Mustaqeem – part 10 (pratamat)

46

Pintu rumah di buka. Leher cuba di urut. Kunci kereta di letak di rak kunci. Mustaqeem memandang ruang tamu.

“abang !” Aisyah menangis dan terus memeluk Mustaqeem yang baru masuk rumah itu.

Terkedu . Mustaqeem memandang semua yang berada di rumah itu. “kenapa sayang, abi dengan umi tak tidur lagi?”

Aisyah memandang Mustaqeem dengan mata yang berair. “abang pergi mana? Kami semua risau. Telefon tak dapat.”

Tangan Aisyah di pegang dan di bawa untuk ke ruang tamu. “maaf. Abi, umi.. tadi pergi Putrajaya tak perasan yang telefon kehabisan batteri.”

“lain kali inform sebelum pergi, semua risau.”ujar uminya.

“maaf.”

“dah, pergi tidur. Penatkan tu..” kata abinya pula.

Mustaqeem hanya mengangguk dan membiarkan umi dan abinya masuk ke bilik.

“lain kali jangan buat macam ni.” Aisyah memeluk lengan Mustaqeem.

“baik sayang..”

“suka sangatkan abang pergi Putrajaya tu.. ada apa-apa ke ?” gaya Aisyah seakan cemburu.

Mustaqeem ketawa. “abang singgah rumah Kekasih abang tadi.”

Muncung telah di tarik. “sampai hati..”

“abang singgah masjid lah tadi.”

Aisyah kembali senyum. “cakaplah Kekasih kita bersama.”

“baik puan.” Sambil menarik pipi Aisyah.

“abang !”

**********************************************

“kalau anak perempuan abang nak letak nama apa?”

Mustaqeem baring mengiring menongkat tangan sambil memandang isterinya yang berbaring di sebelahnya. “Aufa Adeena.”

“sedap nama, mana abang dapat? Haa! Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?”

Mustaqeem ketawa. “sayang, dah dekat satu pagi ni, tak nak tidur ke?”

“tak mengantuk lagi. Abang sengaja tukar topik, siapa Aufa Adeena?”

“laa, tadi suruh bagi nama, abang bagi lah.”

“macam mana boleh terfikir idea tu.”

Kelakar dia melihat telatah isterinya ini. “sayang tanya-tanya nama ni, kenapa? Pregnant ke?”

Aisyah senyum. “tak lah. Saja tanya. Kita belum ada rezeki lagi.”

“kalau lelaki sayang nak letak nama apa?”

“Amir Aizat.”

“siapa tu?” soal Mustaqeem.

“laaa, abang yang suruh bagi nama tadi.”

Ketawa. “saja nak kenakan sayang balik, kalau abang nak tambah boleh?”

“apa?”

“Muhammad Uzair Amir Aizat”

“panjangnya nama bang..penat dia nak tulis waktu exam nanti.”

Mustaqeem senyum. “sedaplah nama tu..kita tengok erti sayang”

“okay-okay..”

“jom tidur sayang, nanti tak sempat tahajut.”

“okay.”

___________________________________________

47

“umi kebelakangani Mustaqeem asyik teringat Musalmah la..”

Datin Halimah tersentak. “hmm, Mustaqeem, yang dah pergi tu biarkan, kita yang hidup ni kena teruskan.”

Senyum. “tapi tak salahkan umi nak ingat, Mustaqeem rindu dia.” Sayu nadanya.

Aisyah hanya mendengar di balik pintu perbualan dua beranak itu.

“tak salah Mustaqeem, yang salahnya kalau kita meratapi permegiaannya itu seakan kita menolak takdir.”

“umi… kalau Mustaqeem dah tak….”

Aisyah terus masuk ke dapur. Tak sanggup lagi dia hendak mendengar. “umi, abang, selamat pagi ! umi, ada apa-apa Aisyah boleh tolong.?”

“datang pada tepat waktunya, ni potong sayur ni…” jawab Mustaqeem dan bangun daripada kerusi. “abang nak tengok abi dekat taman sayang tolong umi k..”

“baik kapten!” sambil meletakkan tangan di sisi dahi gaya tabik hormat.

Mustaqeem hanya senyum dan berlalu pergi.

“umi, kalau Aisyah nak tanya boleh?”

“Tanya sahaja Aisyah..”

“er..hm.Musalmah itu siapa?”

Datin Halimah memandang Aisyah. “adik susuan Mustaqeem.”

“ohh, sekarang dia?”

