Mustaqeem -tamat

Sudah dua tahun Mustaqeem pergi menemui Ilahi. Pada mulanya kehidupan Aisyah agak tidak terurus, masih terbayang-bayang kehadiran Mustaqeem. Berkat usaha semua orang di sekelilingnya dan dirinya sendiri, dia dapat menerima hakikat.

Memang jika kita sayang seseorang itu kita tidak sanggup kehilangan mereka, tapi ingatlah Allah lagi sayangkan mereka dan jangan sesekali menyalahi takdir.

Kini hidupnya sedikit berubah. Setelah setahun habiskan pengajian di peringkat ‘degree’ kini dia masih meneruskan pengajiannya dalam peringkat ‘master’ pula. Mungkin ini salah satu cara untuk dia melupakan segalanya.

Dua minggu yang lepas keluarga Edri datang menghantar lamaran tetapi masih tidak di jawab olehnya. Dia dalam kekeliruan. Ayah dan ibunya tidak memaksa kerana bagi mereka sebenarnya Aisyah yang harus memilih.

Pandangan di lemparkan pada tasik yang mencantikkan lagi pemandangan masjid Putrajaya itu. Sungguh benar kata Mustaqeem rumah Allah itu tenang. Selepas solat Isyak dan sunat dia keluar untuk mengambil angin. Setiap solatnya tidak pernah dia lupa untuk mendoakan arwah suaminya dan petunjuk agar dia memilih yang terbaik untuk lamaran Edri.

“Abang?”

Aisyah berjalan laju untuk mencari kelibat Mustaqeem yang dia lihat tadi. Dia mengejar lelaki itu. Lelaki itu tenang berjalan untuk melintas jalan ke seberang sana. Aisyah semakin laju mengejar.

Ponn!!!

Bunyi hon yang kuat daripada kereta , membuatkan Aisyah terkejut dan pantas menarik kasar lelaki itu dan memeluknya dari belakang.

Trauma. “jangan tinggalkan saya.” menangis.

“cik..” lelaki itu bersuara dan cuba melepaskan pelukkan. Dia tidak dapat melihat wanita itu kerana di peluk daripada belakang. “..err.. cik..” sedaya upaya dia cuba melepaskan pelukkan.

Aisyah seakan baru tersedar dari mimpi. Dia melepaskan pelukkan dan beristighfar panjang. “..maaf. Saya tak sengaja… ” tunduk. Air mata di kesat.

Terkejut.

“Aisy?”

Mata yang berkaca memandang lelaki yang di peluk tadi. Jantungnya berdegup kencang. Teringat doanya tadi ‘Ya Allah, jika Edri memang terbaik untukku pertemukan aku dengannya…’ kerana selepas kejadian bertemu di rumah Mustaqeem dahulu, Edri tidak pernah berjumpa atau menghubungi Aisyah. Hanya lamaran sahaja di terima.

“you..”

______________________________________

Kalau jodoh tak ke mana. Ijabkabul antara Edri dan Aisyah berjalan lancar.

“sayang…”

Aisyah senyum. “terima kasih sudi terima I .”

Edri memegang erat tangan Aisyah. “Alhamdulillah, syukur pada Allah pertemukan kan kita.”

Senyum. Kepala di sandarkan di bahu Edri. Mata memandang seluruh bilik yang di hias cantik.

“Sayang, kita solat sunat, sujud syukur sekali kerana Allah beri kita hadiah hidayah yang sangat berharga ini, doa semoga keimanan kita tidak di tarik lagi, dan doa agar arwah Mustaqeem mendapat tempat yang tinggi di syurga.”

Aisyah mengangguk. ” you ambil wudhuk dulu..”

Edri senyum dan bangun menuju ke tandas dalam bilik itu.

Air mata Aisyah mengalir. “terima kasih Ya Allah…..”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Alhamdulillah, tamat juga. Hanya sedikit untuk perkongsian, Allah tahu yang hambaNYA tak lari daripada melakukan kesilapan, sebab itu adanya istighfar dan taubat. Sayangnya Allah pada kita, masih beri peluang untuk berubah . Sesesungguhnya , Allah sangat menyukai orang yang cepat bertaubat apabila melakukan kesalahan.

Advertisements

3 thoughts on “Mustaqeem -tamat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s