Hazel – 7

Buat pertama kalinya ceramah di dewan perdana universiti penuh dengan manusia. Mungkin sebab tajuk ceramah agak menarik ‘Baitul Muslim’ mujur Mira,Nur dan Aisyah datang awal maka mereka dapat duduk di barisan depan. Kali ini, ceramah di mulakan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Al-Ikwan.

“wah,semua pakai baju melayu.” Kata Mira sewaktu kumpulan Al-Ikwan naik ke pentas.

Nur hanya senyap sahaja. Entah,hatinya berdebar-debar. Teringat peristiwa lagi-sikit-nak-langgar-Hazel sewaktu hendak ke tandas tadi.

“tanpa membuang masa di persilakan kumpulan Al-Ikwan generasi ke-7 untuk mempersembahkan nasyid mereka yang bertajuk Permata Yang Di cari…” kedengaran pengacara majlis bersuara. Tepukkan gemuruh
bergema dalam dewan itu.

Akmal :

Hadirnya tanpa ku sedari
Mengamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Illahi

Mira tercengang apabila mendengar Akmal memulakan nyanyian. Sedapnya suara. Nur seperti biasa,tenang. Aisyah teruja. Penonton lain semua senyap. Persembahan Al-Ikwan yang terbaik !

Izzhar :

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

“the best performance pernah saya lihat” kata Mira yang mata masih lagi di atas pentas. “Nur, lagu asal nyanyian siapa?”

“Dehearty.”

Aliff :

Ya Allah,
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu

Nur melihat Aliff yang bersungguh-sungguh menyanyi. Tersentuh hatinya waktu Aliff menarik vokalnya. Rasa macam nak nangis kenapa ya? syahdu sangat lagu ni.

Fitri :

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana illahi
Apakah dia kan ku miliki

“dalam mp3 awak ada lagu ni tak Nur?”

“tak.”

Aisyah menyampuk. “saya ada.”

“ha,balik nanti transfer dalam pendrive saya ya?” Mira mengecitkan mata pada Aisyah.

Nur hanya tersenyum.

Semua ahli :

Tidak sekali di nodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Aliff :

Ya Allah,
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa
Di bawah rahmat-Mu.

______________________________

DIARY !!!!!

Lagu yang kumpulan Al-Ikwan tu nyanyi best sangat ! aku memang suka lagu tu. Lagu inspirasi. Hehe. Tadi,sebelum masuk dewan,aku pergi tandas. Nak betulkan tudung. Yelah,sibuk uruskan bahagian makanan tadi. Tudung senget-benget. Ajak Mira tapi dia kata dia nak pergi reserve tempat. Ajak Aisyah tapi dia ada urusan lain. Nak tak nak pergi sendiri lah. Kawasan nak pergi tandas tadi sangat sunyi. Semua dah berada dalam dewan.

So,waktu nak keluar tandas tu,telefon berbunyi tanda message masuk. Ingatkan tak ada orang, jalan je lah terus, sekali Hazel terpancul tiba-tiba. Masa tu hanya Allah je lah yang tahu bertapa lajunya degupan jantung. Rasa nak pecah pun ada jugak. Entah macam mana dalam keadaan terkejut tu telefon kesayanganku jatuh. Aku dah terkedu. Tak boleh nak refleks apa-apa. Terlampau terkejut.

Tiba-tiba Hazel tunduk dan ambil telefon itu. Buat PERTAMA kalinya Hazel cakap khas untuk aku ‘nah telefon awak’ aku yang tengah terkejut tu, teragak-agak nak ambil phone tu. Mungkin Hazel faham takut tangannya terkena tanganku dia meletakkan telefon itu di meja sebelah kiri kami.

Aku tak tahu nak cakap apa. Terkelu. Tiba-tiba ada orang panggil dia. Sebelum dia beredar suara aku buat PERTAMA kalinya terkeluar satu perkataan untuk dia ‘thanks’. Dia senyum dan terus berlalu. Eh yeke dia senyum? Entah,aku tak pandang langsung dia ! senyum kot.
Ee,entahlah.

Masuk dewan. Memang terkejut habis bila tengok persembahan Al-Ikwan. Mira kata itulah persembahan yang terbaik mereka. Mungkin kot? sebab lepas ini semua ahli kumpulan itu dah nak bersara. Diorang dah buat dah pun audition untuk Al-Ikwan generasi ke-8. Hm,next year mesti tak best ! Hazel pun dah habis belajar.

ceh,aku ni kenapa? gatal bebenar. astarfirullahalazim. Maafkan hamba Ya Allah ^_^

Ya Allah,andai benar dia untukku satukan hati kami.

2 thoughts on “Hazel – 7

Leave a comment