengunjung yang ada hanyalah tetamu dari luar negara.

“Ya Allah…” air matanya mengalir. Dia pun manusia. Dia ada perasaan. Dia tengah sedih. “Ya Allah, ampuni hamba…” semakin deras air matanya mengalir. Dalam fikirannya bermacam masalah di fikirkan. Masalah kesihatannya, masalah isterinya dan Edri. “..aku tak kuat Ya Allah..” mata di pejamkan.

Nafas cuba di stabilkan. Dia perlu kuat. Air mata di seka. Telefon bimbitnya berbunyi tanda mesej masuk.

Aisyah  : Abang, dekat mana? Dah selesai jumpa dokor, how?

Nombor isterinya itu terus di hubungi. Suara cuba di betulkan dengan berdehem. Tidak sampai seminit panggilan telah berjawab. “Assalammualaikum..abang dah jumpa doktor dah, nanti abang balik, abang cerita k..”senyum dia mendengar suara isterinya yang risau itu. “ya sayang.. okay, take care.. assalammualaikum.”

________________________________________

43

“lamanya tak dengar cerita..” ceria Mustaqeem menjawab panggilan dari Edri.

Edri di talian sana hanya senyum. Terharu dengan perbuatan saudaranya itu. “sibuk sedikit, macam mana? Aku dah ada peluang jadi pak cik tak?” seloroh Edri.

Mustaqeem ketawa. “tak ada rezeki lagi. Doakanlah ya..”

Aisyah yang dari tadi hanya memerhati suaminya berbual di telefon. Macam sudah bertahun-tahun tidak berjumpa dengan si pemanggil.

“insyaAllah, kau pun jaga diri juga..cepat-cepat balik Malaysia..”

“baik bos. Kirim salam semua.”

“insyaAllah.”

Selepas salam berbalas sebagai penutup bicara Mustaqeem meletakkan telefon bimbitnya di meja sbeelah katil. Dia memandang Aisyah yang seakan mahu tahu siapa pemanggil itu. “sepupu abang tadi.”

Aisyah senyum dan mengangguk. “abang, kata nak cerita doktor kata apa..”

Sentak. Mustaqeem paksa senyum. “ohh, sayang buatlah kerja sayang dulu, dah habis nanti meh sini.” Sambil menepuk tilam katil. “okay?”

Aisyah hanya mengangguk.

Setelah hampir dekat satu jam dia menyelesaikan tugasannya dia terus cepat-cepat mengemas barang dan menuju ke katil di mana Mustaqeem tengah bersandar dan sedang membaca buku.

“abang..”panggil Aisyah manja.

Mustaqeem senyum. “dah siap semua kerja?”

“dah..” dia bersandar di bahu Mustaqeem dan memeluk lengan suaminya.

Buku yang tadi di baca di tutup. “sayang…”

“yup..”

“cuba bayangkan apa yang abang cakap ni ya..”

Aisyah hanya mengangguk sambil bermain dengan tangan Mustaqeem. “ok.”

“ada orang bagi pinjamkan sayang barang suruh sayang jaga, sayang pun jagalah barang tu sampai sayang dah suka dekat barang tu, lepas tu..” seperti dia kaku untuk berbicara.

“lepas tu abang?”

“hmm.. lepas tu orang tu minta sayang pulangkan balik barang tu..sayang akan pulangkan?”

Aisyah senyum. “walaupun saya dah suka barang tu, tapi saya kena juga pulangkan sebab itu kan dia bagi pinjam dan suruh saya jaga je.”

Mustaqeem hanya mengangguk. “baguslah sayang abang ni.”

“tak baikkan kita ambil barang orang tu, at least kita perlu bersyukur sebab walaupun kita tak dapat memiliki barang tu selamanya tapi kita patut bersyukur sebab orang tu dah bagi pinjam, itu pun patut bersyukur dari tak dapat apa-apa kan?”

“isteri abang dah matang.”

Aisyah ketawa. “well.. kenapa abang tiba-tiba nak bercerita hal ni?”

“saja, tadikan abang baca buku tu..” sambil menunjuk buku yang baru lepas di baca.

“oh.. okay, so doktor cakap apa abang?”

Mustaqeem diam seketika. “lagi dua minggu abang kena buat terapi.”

Daripada kedudukan bersandar di bahu Mustaqeem kini dia telah berubah posisi duduk tegak menghadap Mustaqeem yang sedang santai bersandar di kepala katil. “terapi apa?”