“hm, dia dah bertemu Ilahi Aisyah, 3 tahun lepas sebab kemalangan jalan raya.”

Aisyah terkedu. “maaf umi Aisyah tanya..”

“tak apa..” Datin Halimah hanya senyum.

*****************************************************

“abi, yang rumah abi hadiahkan dekat Mustaqeem tu..”

Dato Amran berhenti mencabut rumput. “kenapa?”

“kalau Mustaqeem tukar atas nama isteri Mustaqeem boleh?”

Ketawa. “Mus, itu rumah kamu, dah jadi hak kamu, terserah kamu hendak lakukan apa sahaja.”

“terima kasih abi..abi..”

Dato Amran memandang anak tunggalnya itu.

“Terima kasih atas segalanya.”

“kenapa?”

“yelah, abi tolong uruskan perkahwinan Mustaqeem, abi tolong uruskan yuran pelajaran saya dengan Aisyah, abi tolong bayar semua bil-bil ubatan, abi…”

“Mustaqeem, kamu itu satu-satunya anak yang abi ada, permata hati abi dengan umi… setakat membantu kamu itu bukanlah satu beban, memang tanggungjawab kita keluarga itu membantu lagi-lagi kamu anak abi.. dan harta tak bawa ke mananya Mustaqeem..”

“minta maaf abi..”

“tak ada apa yang perlu kamu minta maaf, sesungguhnya abi bersyukur di kurnia anak yang soleh seperti kamu..”

 

Sedang mereke leka berbual sambil membersihkan taman Aisyah datang dengan dulang di tangan. “abang, abi, ni ada air dengan kuih makan lah.”

Mustaqeem berjalan menuju ke arah Aisyah.”terima kasih..”

“terima kasih, Aisyah.” Kata Dato Amran pula.

Aisyah hanya senyum.

“sayang…”

Mata memandang suaminya.“kenapa?”

“nanti bagi abang nombor akaun bank sayang…”

“nak buat apa?”

“nak bank in duit.”

“bank in..?”

Mustaqeem ketawa melihat reaksi Aisyah. “bagi je ya nanti sayang.”

“okay.”

_____________________________________________

48

“Edri, dengar cerita kau nak balik Malaysia awal..”

Dia mengangguk. “yup.”

“tetiba, kenapa?rindu sangat dah dengan orang Malaysia?”

Ketawa. “sangat rindu, lagi pun aku rasa, aku dah temui apa yang aku nak, dan aku asyik teringat Mustaqeem”

“teringat Musatqeem? Tak call dia?”

“dah, tapi dia cakap dia baik-baik je. Kau tahulah aku dengan diakan dah macam adik beradik.”

Azrul senyum. Ya, memang dari dulu mereka macam adik-beradik. “bila flight?”

“malam ni.”

Terkejut Azrul. “awalnya..”

“alah, nanti aku datang sini balik kalau berkesempatan.”

“hm.nanti aku pulak akan rindu kau.” Kata Azrul.

Edri ketawa. “come on bro, Malaysia sentiasa tunggu kau balik.”

“kau kahwin nanti aku balik lah.”

Edri hanya senyum.

************************************************

“terkejut ayah tetiba Mus datang.”

Mustaqeem senyum sambil bersalaman dengan ayah dan ibu mertuanya. “tak adalah, tadi kebetulan ada hal dekat-dekat sini, tu terus datang sini. ”

“okay, semuanya Mus?”

Mustaqeem pelik dengan soalan ayah mertuanya. “apa yang okay semuanya ayah?”

“kamu, Aisyah?”

Senyum. “Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja. Aisyah, seorang isteri yang solehah.”

Ustaz Umar dan isterinya senyum mendengar ayat Mustaqeem. “makan dulu Mustaqeem.” Ajak ibu mertuanya.

Jam di telek. “bukan tak sudi ibu tapi Mustaqeem kena cepat ni, ada yang menunggu,” ya, ada yang menunggu. Mustaqeem keliru sendiri dengan ayatnya. Sedangkan tiada apa-apa temu janji pun selepas ini.

Ustaz Umar hanya mengangguk. “nanti datang lagi ajak abi dengan umi kamu..”

“insyaAllah..”

Dia bangun untuk bersalaman. “ayah, mintak maaflah kalau Mustaqeem ada terguris hati ayah.”

“eh, kamu ni, tak ada apa-apa lah.”

Senyum. “ibu, mintak maaf, halalkan makan minum yang ibu dah beri.”

