Hanyut – 20

5 tahun kemudian…

“Papa,cepatlah bangun…nenek dah tunggu tu..” rengek si kecil,menarik-narik tangan lelaki yang di panggil papa itu.

“Leeya…cakap dengan nenek jap lagi papa sampai..nak baring kejap je..” lengan di letak atas dahi. Kanak-kanak itu lari ke luar.

“Nenek!!!!!…” dia berdiri depan nenek yang tengah duduk di sofa ruang tamu. “..papa kata nanti. Dia nak baring kejap je.” Wanita yang di panggil nenek itu terus bangun dan menuju ke bilik ‘papa’.

“Ya Allah…Hakimi kamu nak pergi kubur bila ni..?”

“..Ibu…” dia duduk. “ yela..yela..Kimi siap lah ni..” terus bangun menuju ke bilik air dalam kamar itu. Setelah itu ibunya keluar.

“Hakimi mana?” soal Yb.Hassan yang baru keluar dari biliknya.

“tengah siap..Leeya..panggil papa..” kanak-kanak itu menunjukkan tangan ‘ok’. Terus ke bilik ‘papa’.

“Pa..cepat lah..Leeya tak sabar-sabar nak jumpa mama ni..” Hakimi yang baru keluar dari bilik air itu,hanya buat muka tak ada riak. Anaknya ni nakal sikit. Malas nak layan lebih-lebih. Cakap pun suka sangat merapu. Mana entah dia belajar. Kalah orang dewasa ! suka sangat berdebat.

“hmm. Tolong ambilkan papa punya dompet dengan handphone tu..” dia menunjuk ke arah meja tepi katil. “..Leeya..” tiba-tiba panggil papanya lembut.

“nak kiss lah tu..”

“hahaha…” dia memeluk erat anaknya itu dan mencium pipi montel itu.
“..I miss your mama lah dear…” bisik Hakimi. Kanak-kanak itu hanya ketawa dan menguraikan pelukkan papanya. Tangan papa di tarik menuju ke luar bilik.

__________________________________________

“Leeya,nanti dekat kubur tadah tangan sedekahkan Al-Fatihah..” Hakimi mengajar anaknya yang berumur 4 tahun setengah itu.

“tahu.”

“papa cakap je.”

“tahu.”

“nakal ya..”

“ikut papa saya lah. Nakal juga.”

Hakimi hanya ketawa kecil. Menjawab tak habis-habis!

Selepas menziarahi kubur itu mereka bereempat menuju ke kereta –Hakimi,Yb.Hassan,Pn.Izzati dan Ileeya Kaisarah.

“rindu..” keluh Hakimi. Pn.Izzati hanya melihat anaknya itu. Yb.Hassan menepuk-nepuk bahunya. ‘Sabar’.

“papa..cepatlah…” rengek Ileeya Kaisarah. “..nak jemput mama dengan baby dekat hospital ni..”

“hmm.yela-yela..”

___________________________________________________

“selalu lambat..”

“sorry lah sayang..tadi ziarah kubur abang Hakim..” beg baju yang terletak di atas katil wad itu di capai.

“kenapa tak tunggu I..”

“you tu dalam pantang…nanti dah sihat kita pergi ya..”

Pn.Izzati yang sedang mendukung baby masuk ke dalam wad itu bersama Leeya. “Ibu bawa dia ya.. Naik kereta ayah..”

“eh,tak menyusahkan ke,Bu..”

“tak lah..kamu naik lah kereta Hakimi..Leeya nak naik dengan ibu..”

Pasangan suami isteri itu hanya mengangguk.

___________________________________

“you cuti ke hari ni..?”

Hakimi yang sedang memandu memandang menoleh sekejap pada isterinya. “anak dah dua pun still you-I ke…abang lah….”

“tiga.”

“Qal.. tak yah lah nak ingatkan tentang yang dulu tu..”

“bukan .I nak ingatkan je..baby tu still tunggu kita dekat akhirat sana kan..”

“hmm..”

“cuti ke?”

“hmm,hari ini syarikat papa ulang tahun so,I suruh staff semua cuti je.. nak buat majlis semua..tak yah kot…membazir je..”

“syoklah..dorang dapat you jadi Pengarah syarikat.” Selepas konsert ‘last’ hari tu. Izzhar Hakimi terus letak jawatan sebagai penyanyi.

“hmm,yela..you nak kerja dengan I ke?”

“terima kasih. I lebih suka jadi pensyarah dekat UIA tu. 24 jam hadap muka you bosan jugak..”

“aleh..”

“eh,dah dapat laporan polis sapa yang langgar arwah abang Hakim?”

“dalam siasatan lagi… teruk betul lah sapa yang langgar arwah tu.. I rasa nak cekik-cekik je..”

“you..takdir…Allah lebih sayangkan dia..”

“abang memang baik. Tak sangka lepas kita abang satukan akhir konsert tu..dia pergi menemui Allah pula…”

Qalesya senyap. ‘semoga kau berbahagia di akhirat sana Khai..terima kasih atas segala-galanya.’

____________________________________

Izzhar Hakimi terus memeluk Qalesya di tengah-tengah peminat yang anggaran 50 ribu orang. “dengar baik-baik Qalesya…” erat dia memeluk isterinya itu. “..saya akan cakap benda ni selalu..” Qalesya dah tersesak-esak. “..I love you..really love you….my wife..” tepukan gemuruh bergema satu dewan. Izzhar Hakimi cakap menggunakan microphone.

Lelaki yang menemani ‘sepasang mata’ itu tersenyum dari satu sudut yang lain. ‘moga kau berbahagaia Hakimi dan Qalesya’.

Hakim menuju ke luar. Air matanya mengalir. Dia ingin menyeberang jalan untuk ke tempat letak keretanya. Tiba-tiba sebuah lori melanggarnya. Lori itu terus pecut laju. Hakim merangkang sedaya upaya ke tepi jalan. Puas dia beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Kalimah Allah berulang kali keluar dari mulutnya.

Sewaktu orang ramai membawanya ke hospital dia sudah menghembuskan nafas terakhirnya.

Semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

______________________________

-TAMAT-

Advertisements