“kepala abang lah sayang..” Mustaqeem senyum sambil menyelak rambut Aisyah ke tepi telinga.

Aisyah mengambil kedua tangan Mustaqeem dan di genggam. “ada something yang saya tak tahu ke?” hatinya tiba-tiba jadi sebak.

Mustaqeem menarik nafas. “dalam dunia ni sayang tak semua yang kita nak kita dapat.”

“abang…”

Tangan di tarik dari genggaman isterinya. “Allah Maha Berkuasa sayang..”

“saya tak faham..”

Senyum. “sakit itu kan menggugurkan dosa-dosa.”

“doktor kata apa sebenarnya abang,”matanya telah berkaca.

Kedua-dua tangan Mustaqeem memegang pipi Aisyah. Dahinya dan dahi Aisyah di rapatkan. Senyum. “I got cancer.”

Terus mengalir air mata Aisyah tika itu. Terus dia memeluk Mustaqeem. Erat sangat. “abang benda-benda macam ini tak baik bergurau.” Katanya dalam esakkan.

“pernah ke perkara serious abang bergurau?”

Pelukkan di leraikan. “kenapa abang?”

Mustaqeem cuba meredakan tangisan Aisyah. “sayang… jangan nangis macam ini.. doktor sahkan abang kena barah, doktor anggarkan berapa lama abang hidup, dan doktor cadangkan rawatan apa yang sesuai, tapi yang still mencabut nyawa itu adalah Allah sayang..” air mata Aisyah di seka. “abang belum pergi lagi lah, jangan nangis macam ni.” Dia cuba ketawa.

“abang…kita tahu yang barah tiada penawar.”

“sayang.. kita tahu juga yang Allah Maha Berkuasa.”

Sekali lagi Aisyah memeluk Mustaqeem. “abang…”

“satu je abang mohon sayang..”

Aisyah memandang Mustaqeem dengan mata yang berkaca. “please anggap ianya suatu penyakit yang biasa kerana yang menyabut nyawa itu Allah dan penyakit mati hati lupakan Tuhan itu lagi berbahaya. Ya sayang?”

Aisyah hanya mengalirkan air mata. Dia memengang erat tangan Mustaqeem.

________________________________________________

44

Aisyah terduduk. Terngiang-ngiang kata-kata Doktor Kamal akan anggaran kitar hidup suaminya tadi  ‘…ajal maut ini di tangan Allah puan, apa yang kami buat ini hanyalah pengkiraan kami, lebih kurang dua tahun, tapi apapun puan, Kuasa Allah itu kita tak tahu. Doalah banyak-banyak.’

Selepas selesai kelas tadi Aisyah terus berjumpa dengan doktor peribadi suaminya itu. Rasa tidak puas hati apabila Mustaqeem hanya cerita sekerat sahaja. Ya, dia sepatutnya mendengar kata Mustaqeem agar tidak memikirkan sangat perkara ini, tetapi hati mana yang tidak terusik apabila orang kita cintai sedang bertarung untuk meneruskan kehidupan.

********************************************************

“lagi kuat iman seseorang itu lagi berat dugaannya.”

Edri memandang ustaz Sharifuddin. “..tapi..”

“Edri, dalam Al-Quran ada menyatakan tidak beriman seseorang itu selagi tidak di uji. Untuk mengetahui iman itu kuat ataupun tidak dengan ujian, apabila sudah di uji adakah insan itu boleh berhadapan dengan ujian itu atau tidak. Sama juga dengan orang miskin Edri, mereka di uji dengan menjadi miskin, dalam masa yang sama Allah melihat adakah kemiskinan itu menaikkan tarafnya sebagai seorang muslim atau membuatkan dia kufur dengan menyalahi takdir. ”

Edri tekun mendengar.

“..orang sakit juga begitu, contoh di beri penyakit barah yakni tiada lagi penyembuhnya, adakah insan itu sanggup dan redha dengan ujian itu atau menyalahkan Allah? Ingatlah, dengan ujian itu tanda Allah ingat kita. Lagi banyak ujian dan lagi kuat kita bersabar insyaAllah Allah suka. Syurga itu mahal Edri justeru pengorbanan itu kuncinya.”

“boleh juga kaitkan dengan artikel yang saya baca tempoh hari, kesukaran menghidupkan jiwa.”