Ibu mertuanya seakan sebak. “tak ada apa-apalah Mus..”

****************************************

“pergi mana?” soal Datin Halimah apabila melihat Mustaqeem baru balik selepas Maghrib tadi.

Mustaqeem senyum dan terus memeluk uminya. “rindu umi..”

Datin Halimah senyum. Anak lelakinya ini memang manja . Cuma sudah ada isteri ini manjanya berkurangan sedikit mungkin segan. “kamu dari mana?”

“tadi pergi rumah Ustaz Umar.”

“eh, jauh kamu memandu.”

“ada hal tadi..”

Mereka duduk di ruang tamu. “kenapa kamu tenung umi macam tu?”

Mustaqeem ketawa. “umi tahu tak? Umi ni cantik..”

Datin Halimah senyum. “ada-ada je kamu ni.”

“betulla…abi mana umi?”

“lepas Maghrib tadi dia ada meeting dengan client.”

Mustaqeem mengangguk. “isteri saya?”

“ada dekat atas.”

Mustaqeem mengangguk. “terima kasih umi..” dan dia memeluk umi kandungnya itu.

Datin Halimah ketawa. “kamu ni suka sangat berterima kasih.” Mana tidaknya, kalau sudah berdua-duaan dengan anaknya selalu Mustaqeem akan berterima kasih atas segala pengorbanan yang telah Datin Halimah lakukan untuk keluarga mereka.

“umi tak suka ke?”

Datin Halimah mengusap rambut Mustaqeem. “tiada manusia dalam dunia ni tidak suka ucapan itu, kamu sendiri tahu yang manusia sukakan penghargaan.”

Mustaqeem senyum.

**************************************************

“sayang….”

Aisyah menoleh kebelakang. “ha, abang.. baru balik? Ayah dengan ibu macam mana sihat.?” Tadi Mustaqeem memberitahunya yang dia lewat balik ke rumah kerana kesesakkan lalu lintas dan dia baru balik dari rumah ayah dan ibu Aisyah.

“Alhamdulillah, semua sihat sahaja sayang..”

“abang dah makan?”

“kita keluar makan nak?”

Aisyah mengangguk. “okay, saya siap.” Bangun dari meja belajarnya.

Sempat Mustaqeem menarik tangan Aisyah. “eh, nantilah, kita tunggu Isyak.”

“okay.” Senyum.

Mustaqeem membawa Aisyah duduk di birai katil. “dah lama rasa tak manja-manja dengan sayang..”

Aisyah mencebik. “tipu, bukan setiap saat kalau ada saya abang memang suka manja-manja ke..”

“yeke..”

“yelah..”

Mustaqeem merenung Aisyah lama dan dalam. Aisyah jadi tidak keruan. “abang ..kenapa ni?”

Ketawa. “tengok isteri abang lah.”

Aisyah tak tahu perasaannya kala ini tapi yang penting pandangan itu buat dia jadi sebak. “ha! Abang dah azan dah..jom jom ”

Mustaqeem mengangguk. “sayang ambil wudhuk dulu laa.”

Aisyah bangun dari katil dan menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk. Selepas Aisyah, Mustaqeem pula. Malam itu mereka solat Isyak berjemaah dan solat sunat. Selesai Mustaqeem membaca doa mereka bersalaman.

Seperti biasa Aisyah akan memohon maaf. “abang, saya nak minta maaf kalau hari ini ada terguriskan hati abang.”

Mustaqeem menarik Aisyah dalam pelukkannya. “tak ada sayang.. abang nak minta maaf kalau pernah, sedang atau akan membuat sayang terguris hati.”

Aisyah menggeleng. “tak ada abang..”

Lama Mustaqeem memeluk isterinya seakan tidak mahu lepas.

“abang nak keluar makan ke tak nak ni?” soal Aisyah apabila di rasakan yang macam Mustaqeem tak akan melepaskan pelukkan.

Mustaqeem ketawa. “jom lah siap.” Pelukkan terungkai.

 

 

___________________________________________________

49

Aisyah senyum melihat Mustaqeem yang akan melintas jalan untuk ke kedai makan. Tadi Mustaqeem menyuruh dia turun dahulu sementara Mustaqeem mencari tempat letak kereta. Aisyah tergerak memandang kanan, dan….

“abang !!!!!!!!!!!!!!!!!!! ”

Dia tak sempat buat apa-apa. Kereta itu laju melanggar……..

