Hanyut – 12

“Izz,abang kau Hakim dah balik?” tegur Ammar kawan baik Izzhar Hakimi merangkap Personal Assistantnya.

“dah.”

Ammar mengambil tempat di depan Izz. “dia dah kahwin ke?”

Izz memandang Ammar. “tak lah kenapa?” aku ni yang dah kahwin.

“tak adalah. Aku selisih dengan dia pagi tadi dekat KFC dengan sorang perempuan ni. cun gila awek dia.”

Izz menelan air liur. “oh.” Itu sahaja yang dapat di jawab. Tiba-tiba rasa cemburu. Dia tahu perempuan itu isterinya. “er,aku nak buat private call jap.” Ammar seolah-olah faham. Dia keluar dari pejabat Izzhar Hakimi. Perlahan-lahan dia menutup pintu.

Telefon di keluarkan. Panggilan di buat. Tut..tut..tut.. salam berbalas.

“sayang,dekat mana tu?” mata melihat ke luar pejabat. “oh,dah sampai rumah lah ni..” cemburunya lihat isteri keluar dengan abang kandungnya. Dia pun tak pernah dating dengan Qalesya. Entah,waktu suruh abang temankan tak rasa apa-apa pun. “..I balik awal hari ni..” pen di main-main. “..oh..ok..bye..Asslammualaikum.”

Izz mengeluh perlahan. Apa nak jadi ni…

____________________________________________

Hakimi menolak pintu biliknya. Malap. Hanya lampu di tepi katil yang menyala. Dia lihat Qalesya di atas katil. Awalnya tidur? Perlahan-lahan dia menghampiri isterinya itu. Hakimi terkejut apabila memegang tangan isterinya. Panas. Tangan terus ke dahi pula. Pun panas.

“Qal…” perlahan dia memanggil. “..you demam ya sayang..” Qalesya membuka mata perlahan-lahan.

“eh,you dah balik..” dia duduk. “..sikit je sakit kepala.” Mungkin penat berjalan siang tadi.

“I urut kan ya..” dia membaringkan semula isterinya. “dah makan ubat?” tangan masih lagi mengurut kepala isterinya,lembut.

Qalesya menggeleng perlahan. “ I turun jap. Ambil ubat.” Hakimi terus keluar dari bilik.

Kabinet dapur di buka satu persatu. Tak ada pun. Peti ais pula di buka. terus mencari. Hakim yang baru masuk ke dapur tu pelik melihat Hakimi.

“Kimi cari apa?”

“ha. Abang..ubat demam..panadol…?”

Hakim melihat adiknya. Sihat. “sapa sakit?”

“Qal..” Hakimi terus mencari lagi.

Hakim terkejut. “bawa lah pergi klinik.” Hakimi berhenti bergerak. Dia mengeluh perlahan. Terus mencari.

Pn.Izzati masuk ke dapur. “cari apa ni Kimi? Habis semua berselerak”

“bu,ubat demam..panadol mana?”

“oh..jap..” Pn.Izzati pergi ke cabinet yang tak di buka oleh Hakimi tadi. “nah..” ubat itu di beri pada anak bongsunya. “Lesya sakit ke?” Hakimi mengangguk sambil mengambil mineral water. “Bawalah isteri kamu tu pergi klinik.” Hakimi tidak menghiraukan ibunya. Dia terus ke tangga untuk ke biliknya.

Hakim naik geram dengan sikap adiknya yang mementingkan diri sendiri. Andai Qalesya menjadi isterinya sudah tentu dia akan terus ke klinik. Izzhar Hakimi ni dah melampau!

_______________________________________________

“Qal…” Hakimi yang sudah siap dengan t-shirt dan jeans memandang Qalesya yang lesu duduk di birai katil “nanti I suruh Mak Yah hantar breakfast..makan tau..” telefon di meja di ambil masuk ke poket seluar.
“..jangan lupa makan ubat.” Dia menghampiri isterinya.

“hmm.” Itu sahaja yang di jawab oleh Qalesya. Dia menghulurkan tangan pada Hakimi.

“take care..” satu kucupan hinggap di dahi Qalesya. “InsyaAllah nanti I balik awal k..” Hakimi terus keluar dari biliknya. Qalesya mengeluh perlahan. Air matanya mengalir. Mata di pejam.

Perlahan-lahan mata di buka apabila mendengar ketukan pintu. Kepalanya dah berpinar dah ni. Tudung yang tersangkut di penyangkut baju sebelah katil di pakai. Sakitnya kepala. Dia membuka pintu . Tak sempat nak proses maklumat siapa di hadapannya dia dah rebah….

“Qalesya.” Hakim sempat menyambar lengan Qalesya. Pn.Izzati dan Yb.Hassan yang baru keluar dari biliknya terkesima sebentar dengan adegan itu.

“Ibu..ayah..” panggil Hakim. Boleh pula ibu bapanya ni tercegat tengok. Tersedar pasangan suami isteri itu.

“Ya Allah..cepat Hakim bawa Lesya ke hospital..” arah Yb.Hassan. hakim mendukung Qalesya untuk ke kereta.

Leave a comment