“Alhamdulillah kamu sudah dapat tangkap.”

*************************************************

“tak suka lah.”Aisyah duduk di meja makan itu gaya merajuk. Selepas pergi berjumpa Doktor Kamal dia terus ke kolejnya kerana ada kelas. Sangat mengecewakan apabila rakan sekelasnya ada yang tidak menyukainya.

Mustaqeem datang dengan membawa dua gelas cawan. “apa yang tak suka nya sayang?”

“abang, saya pelik lah manusia-manusia ni.”

“kenapa?” sambil menuang jus oren itu untuk Aisyah.

Aisyah meletakkan beg tangannya di kerusi sebelah. “yelah, dulu kan abang, saya memang tak pakai tudung, dorang selalu kutuk saya, tapi saya buat tak tahu je lah, diaorang selalu kutuk saya kalau Edri datang …….” Dia tersedar yang dia telah terlepas cakap.

Mustaqeem terkedu seketika, dia cuba menenangkan dirinya sendiri. “kenapa sayang?”

“tak ada apa-apa, ha! Lepas tu abang, ini saya dah pakai tudung pun asyik nak cerita belakang je. ” Sedaya upaya dia mengalih perhatian Mustaqeem agar tidak mengulagi nama Edri.  “..tak faham betul.” Air oren itu di minum.

Mustaqeem senyum. “sayang..mulut orang ni kita tak boleh nak tutup, setiap orang cara berfikir lain sebab kita dari berlainan didikan. Sama juga, contoh kalau si A tu miskin, semua orang akan bercerita tentangnya sebab miskinlah, punca miskin lah kutuk selagi boleh kutuk, tapi suatu hari si A tu telah berjaya still orang akan bercerita juga, eh macam mana boleh kaya, ni mesti ada apa-apa ni…”

Aisyah tekun mendengar.

“jadinya sayang, bersabar itu lebih baik. Nak tahu satu pepatah ni?”

“apa?”

“banyak bersikap diam adalah keindahan yang menghiasi orang berakal dan rahsia menutupi orang bodoh. Lepas ini pekakkan sahaja telinga sayang tapi…”

“tapi?”

“kalau mana yang mereka cakap betul itu ambil dan perbaiki diri kita mana yang merapu tu kita istighafar. Okay?”

“a’ai kapten !”

“good muslimah..” sambil mencuit hidung Aisyah.

__________________________________________

45

“sejak aku balik dari Tanta, Mesir kau macam banyak diam je.” Soal Azrul yang baru pulang pagi tadi.

Edri senyum. “aku keliru.”

“kenapa?”

“dah banyak hari aku mimpi benda yang sama.”

“whoa! Mimpi apa?”

“aku mimpi wanita yang aku nak nikahi tu.. aku mimpi.. aku hulurkan tangan, dia sambut tangan aku tu.. tapi dia menoleh kebelakang dan menangis..”

“menoleh kebelakang?”

“macam ada insan lain yang dia pandang, tapi dia sambut huluran aku..”

“istikharah?”

Edri hanya mengangguk. Sejak dia datang Jordan, mula dari itulah dia tidak pernah meninggalkan solat istikharah untuk membuat keputusan dalam setiap hidupnya.

“complicated ni Edri.”

Senyum. “aku hanya harapkan yang terbaik daripada ketentuan Ilahi, apapun aku terima, sebab aku yakin dengan-NYA, tapi mimpi aku tu… wallahualam, aku tak tahu..”

“banyakkan lagi berdoa Edri..”

*****************************************

Mustaqeem hanya termenung saat mendapat panggilan Edri. Dia tahu sepupunya itu hanya hendak berkongsi kekeliruan yang melandai dirinya tetapi kekeliruan itu seakan menyesakkan dadanya. Edri mimpi.

“aku nak share sahaja dengan kau, aku tak tahu lah..”

“share apa?”

“kau tahu aku sangat mencintai kekasih aku itu, aku mimpi dia, aku hulur tangan, dia terima huluran tangan aku, tapi.. dia menoleh kebelakang dan menangis, macam ada insan lain di pandang”

Mustaqeem jadi kaku sendiri. Insan lain yang di pandang? Adakah dia insan itu? Tetapi kenapa Aisyah menerima huluran tangan itu dan kenapa Aisyah menangis melihat dia di belakang? Mustaqeem jadi sebak. Seakan dia merasa yang waktunya telah tiba. Seakan dia merasa Kekasih Abadi itu hendak memanggilnya.