 

**********************************************************

 

Datin Halimah terduduk mendapat panggilan malam ini, bergetar tangannya. Cepat Dato Amran menolong isterinya. “kenapa ni.?”

Air mata mengalir.. “abang… Edri..”

“kenapa dengan Edri?”

“kapal terbangnya terhempas.”

________________________________________________

50

Lemah. Hanya itu yang dia rasakan. Air mata terus mengalir. Dia bukan meratapi, dia bukan menyalahkan takdir tapi dia tak mampu. Tak mampu menanggung rasa hati. Lemah Aisyah duduk di kerusi menunggu luar unit kecemasan itu.

Sewaktu dia menghubungi umi, umi memang sudah menangis kerana sepupu Mustaqeem kemalangan juga. Apabila dia memberitahu umi berita Mustaqeem umi terus menangis lagi. Kini di hospital hanya ada dia menunggu suaminya di periksa oleh doktor. Sunyi. Dia kuat untuk memaklumkan berita ini pada ahli keluarga yang lain tapi hakikatnya dia sangat lemah.

“abang…” air mata mengalir lagi. Lama dia bersujud di surau hospital tadi. Memohon pada Yang Mengetahui.

Aisyah tersentak apabila doktor keluar daripada unit kecemasan. Cepat dia berlari mendapatkan doktor itu.“Doktor, how.?”

“Puan Aisyah?”

“ya saya..macam mana keadaan suami saya.”

Doktor wanita itu memegang bahu Aisyah. “sabar puan..”

Lemah sangat dia rasa.

“ingat Allah banyak-banyak puan, pihak hospital telah cuba sebaik yang mungkin, tetapi yang berhak untuk segalanya adalah Dia puan, Allah.”

Air mata deras mengalir. ‘abang..’

“Encik Mustaqeem tak dapat di selamatkan, hentakan yang kuat di paru-parunya membuatkan nafasnya sukar.”

Aisyah terduduk. ‘Ya Allah…’

Semuanya telah di rancang baik oleh Sang Pencipta.

Datin Halimah cepat mendapatkan menantunya yang terduduk itu. Sebak.

“umi..” Aisyah memeluk Datin Halimah. Erat. “abang dah tak ada…” menangis.

Datin Halimah cuba untuk kuat. “sabar sayang..”

“abang…” air matanya mengalir.

“Ah, kalau kau boleh tengok tadi, mesti kau elak? Kenapa tak elak dah nampak aku? Saja nak ambil kesempatan.”

Amboi, cakap ikut resam dia sahaja. “Cik, ini jalan saya, terus. Cik yang dari pintu mana entah keluar tak pandang kiri kanan.”

Dato Amran cuba menahan rasa gelora di hatinya. Dia tidak boleh sama lemah. Dia ketua keluarga. Jika ketua keluarga sudah lemah macam mana ahli keluarga yang lain. “bangun awak… Aisyah..” dia cuba untuk menenangkan isteri dan menantunya.

“abi… Aisyah tak kuat.” Lemah lututnya rasa tak mampu untuk berdiri.

“Sayang… bangun..” lembut Mustaqeem mengejutkan isterinya untuk bangun solat Subuh. “Siti Aisyah… bangun..”

“ha! sakit kepala! Sakit sangat! Boleh tak jangan ganggu. Orang nak tidur lah.!” Bentak Aisyah.

Datin Halimah juga cuba untuk kuat apabila keadaan Aisyah seperti tidak terkawal. “Aisyah… bangun..kuat sayang.. Allah lebih sayang dia..”

Aisyah masih memeluk Datin Halimah. “umi….Aisyah banyak buat abang terguris..”

Aisyah merengus. “cakap baik-baik dengan kau. Huh, buang masa!”

Terkejut Mustaqeem Aisyah menggunakan kata ganti diri ‘kau’ itu. “eh, awak sedar tak awak cakap dengan siapa ni?”

“sedar. Aku bercakap dengan seorang suami yang berpura-pura baik!”

Mustaqeem menarik lembut lengan Aisyah agar berhadapan dengannya. “apa Aisyah cakap ni? Bila saya berpura-pura?”

Aisyah senyum sinis. “kau kahwin dengan aku sebab nak jadi hero kan? Mentang-mentang kau selamatkan maruah aku dulu,kau nak orang pandang yang kau tu bagus?! Tolonglah, aku tak heran dengan kebaikkan kau?! Cukup-cukuplah kau nak buat mak bapak aku bangga dengan kau. Aku tak bangga langsung !

“Aisyah.. Mustaqeem bukan seorang pendendam.. dia mesti dah lama maaf kan kamu..”

Air mata masih mengalir.

“bangun ya sayang.. kalau Mustaqeem ada ni, mesti dia tak suka kamu macam ni.”

Sebak hatinya. ‘abang..’

“saya ingat selepas kejadian ini, hubungan kita akan pulih macam suami isteri yang lain.”

Isterinya masih seperti tadi diam.

Mustaqeem menarik nafas, buku di tangan di tutup dan di letak atas meja. “..agaknya kalau saya mati baru awak nak berubahkan.?” Mustaqeem bangun dan keluar dari bilik.

Aisyah bangun menuruti uminya. Sedih dia rasa. Sangat sedih.

*******************************************

“Aisyah nak makan dulu?” sapa ibunya yang baru datang tadi.

Dia menggeleng. Dia sangat lemah. Dia tidak makan dari siang tadi, sepatutnya dia makan lepas Isyak tadi dengan Mustaqeem tapi… air mata masih mengalir. “Aisyah tak lapar ibu.”

“kamu lemah sangat ni, umi kamu kata, kamu tak makan lagi.”

Dia menggeleng.

“kalau ada apa-apa nak share , abang ada ni nak dengar.”

“sayang nampak tak okay. Sementara abang ada ni cerita la.”

“cute la abang ni..” Aisyah mencubit manja pipi Mustaqeem.

Jam telah menunjukkan 1 pagi. Esok pengembumian Mustaqeem. Aisyah cuba kuat ,dia bangun untuk mengambil wudhuk. Dia mahu solat. Solat sunat. Dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.

Selesai bersolat dia berdoa bersungguh-sungguh. Doa agar dosa-dosanya di ampunkan. Doa agar dosa kedua ibu bapanya serta mertuanya dan juga umat Islam di ampunkan. doa agar dia di beri kekuatan untuk menghadapi masa akan datang. Doa agar roh Mustaqeem di rahmati Allah.

“ada orang bagi pinjamkan sayang barang suruh sayang jaga, sayang pun jagalah barang tu sampai sayang dah suka dekat barang tu, lepas tu..” seperti dia kaku untuk berbicara.

“lepas tu abang?”

“hmm.. lepas tu orang tu minta sayang pulangkan balik barang tu..sayang akan pulangkan?”

Aisyah senyum. “walaupun saya dah suka barang tu, tapi saya kena juga pulangkan sebab itu kan dia bagi pinjam dan suruh saya jaga je.”

Mustaqeem hanya mengangguk. “baguslah sayang abang ni.”

“tak baikkan kita ambil barang orang tu, at least kita perlu bersyukur sebab walaupun kita tak dapat memiliki barang tu selamanya tapi kita patut bersyukur sebab orang tu dah bagi pinjam, itu pun patut bersyukur dari tak dapat apa-apa kan?”

“isteri abang dah matang.”

Sekali lagi air matanya tidak dapat di bendung. Dia teringat akan perbualannya dengan Mustaqeem tempoh hari. “abang…Aisyah rindu abang…”

“Aisyah..” sapa Datin Halimah. “..banyak-banyakkan bersabar ya..”

Aisyah hanya diam dengan air mata yang mengalir. “Aisyah, tak ready dengan pemergiaan abang..”

“jangan cakap macam tu Aisyah, seolah-olah kamu menyalahkan takdir.”

“Assalammualaikum.”

Aisyah dan Datin Halimah toleh ke arah pintu. “waalaikumussalam..eh Kamariah..”

Puan Kamariah terus memeluk Datin Halimah “banyakkan bersabar ya Halimah..” kini, Aisyah pula di peluk. “kuat ya Aisyah.”

Aisyah tidak mampu berkata apa-apa, hanya anggukkan dan tangisan yang dib alas.

Datin Halimah cuba berlagak tenang “ macam mana dengan..”

Tidak sempat dan tidak sanggup dia menyebut nama Edri seolah Edri itu seakan Mustaqeem. “alhmamdulillah, dia tak cedera parah, sekarang ada di bawah penjagaan kedutaan Malaysia di Jordan lagi, lusa baru balik.”

 

 

_______________________________________

51

Pagi tadi selamat dan berjalan lancar pengembumian Mustaqeem. Pada mulanya semua penduduk di situ tertanya-tanya di mana datangnya bau yang sangat wangi sewaktu jenazah Mustaqeem tiba di tanah perkuburan. Apabila ustaz menerangkan yang arwah menghafal 30 juzuk Al-Quran dan hatinya sangat bersih.