Kalau Allah tentukan hidupku ini untuk bertemu dengan mereka untuk sesuatu yang baik walaupun pahit untuk ku telan, aku redha kerana aku percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Segera Mustaqeem mengambil wudhuk. Dia mengambil tempat di saff hadapan masjid itu. Berdiri tegak. Allahuakhbar.

Selesai solat dia berzikir. Sungguh-sungguh dia menyebut nama Allah. Sungguh-sungguh dia memuji Allah. Sungguh-sungguh dia melakukannya. Perasaannya seakan rindu. Perasaannya seakan yang dia telah lama tidak bertemu Allah, dia rasa yang dia rindu yang teramat.

Tangan di tadah. Air matanya mengalir. “Ya Allah… Ya Allah…Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..” laju air matanya mengalir. “ampuni dosa-dosaku Ya Allah… dosa kedua ibubapaku… dosa isteriku…”semakin sebak. “dosa sanak saudaraku…dosa semua umat Islam Ya Allah…Ampuni kami Ya Allah..”

Makin deras air mata lelakinya.“Ya Allah, tiada yang indah dalam hidupku ini melainkan berzikir dan menyebut namaMu Ya Allah…aku tahu Ya Allah, aku hambaMU yang kerdil… aku tidak setabah sahabat-sahabat terdahulu, yang bila didera masih mengingatiMU Ya Allah…ujian yang sedikit Kau berikan ini pun aku hampir tewas Ya Allah…kuatkan aku Ya Allah… kuatkan imanku…aku percaya Ya Allah, percaya yang Engkau tidak akan memberi dugaan yang tidak mungkin aku dapat menyelesaikan…”

Malam yang dingin itu menyaksikan Mustaqeem menghadap Allah, Kekasih Abadi. “Ya Allah, aku redha dengan penyakit yang Kau berikan ini.. aku tahu ini tandanya Engkau mengingatiku…Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah….”

Dirinya semakin sebak. “Ya Allah, Engkau tahu, yang hati ini mencintai isteriku Siti Aisyah Binti Umar, dan Engkau juga tahu hati ini menyayangi sepupuku Edri bin Hashim…Ya Allah, andai Engkau pertemukan aku dengan mereka untuk sesuatu yang baik aku redha… Ya Allah, andai Engkau menjadikan aku perantara bagi mereka juga aku redha..”

Mustaqeem seakan tidak dapat meneruskan kata-katanya. “Ya Allah… aku bersyukur sangat. Bersyukur Engkau memberi pinjaman yang terindah dalam dunia ini, pinjaman untuk aku memiliki Siti Aisyah ,Ya Allah… Dia seorang isteri yang solehah Ya Allah, Kau redhailah dia… Ya Allah, andai memang jodohku dan dia tidak ke syurga Ya Allah aku redha.. aku sudah cukup bersyukur Engkau memberi pinjam dia untuk seketika, apa yang paling membahagiakan aku adalah keredhaanMU padaku Ya Allah…”

Air matanya tidak jemu untuk mengalir. “Ya Allah, jangan Kau beri kekeliruan pada sepupuku Ya Allah, jangan Kau biarkan dia berfikir yang bukan-bukan Ya Allah, jika jodohnya memang dengan Aisyah Kau permudahkan segala urusan Ya Allah…” diam seketika. “Ya Allah, Edri Bin Hashim hamba yang baik Ya Allah… dia sangat baik, dan aku yakin dia akan menjadi hamba yang baik, redhailah dia Ya Allah.”

Mustaqeem tunduk. “Ya Allah, permudahkan segala urusan. Jika aku di panggil olehMu itu sesuatu yang baik maka Kau jemputlah aku Ya Allah, tetapi jika kehadiranku bersama mereka itu baik, Kau tunjukkan hambaMu ini jalan untuk menyelesaikannya..”

“tiada tempat lain yang boleh aku mengadu perasaanku ini melainkan denganMU Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala rintihan hamba-hambaMu…”

***************************************************

“mama, abang tak balik lagi..” risau Aisyah apabila sudah jam 12 malam tetapi Mustaqeem masih tidak pulang.

“dah call handphone dia?”

“tak dapat.”

Advertisements

2 thoughts on “Mustaqeem – Part 9

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s