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini selain kekasih Allah, Muhammad s.w.t. tetapi kita sebagai hamba yang lemah lagi hina boleh berusaha untuk menjadi baik. Sesungguhnya Allah suka perbuatan yang baik itu, walaupun kecil tapi istiqamah yakni berterusan.

Aisyah sedaya upaya menenangkan dirinya. Sibuk dia menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran, apa yang dia rasakan dia tidak boleh duduk bersendirian, jika dia duduk tanpa berteman pasti air matanya mengalir lagi. Benarlah, Mustaqeem selalu berpesan padanya kena sentiasa bersedia untuk masa depan kerana kita tak tahu apa yang terjadi. Dia bersedia yang Mustaqeem akan menemui Ilahi lagi dua tahun atau mungkin lebih, tapi sebenarnya firasatnya itu salah.

Benarlah, tiada siapapun yang mengetahui mati itu bila, apa yang semua tahu ianya pasti.

*************************************************

Edri senyum memandang Mustaqeem. “apa khabar?” dia bersalaman dengan Mustaqeem dan senyum.

“Alhamdulillah sihat. Aku suka tempatku sekarang” Senyum.

“aku rindu kau.”

“aku pun, tapi semoga rindu kau padaku dapat merapatkan lagi hubunganmu dengan Pencipta rindu itu sendiri, Allah.”

Edri mengangguk. “insyaAllah.”

“Edri, aku nak minta sesuatu.”

Edri memandang muka suci Mustaqeem. “apa dia?”

“tolong jagakan keluarga aku, terutama isteri aku. Jaga dia baik-baik”

“apa kau cakap ni.”

..dan Mustaqeem terus hilang. Edri terbangun dari jagaannya. Pemandangan di sekelilingnya di pandang.. ‘suka tempatku sekarang? ..jaga isteri dia?’

“En.Edri sudah bangun?” sapa jururawat. “..ada terasa sakit..?” belum sempat jururawat itu bertanya lanjut Edri terus mencelah.

“telefon.”

“telefon? Kami sudah memaklumkan pada ahli keluarga En…”

“saya nak telefon sekarang..”

Jururawat itu jadi kelam kabut dengan permintaan Edri, laju dia keluar daripada bilik itu dan menuju ke kaunter. Jururawat itu dari Malaysia dia di tugaskan khas untuk menjaga Edri.

********************************************

Seperti mana Aisyah lemah, sebegitulah yang dirasai oleh Edri apabila berita pemergiaan Mustaqeem di dengar. Mamanya tidak memberitahu awal takut kesihatannya terganggu. Air mata lelakinya mengalir. Patutlah dalam mimpi itu Mustaqeem kata dia suka tempatnya sekarang.

‘semoga kau bahagia dengan kehidupan barumu Mustaqeem.’

Petang itu semua proses menerbangannya untuk ke Malaysia telah di uruskan. Walaubagaimana pun dia harus pulang. Pada mulanya dia terkilan kerana berita pemergiaan Mustaqeem tidak di beritahunya awal, tapi tarbiyah yang dia dapat sewaktu di Jordan telah membuat dia berfikir, mungkin semua ini ada hikmahnya.

_______________________________________

52

Terkedu. Kedua-dua mereka terkedu. Aisyah tidak berkata apa. Edri hanya diam melihat Aisyah yang di perkenalkan mamanya sebagai isteri arwah Mustaqeem.

“ma, Ed nak pergi kubur Mus.” Terus dia bangun.

“Edri, kan tadi pagi tadi dah pergi?”

“tak pe ma..” dia berjalan keluar dan sekali lagi air mata lelakinya mengalir. ‘Ya Allah tunjukkan aku hikmah..’ sesungguhnya dia sangat lemah mendapat tahu dua berita dalam jarak masa yang singkat.

Aisyah dari tadi hanya diam. Tak sangka sepupu yang Mustaqeem sangat sayang itu Edri.

 

Advertisements

One thought on “Mustaqeem – part 10 (pratamat)

  1. itu lh penghidupan Ajal dn jodoh ade lh hak yg maha ESA.sume yg menjadi milik kite atas muka bumi ni hanya lh pinjaman semata…bile sampai waktu pasti akn kembali pd yg hak…kite harus redha akn ketentuan nyer…kerna kite pun pasti akn kembali pd yg kekal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s